Monday, February 23, 2009

Jumpa Geng

Jumaat lepas gi Berjaya Times Square jumpa Geng Upin Ipin. Dapat poster, dapat autograf pelakon-pelakon yang menyumbangkan suara. Punya ramai, nak amik gambo dengan Upin dan Ipin pun tak sempat.








Yg kanan skali tu yg buat suara Badrol


Ni lah orangnya disebalik suara Kak Ros


apa mau minum? Teh tarik, teh 0, teh ais blablabla....makan? Suara Muthu.




Inilah dia suara Upin dan Ipin


Dari kanan: penyumbang suara Sally (pemalu bebeno), suara Muthu dan suara Badrol


Yeay, dapat poster Geng siap tandatangan. Too bad yang buat suara Rajoo takde plak....huhuhu

Wednesday, February 18, 2009

Gadget: HDD Media Player

Sherrina seorang yang rajin download stuff from internet. Stuff apa? Mende2 biasa. Movies, softwares, tv series, ebook, training video and etc. Semenjak pandai guna Rapidshare, lagik lah menjadi-jadi keje downloading nih. Sekarang plak sudah upgrade Streamyx ke 1 Mbps, lagi aktif lah. Bila dah laju downloading, maka saiz hard disk pun makin susut. Mulalah buat koleksi dvd. Burn material-material tu dalam dvd dan buat inventori guna software. Memang bestlah sebab leh simpan banyak mende-mende especially rare collection yang susah nak jumpa.

Bila download tv series dan movies, nak tengok di laptop setiap waktu agak membosankan juga. Sesekali nak gak tengok di tv. Nak burn dlm DVD jadi dvd format amat melecehkan, buang dvd sbb ia akan makan saiz yg besar serta di rumah Sherrina takde dvd player. So apa cara nak tonton di tv?



Sherrina terjumpa satu gadget di forum Lowyat. Selama ni tak penah tau pun kewujudan mende ni. Ia merupakan satu device yang boleh memainkan lagu, gambar dan filem daripada portable drive ke tv. Cool, kan. Namanya ialah HDD Media Player. Bila Sherrina usha-usha, rupanya banyak brand dan model. Mostly made in China tapi ada satu ni dikeluarkan oleh Western Digital. Rupa memang cun habis lah, tapi reganya 4-5 kali ganda daripada player cap ayam. So lepas usha-usha, Sherrina contact sorang seller di forum LY dan beli ngan dia dengan rega RM190.


Dalam satu kotak ada macam-macam barang


Ni lah HDD Media Player. Leh main macam2 format spt avi, divx, mpeg, vob dll


Audio dan video cable


Plug. Nasib baik 3 kaki. Takyah pening2 nak cucuk ngan kunci.


Skru driver. Kalau x silap leh buh hard disk dlm player ni. Tapi Sherrina tak buh lah, leceh nak bukak-bukak. Cucuk je external hard disk atau pendrive pakai USB port.


Manual. Leh baca cara nak guna tapi takleh harap sangat. Maklumlah Made In China.


Ni paling mustahak. Remote control. Mula-mula beli dapat remote problem. pastu tukar ngan seller, baru ngam. Mula-mula pasang kuar bahasa Cina. Jenuh gak nak cari jalan nak tukar setting sebab remote malfunction. Tapi lepas berjaya tukar bahasa, takde masalah lagi. Dapat remote baru yang elok, selesai semua masalah.


Ni contoh filem yang dimainkan menggunakan pendrive cucuk di HDD Media Player. Kalau filem yang kita download tu high quality, gambar memang sangat cun lah. Audio pun takde masalah. Malah support subtitle juga. Lepas ada gadget ni, barulah puas nak tonton filem dan tv series di tv. Malah gambar2 digital pun leh dimainkan di tv dengan mudah. Cuma satu je yg Sherrina encounter bila guna mende ni. Volume tv kene kuatkan lebih dari biasa sebab ia bergantung kepada filem yg download tersebut. Tapi tak jadi masalah sangatlah nak naikkan dan turunkan volume tv. Cuma sebelum cabut player ni dan tukar kepada siaran tv biasa kene ingat untuk turunkan semula volume.

Kredit: Thanks to kak Intansue yg byk kasi tips pasal mende ni

Monday, February 16, 2009

Malang Memang Tarak Bau.....

Sabtu pagi, terkocoh-kocoh gi Masjid As-Sobirin. Sebab nak kene mengundi jawatankuasa masjid yang baru. Sebagai ahli kariah, kita layak mengundi. Habis mengundi jam 11 pagi, balik umah amik beg untuk pegi meeting Ansara Terendak di umah Mejar Adi di TUDM Subang. Park kete di Tmn Melawati sbb nak tumpang kete kak Aidrina. Masa nak ke kereta mereka ntah camne tau-tau je dah tumbang ke bumi. Pedih woo tapak tangan ngan lutut. Malu toksah cite lah. Cam nangka busuk. Masuk dalam kete baru nampak ibu jari kaki berdarah, kulit pecah. Adeh, terpaksa kak Aidrina gi beli plaster then tisu. Tak sanggup nak bungkus ngan plaster, nak bukak nanti lagi sakit. Balut ngan tisu je. Sampai umah abg adi, dia bagi minyak gamat ngan kain untuk balut kaki. Lega sket.



Malam tu nak tido tukar bandage. Takleh nak tido. Kaki berdenyut-denyut. Dah lama tak jatuh teruk macam ni. Sok pagi bangun lewat. Lega sket lah kaki. Siap-siap gi amik member ke Cineleisure. Kaki sakit sket takde hal, Upin Ipin punya pasal.

Sampai di Cineleisure, memang dah lambat. Booking tiket kol 12.55 tengahari, patut gi amik tiket sejam sebelum. Tapi sampai di kaunter dah kol 12.30. Gamble je time tu. Ada rezeki, adalah. Seperti dijangka, memang takde. Ingat nak give up lah tengok cite Pink Panther 2, tapi orang tu check system, ada seat cantik kol 5. Sebab dorang bukak panggung extra. Terus beli tiket. Gi jalan-jalan ke The Curve, nak try makan di Bubba Gump.


Dalam bucket ni ada tisu dan botol sos

Bubba Gump ni adalah idea daripada satu part dalam filem Forrest Gump, lakonan Tom Hanks. Sebelum ni dah slalu lalu disini tapi tak singgah-singgah. Kali ni since ada banyak masa sebelum tayangan filem Geng, masa kitorang singgah lah. Dah memang tau harga makanan disini sikit mahal so kitorang order untuk makan sorang je, sebab takat nak rasa je samada sedap ke tak.


Signage atas meja utk bagitau ada orang ke tak di meja tu.


Jus mangga, minuman paling murah. RM9.90. Ianya cuma kordial perisa mangga dengan seulas buah oren didalamnya. Rasa, sedap dan oklah....rasa air kordial.


Set udang goreng dan fries. RM38. Nasib baik amik 1 set je. Kalau tak lapor kebuluq, set ni cukup nak share dua orang.


Aiseh, kat sini pakai sos Lingham lah. Teringat kenangan di MRSM. Kat sanalah Sherrina blaja makan keropok cicah sos ni. Tak penah tau wujudnya sos ni sehinggalah member di MRSM yang kenalkan. Memang sodap.



Fuhh, udang cicah sos.....sodap beb.



Makan kat sini best lah, tapi agak mahal juga. So leh makan sini time ada duit lebih atau time tak lapar sangat so that leh beli satu plate je dan share. Cuma kat sini tatau le, cam pelik sket waiter dia. Bila order makan utk sorang, buat muka pelik. Pastu order air untuk sorang pun pelik. 2-3 kali datang tanya ok ke tak, nak mintak ice water ke tak. Memang taknak pun sebab takdelah haus sangat, tapi lepas 3 kali tanya dia bagi je ice water. Pelik tol lah. Nasib baik free. Dan jangan harap lah leh lepak sini lama-lama. Lepas makan ingat nak dok jap tunggu makanan turun ke perut sambil borak-borak. Tetiba je datang anto resit ngan kertas komen servis dorang. Tu hint-hint suh blah lah tu. Cehhh, baru nak rehat-rehat. Bayar terus blah.

Banyak masa lagi ni, kitorang gi Borders. Amik buku John Grisham yang latest, The Associates dan baca. Nasib baik ada couch yang kosong, boleh baca dengan selesa. Tapi ada plak budak-budak cina umur 9-10 tahun yang memekak ala-ala macam di umah sendiri. Bapak dia buat bodoh je, jeling 3-4 kali baru blah. Tak reti nak educate anak camne nak behave dalam kedai buku. Cakap omputeh tak kalah, tapi behaviour di kedai buku out.

Ada sejam lagi, lepak minum di kopitiam lah. Pekena bun, cham dan telur separuh masak. Takleh lawan toast bun Kluang Station tapi oklah. Member makan telur separuh masak.






Akhirnya dah pukul 4.30 petang. Kitoran bergegas ke Cineleisure. Fuh, ramai giler orang. Penuh dengan budak-budak. Beli air dan keropok, tak sabo-sabo nak tunggu panggung 10 bukak. Bila nombor dah naik, terus serbu nak masuk. Bukan apa, kene masuk cepat2 sebelum budak-budak berpusu-pusu masuk. Kang ada yang terpijak kaki aku, naya aje. Selama 1 jam menonton filem Geng, memang takde part yang jemu. Semua perisa ada. Harmoni, gelak ketawa, lawak nak mampus, sedih, seram, adventure..serba lengkap lah. Memang puas hati.



Part takleh lupa ialah masa Upin Ipin scan bawah kete lembu (serius, tak terpikir dek kepala otak aku idea mcm ni, genius giler), ayat Sappy...Go!! dan trademark yang famous, "Fikirkan Masa Depan". Scene yang terselit pun lawak nak mampus mcm scene monyet minum air kelapa dan scene bas rosak. Memang puas hati lah, sangat2 puas hati. Panggung full sampai kerusi paling depan. Member gi di MBO Ampang, disana pun full house. Siap bukak 10 panggung khas utk cite ni. Kalau korang lom tengok, gi lah. Serius terhibur, tak rugi beb. Support industri animasi Malaysia. Rasa nak gi tengok lagi. Filem ni bila kuar je dvd, musti beli utk bikin koleksi.



7 bintang untuk filem Geng!!!!

Friday, February 13, 2009

Teringat cerita lama...



Tetiba teringat citer ni, selongkar di blog dan naikkan ke sini untuk kongsi cerita....

Sedang membelek2 thread2 lama di Forum Cari, terjumpa satu topik yang menarik bercerita mengenai kesahihan kisah mitos naga. Terjumpa semula posting yang aku tulis disitu. Disertakan satu salinan disini untuk simpanan peribadi dan untuk dikongsi bersama pembaca2 blog ini:

bercerita pasal naga nie, sherrina teringat satu kisah yg menjadi koleksi dalam keluarga sherrina. ayah sherrina yg menceritakannya dan sherrina tak dapek nak sahehkan kebenarannya.

menurut ayah sherrina, suatu masa dahulu di kedah (pulau langkawi) terdapat le satu keluarga yg tinggal di dalam satu kampung. ketika itu si isteri sedang sarat mengandung. Suatu malam isteri itu mendapat alamat dalam mimpi yg dia akan mendapat sesuatu selain dari anak yg bakal lahir. pabila terjaga, si isteri pun terpikir2 tapi buat tak tahu sahaja kerana menganggap ianya mainan mimpi.

setelah tiba masanya, si isteri pun selamat bersalin dgn bantuan org2 tua di kg itu. Yg amat mengejutkan ialah selain anak yg lahir terdapat juga ulat yg keluar. Org2 tua yg menyambut bayi itu membuang ulat itu ke bawah rumah (rumah tinggi jenis lantai papan tak rapat, ada lubang dicelah2nya). Malam itu isteri itu bermimpi seseorang menyuruhnya mengambil balik ulat itu dan memeliharanya.

sok paginya isteri itu terjaga dan menyuruh seseorang mencarinya dibawah rumah. Ulat itu ditemui dan disimpan didalam bekas. Diberi makan spt anaknya sendiri. Menurut org yg hadir dlm mimpinya, ulat itu adalah anaknya juga dan hendaklah dipelihara spt mana dia memelihara anaknya manusia itu. Ulat itu diberi makan dan menjadi mainan anaknya itu. Oh ya, anak yg lahir itu adalah anak perempuan. Masa berlalu, ulat itu menjadi besar dan tidak muat lagi di dalam bekas. disimpan pula didalam tempayan. besar lagi, dipindah ke telaga dan akhirnya mendapat mimpi menyuruhnya dipindahkan ke laut di belakang rumah mereka. Ketika itu sudah kelihatan ciri2 anak itu spt naga dengan sisik dibadannya.

Naga ini diberi makan setiap hari. Setiap hari mesti ada yg beri ia makan jika tidak ia akan marah. Pabila si anak perempuan meningkat dewasa, sudah tiba utk dikahwinkan. Majlis dibuat besar besaran dan meriah. Org kampung bertungkus lumus membantu itu dan ini. Pada hari persandingan, tiba2 si pengantin perempuan berlari menuju ke laut spt hilang akal lagaknya. Kemudian, cuba pula merentas ke tengah laut (org yg melihat terkejut kerana pengantin itu melangkah diatas air tanpa tenggelam menuju ke tengah). barulah keluarganya teringat yg mereka lupa hendak memberikan naga itu makan kerana terlalu sibuk menguruskan kenduri kawin. Akhirnya naga itu dipujuk dan dijamu makanan yg enak2 dan pengantin perempuan itu selamat kembali ke darat dan sedarkan diri (pengantin itu membawa senaskah Al Quran semasa menyeberangi laut). sejak hari itu, naga itu tidak pernah diabaikan lagi.

sherrina mula dengar citer nie kira2 5 tahun lalu semasa melawat saudara mara yg tak pernah dijumpai di langkawi. malah sherrina pergi mengunjungi rumah keluarga yg dikatakan membela naga itu. ketika itu, makcik yg masih tinggal disitu adalah anak cucu cicit kpd pengantin yg melarikan diri ke tengah laut. sherrina tak terpikir nak tgk makcik itu dengan teliti. selepas pulang baru ayah sherrina bagitau. Bentuknya seakan kaki ikan/duyung/naga, lembik dan seolah2 spt kaki itik. ayah kata makcik tu adalah dr keturunan pengantin itu. kata ayah sherrina makcik tu dah pun meninggal dunia setahun dua yg lalu.........Wallahu a'lam...

Thursday, February 12, 2009

Geng Upin & Ipin



Jom tonton Geng Upin & Ipin!

5C, 5B or 5K?

NO MORE 5C ' S BUT NEW 5B ' S..........
I don ' t need a CAR, but I want a BMW
I don ' t need a CONDO, but I want a BUNGALOW
I don ' t need you to have CASH but I want you to own a BANK
I don ' t need you to have a CAREER but I want you to be a BOSS
It ' s interesting for you to read!

Most of you would have heard of the Singapore 5C ' s! :
Car, Condo, Credit Card (Gold), Cash and Career

Heard of the 5B ' s?
B - BMW
B - Body
B - Brain
B - Billionaire
B - Bungalow

And, and addition with the 5K ' s........... ......... .
Kiasu (scared of losing)
Kiasee (scared of dying)
Kiabor (scared of wife)
Kiaboh (scared of having nothing)
Kiachenghu (scared of government)

We ' ve been reading about the 5C ' s! And 5K ' s for Singaporeans now comes the 5 Numerals and Malaysia ' s equivalent.. .

Singapore ' s ' pra ct ice ' for Simple Living:
1 - One Wife
2 - Two Children
3 - Three Bedroom Condo
4 - Four Wheels
5 - Five Figure Salary

Malaysia ' s Malays ' pra ct ice ' to Simple Living:
5 - Five Children
4 - Four Wives
3 - Three Figure Salary
2 - Two Wheels
1 - One-Storey Link House

Monday, February 09, 2009

Paintball Ansara Terendak 2009-laporan

Sabtu lepas telah berlangsung Paintball Ansara Terendak 2009 di Astaka, PJ. Sebanyak 8 kumpulan berdaftar pada mulanya tapi dikurangkan kepada 6 kumpulan disaat akhir kerana ada yang tarik diri. Sherrina sampai di Astaka PJ jam 8.40 pagi, dah ramai yang berkumpul.


Port dimana Ansara Terendakian berkumpul


Oshie dan Misz Mastura tgh sibuk check pendaftaran...siap ada live coverage di forum tuuu..


Shimi, tokey yg organize game ni. Thanks, bro.


Batch 97 yang turun join sama. Cayalah lu orang semua!


Permainan bermula. Ikhwan dengan aksi menembak sebelah tangan. Perghh, aku pun tak larat. Marker tu bukannya ringan. Huhu....


Team Key-Mug


Ikhwan yang tergolek dog kene tembak


Mad Duan yang kene shoot kat mask


Batch 2008 pun join sama...cayalah


Team Bulat dan Team Haluan Kiri


Zahir yang bersemangat nak tembak aku. Masa tu aku dah kehabisan pallet dan tinggal sorang je yang masih hidup. Team Key-Mug ramai lagi yang masih hidup. Tetiba Zahir muncul acu marker kat kepala aku. Arghhh.....angkat tangan, surrender wehhh


Lari menyelamatkan diri....pun kene tembak gak walaupun dah surrender. key-mug tol team dorang tuu...



Aku yang kepenatan, semput dohhh.....mintak nyawaa


Akhirnya team underdog, Haluan Kiri menjuarai game kali ni. Ni majlis penyampaian hadiah.


Sebelum balik, amik gambar dulu lahhh......

Thanks to all yang join, dari batch pertama (1987) sampai le batch terkini (SPM 2008) ada join sama. Thanks to Shimi yg organize acara ni, Misz Mastura yang buat liputan dari lokasi dan other Terendakians yg turun kasi sokongan moral (abg Pudin, Huzairi, Pendisk dll)

Team 1 : bulat tapi comel
1. mantoi /
2. Abg Azmi/
3. Is/
4. Nur Alia Diana Bt Zainuddin (SPM08) /
5. sherrina /
6. mulan/

Team 2: Gerakan Kiri (perghh....berhaluan kiri nih)
1. Qaisy /
2. Oshie /
3. Brader Rez aka Jokyu aka Rizal /
4. shimi /
5. Kamarul/

Team 3: Ultraman Togel Tiga
1. Adik Jokyu /
2. Ikhwan/
3. Adik Md Duan /
4. Mad Duan /
5. Marissa Aliah Bt Zainal (SPM08) /



Team 4: LENJAN!
1-mohd Fattah/
2-ahmad nazrul /
3-syamizar adli /
4-nasrul naim /
5-carlos duen /
6. mina/

Team 5: key-mug
1.Edri Azlan @ Atan/
2.AD/
3.Zahid/
4.Payat/
5.Akim Mustaqim/

Team 6 : hamas
1. Ruhann/
2. Kuchai/
3. Kudin/
4. johoe/
5. Ezani/
6. adik ipar ruhann/

Jum : 33 orang

Saturday, February 07, 2009

Thursday, February 05, 2009

Tgh pikir....



Apa yang saya tengah pikir sekarang?

  • Paintball Ansara Terendak di Astaka PJ Sabtu ni
  • Kenduri kawin Ayu di Cheras lepas game paintball dan di Sepang pada hari Ahad
  • Apa nak buat pada hari Isnin cuti Thaipusam ni
  • Plan untuk 2 orang student yang akan menduduki UPSR tahun ni
  • Musim training yang masih suam-suam kuku
  • Subjek training yang saya kene study (upgrade skill dan knowledge)
  • Pengakuan Sirul dlm kes Altantuya (what will happen next?)
  • Porak peranda politik di Perak (apa dah jadi ni?)
  • Tayar spare yang bocor dan belum ditampal (kene buat esok juga)
  • Dalam kereta yang bersepah dan kereta yg belum dicuci (esok kene gi cuci)
  • Karnival Ria Ansara Terendak, byk lagi mende yg lom settle (tapi progress hari smalam sgt bagus, satu hari habis untuk cari info hal karnival ini)
  • Cek-cek yang perlu bank-in (parking di kawasan bank sgt terhad=sgt malas)
  • Bil-bil yg perlu dibayar
  • Data-data dlm hard disk yg perlu burn dlm DVD (tu lah sapa suh pakai Rapidshare)
  • Jadual kerja Februari yg belum dicetak dan ditampal
  • Inventori software, tutorial dan movies dlm beg-beg DVD yang belum dikemaskini
  • Azam dan jadual senaman yang masih belum 100% dipatuhi
  • Rasa macam ada lagi....tapi takleh nak pikir
Apa yang anda tengah pikirkan?

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin