
Malam tadi Sherrina dan rakan2 Terendakian berpeluang menonton Majlis Anugerah Kuala Lumpur International Film Festival (KLIFF) 2008 di PWTC. Buat pertama kali berpengalaman menonton program yang dipancarkan ke televisyen secara live. Ianya disiarkan di Astro Kirana.

Kehadiran tetamu VVIP iaitu Datuk Seri Shafie Afdal dan Datuk Razali Ibrahim.

Persembahan pembukaan oleh Datuk Siti Nurhaliza

Nasib baik bawak camera Lumix...boleh zoom walaupun jauh.

Pengacara yang sangat best, Sarimah Ibrahim. Berceloteh tak henti-henti

Saiful Apek menyampaikan anugerah. Siap translate cakap mamat sebelah tu ke bahasa Mexico. kehkehkeh...

Rashidi Ishak dan pelakon dari Bangladesh. Sempat tonton filem Bangladesh di GSC Mid Valley Khamis lepas. Memang best.

Kumpulan dari Sweden menyanyikan lagu Teman Tapi Mesra dalam versi Inggeris

Erra Fazira

Persembahan oleh pelakon Impak Maksima The Musical

Iqram Dinzly

Pelakon Jepun, Tanaka dan Eman Manan

Persembahan oleh Yusry KRU dan Melly Goeslow

Vanida Imran yang sangat lawa

Kavita Kaur yg sangat tinggi, bertambah tinggi dengan kasut tumitnya yg tinggi

Eja

Sofia Jane

Tamara dan Fahrin Ahmad

Persembahan sempena filem Kinta

Joanna Bessey

Hans Isaac dan Malika Sherawat, pelakon dari Bollywood

Persembahan lagu2 daripada filem Mamma Mia

Penyampaian anugerah filem terbaik

Persembahan lagu2 dari 3 filem James Bond, oleh Ning Baizura

Persembahan tradisional menutup tirai.
Satu pengalaman yang unik. Ketika iklan, orang ramai dibenarkan keluar-masuk dewan dan preview filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam disiarkan di skrin. Yang best tu Sarimah pandai buat jokes sementara menunggu siaran berlangsung semula. Apa pun, ia satu pengalaman yang unik dan menarik sekali.