Monday, June 29, 2009

Testing

Testing blogging via email using BlackBerry.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Handphone jatuh dalam air?



Sherrina terjumpa tips ini ketika mencari maklumat mengenai handphone. Bagus juga kita ketahuinya supaya tau apa nak buat jika ia berlaku.

Accidents happen with phones and water but it doesn't always mean that all hope is lost. Below is a brief guide as to what you should do if your phone has been totally immersed in water.

1. Take the phone out of the water as quickly as possible.

2. Do not attempt to switch it on as this may cause further damage.

3. Remove the battery as quickly as you can, also remove the memory and sim cards.

4. If dropped in fresh water dry it off with a towel. If dropped in salt water rinse it thoroughly with fresh water. I know it sounds crazy getting it wet again but salt can cause a lot of internal damage such as corrosion. Again dry with a towel. You may also want to rinse it if you dropped it in a toilet.



5. Place the phone, battery and it's wet accessories in a plastic container (like a lunch box) and completely cover it with uncooked rice, use plenty of it. Again this sounds crazy but rice has desiccating properties that help draw the water out of the phone. Do not place a lid on the container.

6. Place the container somewhere very warm and dry for at least 3 days. An airing cupboard is often the ideal place.

7. Do not use a hair dryer directly on the phone to speed up the process. Too much heat can cause even more damage.

This isn't guaranteed to work but many people have successfully revived their phones and retrieved their data using this method.

Keep in mind that your phone is on borrowed time after you do this. Make it your first priority to retrieve any data that you would like to keep. It may only work for a few minutes, days, weeks, months or it may even last years.

You should monitor the phone carefully during charging. If it gets very hot the battery may be damaged and should be replaced.

After any exposure to water you no longer have a warranty as water damage is not covered. Any insurance policies on the phone may also be voided unless you are covered for accidental damage.

A more efficient alternative to rice is silica gel. You most likely won't have enough of the stuff to hand when the accident happens but it is good to use. Silica gel can be bought from electronic wholesalers like this example. Thank you to shuntfield for this information.

Good luck!

Source: Nokia Support

Wednesday, June 24, 2009

Buletin Ansara Terendak Edisi Pertama: Jun 2009





Buletin Ansara Terendak edisi pertama telah berada di pasaran. Dapatkannya segera sementara stok masih ada. Terdapat pelbagai berita panas dan gossip terkini dimuatkan dalam akhbar ini.

Dapatkannya di:

Forum extdk.net
4Shared
Savefile


Sebarang sumbangan berita, maklumat dan komen, sila ajukan kepada ansara_terendak@yahoo.com dengan Subjek: Buletin Ansara Terendak.

Bagitau Terendakian yang lain mengenai berita ini.

Selamat membaca!! afro

Friday, June 19, 2009

Chicken Cordon Bleu



I'm a big fan of chicken cordon bleu. Kalau gi Sakura Kristal, mesti order ni. Tapi lately ni saiz makanannya makin mengecil, harga makin naik. Huhuhu...

Smalam di Putrajaya, makan di Secret Recipe di Souk. Try Chicken Cordon Bleu. Sedap giler dan lembut. Ada melted cheese lagi.....heaven......

Kat mana lagi ada chicken cordon bleu yg sedap-sedap?

Tuesday, June 16, 2009

Sukarelawan Program Mustika 2009 Diperlukan.




Program Mustika ialah program intensif UPSR percuma untuk pelajar kurang berkemampuan di S.K Tmn Melawati (2). Ianya telah diadakan dengan jayanya pada tahun 2008. Bagi tahun ini, sukarelawan diperlukan untuk meneruskan program ini.

Kelas diadakan di sebelah malam pada hari Selasa, Rabu dan Khamis. Bimbingan secara berkumpulan. Untuk menyertai pasukan sukarelawan Mustika anjuran Ansara Terendak, hubungi Mad Duan di 012-2353461 atau mad_ridzuan@yahoo.com.

Program akan dilancarkan pada bulan Jun 2009.

Bagaimana anda boleh menyertainya?

1. Daftar sebagai sukarelawan

2. Menyumbang dana bagi membeli buku dan perkakasan untuk pelajar-pelajar tersebut.

3. Menyebarkan maklumat program ini kepada Terendakian yg lain

Untuk maklumat lanjut, hubungi AJK Pendidikan, saudara Mad Ridzuan.

Klik topik INI

Sunday, June 14, 2009

Blog Award

Award ini telah diberikan kepada Sherrina oleh Cik ManjaMas dan Cik Erin.....tenkiu so much :D




Terma dan syarat:
.letakkan logo award ini di blog anda.
.anugerahkan award ini kepada 10 Blog yang anda anggap paling berinspirasi dan sangat mesra.
.pastikan anda menyatakan penghargaan ini melalui backlink dengan blog yang anda anggap paling memberikan inspirasi dan mesra dari blog anda.
.informasikan penerima award mengenai award yang mereka terima dengan menyatakan komen di blog mereka.
.berbagi cinta dan sayang untuk penghargaan ini kepada pemberi anugerah ini.

Penerima anugerah ialah......jeng..jeng...jeng....

Cukuplah kot 7 orang....tak tercari lak 3 orang lagi :D

Tuesday, June 09, 2009

Riang Ria Cuti Skolah

Cuti skolah bukan sahaja untuk pelajar skolah, bahkan juga cikgu tuition macam Sherrina. Hari ni kebetulan partner-in-crime juga amik cuti. So kami merancang nak ke beberapa tempat.

Lokasi pertama: Pavillion. Semenjak memula bukak, tak penah gi dah. So saja nak gi tengok apa perkembangan terkini disana. Kebetulan lak belum breakfast dan lunch. Gi ke food court. Tatau nak makan apa tapi nasi padang tu nampak sedap. So gi lah. Sebenarnya bila gi shopping complex ni, Sherrina cukup takut nak makan nasi campur. Harganya boleh jadi gila-gila. Tapi tengok daging dendeng tu....kecur sehhh.



Kene ketuk dekat RM10. Puas hati juga lah. Daging dendeng tu super sedap. Mahal sket sebab amik 2 potion daging dendeng.

Lepas makan tengahari, jalan pusing kompleks pastu gi Jco untuk tapau 2 donut. Terserempak dengan senior MRSM Terendak iaitu abg Mantoi dan my bro and his friend. Lunch time. Lepas tapau donut, keluar dari Pavillion. Kami gerak ke Seri Kembangan sebab nak usha Jusco Equine. Berpandukan arahan dalam GPS, senang je nak sampai sana. Tapi kalau takde GPS, confirm tak sampai le. Ntah mana lorong belakang kilang yang kitorang masuk, tatau le. Tapi akhirnya sampai. Jusco Equine ni ala-ala mcm Jusco AU2 tapi lagi ceria. Kat sana makan Jco di food court. Pastu masuk Jusco beli hadiah kawin utk member, tali pinggang (kat sini ada saiz besar yg takde di JJ Wangsa Maju), selipar untuk tandas (RM2.50 je) dan sharpener. Too bad duit tak banyak. Harga kat sini boleh tahan bagus dan banyak pilihan.

Pas habis pusing di Jusco, balik ke KL. Tetiba teringat pameran baru di Balai Seni Lukis Negara. Aritu tengok di MHI. Kebetulan member lak tak penah jejak kaki ke BSLN. Tapi tak sure lak bukak ke tak. Mujur ada simpan no phone office Muzium Negara. Tanyakan no BSLN dan call BSLN. Buka pada hari Isnin hingga jam 6 petang. Tekan-tekan GPS, takde lak BSLN. Keyword tak tepat. Setting je Institut Jantung Negara, zooom.




Pameran terkini ialah sempena Hari Hutan Sedunia


Teruja dengan lukisan-lukisan bertemakan alam semulajadi dan hutan di Malaysia


Ruang pameran tetap


Kalau korang stress, gi lah lepak disini. Free je. Boleh duduk berjam-jam layan lukisan.

Sudah pukul 6. Balik semula ke Wangsa Maju, gi Carrefour jap beli barang dapur. Then gi makan malam di Cosy Place. Nak suh member try lamb shoulder yg Sherrina makan aritu. Sherrina lak order beef kuey tiow.


mushroom soup as starter. Sedap nak mampus. Bukan Campbell bukak tin punya.


Beef kuey tiow.....kureng. Maybe tak kene ngan taste Sherrina.


Lamb shoulder. Kali ni liat plak. Potatoes tu masam. Potong stim betul


Teh tarik yg sedap. Jus tembikai versi 'Tak Ikhlas' sebab kaler cair ya amat. Rasa pun cair lah.

Kedua-dua menu utama tu dalam promosi. Kuey tiow tu RM5.90 dan lamb tu RM12.90. Rasanya kali ni kurang kick lah. Potong dari list favourite place to dine.

Sunday, June 07, 2009

Kucing, Nasi Ayam dan Boh Teh O Ais


Ni tataulah kucing sapa. Memang merayau kesana-kemari. Dulu kat area sini mana ada kucing jalanan spesis bulu kembang macam ni. Tapi lately ni macam banyak lak. Tatau le camne boleh terjadi. Kucing kampung lak makin sikit.


Walaupun kucing jalanan, tapi sihat dan kuat. Sesekali bila nampak dia datang umah, kasi le makan nasi ngan ikan. Tapi ada sekor lagi yang kaler oren tu sudah kene kurap di telinga dan muka lah. Kesian giler. Tatau nak wat camne.



Ini ialah minuman kegemaran terbaru Sherrina. Boh Teh O Ais.


Perisa original lagi sedap. Kene plak masa cuaca panas teguk air ni sejuk-sejuk.....lega seh.




Ini ialah nasi ayam Mash di Datuk Keramat. The best nasi ayam in the world (bagi Sherrina lah). Kalau nak makan disini kene gi before lunch time. Kalau tak, sesak daaa...

Cerita-ceriti May-June 2009

Ringkasan beberapa catatan peristiwa yang telah berlaku. Firstly, Sherrina dah mencuba highway Duke dari Ulu Klang terus ke Jln Duta. Tol RM2. Sangat efisyen dan berbaloi. Tak perlu menempuh city centre. Terus sampai ke tol Jln Duta.


Menuju ke Bestari Jaya a.k.a Batang Berjuntai (nape eh dorg tukar nama?)


My youngest sister dah habis blaja. Cuma tinggal nak practical dan kini dia practical di Zoo Negara. Sungguh lucu, tak terjangkau dek akalku nak praktikal di Zoo ketika aku blaja dulu. Muahahaha.... Tapi what the heck, nak cari tempat praktikal sangat susah. Surprisingly, sangatlah ramai rupanya budak uni yg praktikal di situ. Rasanya student kursus Zoology ntah brape kerat, yang lain tu kursus2 bukan berkaitan dengan Zoo :p


Rabu dan Khamis lepas ActivemindKids mengadakan Kem IT dengan kerjasama Majlis Perbandaran Subang Jaya. Kali pertama kami mengadakan kem IT (selama ni buat kem sains aje) dan ianya sangat menyeronokkan.


Laporan penuh di blog ActivemindKids yang akan dikemaskini.


Sherrina ketagihan menu ini di KFC. Baked potato itu sangatlah enak.


Ini pula di Berjaya Times Square. Percubaan pertama donut Krispy Kreme.


Macam-macam jenis donut ada


Sherrina pilih donut yg biasa tu, rasanya specialty di KK sebab donut tu saje ada 2 tray.


Rasanya sedap, lembut dan sangat manis. Dah le ada coklat, disalut plak dengan gula. Lepas makan jadi sangat haus. Rasanya oklah, tidaklah menjemukan seperti J-Co donut.

Petang tadi member ajak tonton filem Jangan Pandang Belakang Congkak. Komedi seram, sesuailah untuk tonton sambil bersantai. Gelak-gelak tengok lawak Mazlan Pet Pet yg kelakar tu. Smalam plan nak tengok Syurga Cinta tapi sold out. Surprisingly filem Syurga Cinta mendapat sambutan yang sangat hangat dan review yang bagus-bagus. Ingatkan just another filem hampeh. Takpe, tak dapat tonton di pawagam tunggu je lah vcd nya keluar di kedai.

Thursday, June 04, 2009

Fastfood Tempatan

Dua fastfood tempatan yang Sherrina telah cuba dan Sherrina gemari ialah Melawati Kebab (dah lama wujud) dan Roti Mat Salai (produk baru)



Memula makan Melawati Kebab ni, memang addicted lah. Dulu masa skolah, sanggup kayuh basikal ke Taman Melawati. Kat area gerai nasi ayam yg famous tu, ada satu gerai Melawati Kebab. Dulu mana ada MRR2. Selamba je cross jalanraya dengan basikal. Sekarang tak berani. Beli kebab daging dan air tebu. Perghhh...enak, beb.



Skarang Melawati Kebab dah ada di most pasar malam. Sherrina lebih gemari daging sebab rasa lebih sedap berbanding kebab ayam. The best Melawati Kebab di pasar malam AU4 sebab isinya banyak. Pueh hati.



Minggu lepas gi MBO, ternampak gerai Roti Mat Salai. Sherrina order salai daging + cheese. Harganya RM3.50 kalau tak silap. Kalau yg biasa, rega RM2.50. Rasanya sedap. Roti tu lembut dan selain dari daging salai, ada serunding. Perghhh......kreatif giler. Kini serunding pun dah jadi menu fastfood tempatan.



Apa pun, bangga dengan produk fastfood tempatan. Kita kene le sokong. Kalau bukan kita, sapa lagi. Kalau yang asyik telan fastfood dari luar negara tu, apa kata sesekali ubah selera ke fastfood tempatan. Tidak kurang enaknya.



Yang penting, makan tanpa was-was

Tuesday, June 02, 2009

Restoran Cosy Place



Last week Sherrina berkesempatan mengunjungi Cosy Place. Dah lama bukak sebenarnya tapi tak teringat nak pegi. Kebetulan kak Aidrina sekeluarga nak gi sana, saya join ajelah. Lokasinya di Wangsa Maju Seksyen 5, belakang San Fransisco Pizza.



Restoran ni bertemakan ala English dengan dekorasi yang membuatkan kita berasa seperti berada di rumah di England. Suasananya tenang dan nyaman. Memang best lah kalau nak bersantai tenangkan fikiran.


Makanan kat sini ada local food dan western dish. Ni fish and chips.


Menu sherrina mcm biasalah, lamb chop. Lagipun tengah ada offer. RM12 kalau tak silap. Memang sedap, lembut dan enak. Lagi sedap dari lamb chop di San Fransisco Pizza. Minuman disini agak mahal, so Sherrina cuma minta ice water. Minuman panas dihidangkan dalam teko kecil, yang tu rasanya agak berbaloi. Satu teko tu lepas 3 cawan. Harga dalam RM5-RM7 kalau tak silap. Tapi hot chocolate disini potong lah....cair dan tak sedap.



Suasana di restoran

Monday, June 01, 2009

Patutkah kanak-kanak dibawa ke panggung wayang?

My partner-in-crime balik kampung. Sherrina memang boring giler. Suddenly kawan lama, since sekolah rendah call nak jumpa. Nak mintak tolong convert cd. So I packed my laptop and we went to KFC Wangsa Maju. Ada wifi dan power socket untuk guna laptop. 5 jam kemudian, keje dah siap dan kami pun pikir nak tengok wayang. Upah tolong convert cd. Oleh kerana dah lewat petang, kami balik ke rumah untuk solat maghrib dan kol 8 baru gerak ke MBO Ampang.

Seperti yang dijangka, MBO Ampang penuh sesak. Maklumlah, Sabtu malam Ahad. Minggu baru gaji. Sementara kawan Sherrina pusing cari parking, Sherrina gi beli tiket dulu. Tu pun hanya dapat seat 5 baris dari depan. Oklah, not bad. Tepat jam 8.45 kami masuk ke panggung. Sherrina duduk disebelah seorang ibu dan anak lelakinya. Umur dalam 7-8 tahun. Tak sempat pun nak beli makanan sebab orang beratur untuk beli popcorn sangatlah panjang. Kalah TGV dan GSC. MBO Ampang ni boleh dikatakan menjadi port untuk orang menonton wayang khususnya keluarga sebab tiketnya lebih murah, lokasinya dekat dengan kawasan perumahan (tak perlu ke tengah KL) dan parking percuma.

Sepanjang waktu menonton, Sherrina perhatikan ramai sungguh kanak-kanak dalam panggung ni. Filem ini diklasifikan PG13, kalau tak silap untuk tontonan 13 tahun ke atas. Tapi ramai je kanak-kanak bawah 13. Ada pula yang membawa bayi yang masih dikendong. Kesian dengan baby tu bila ada scene yg audionya kuat, menangis kerana terkejut.



Filem yang kami tonton ialah Night At The Museum 2. Memanglah ia filem jenaka dan lucu, tapi tak kurang juga adegan kissing yang mana kurang sesuai untuk kanak-kanak kecil. Kalau di tv di rumah, saiz skrin tidaklah besar. Tapi di pawagam, setiap sudut dan gaya kissing tu boleh dilihat dengan terang, jelas dan nyata. Semacam tak sesuai lah dengan usia kanak-kanak yg masih kecil.

Filem ini pula banyak melibatkan dialog yang membuatkan kanak-kanak bosan. Budak disebelah Sherrina dah duduk tak keruan. Kejap duduk, kejap berdiri, kejap bertinggung. Kakinya dah ntah kemana-mana. Sesekali Sherrina usap kepalanya atau peluk bahunya untuk tenangkan budak tu. Bila dah bosan tahap gaban, dia baca ABC dengan kuat. Ibunya hanya berkali-kali menyuruh anak tu diam. You can't blame the kids. Ini filem aksi yang banyak bercakap dan dialog. Bukanlah seperti kartun yang mana banyak memek muka dan gaya yang lucu-lucu. Boleh difahami dengan hanya menonton walaupun tidak memahami dialog. Ada seorang budak perempuan dah berdiri dan berjalan-jalan di tangga, tanda bosan. Kedengaran jeritan budak yang mahu pulang....mahu pulang.

Agak kesian juga dengan ibu bapa yang mahu menonton tapi terhalang dek kerenah kanak-kanak. Yalah, kebanyakkan yang datang tu ibu bapa muda. Zaman mereka bercinta, menonton wayang adalah antara kegiatan utama. Jadi bila dah kahwin, mereka sukar untuk meninggalkannya, lalu mengheret anak-anak ke pawagam.

Ketika Sherrina dan kawan keluar selepas menonton, jam sudah menunjukkan 10.30 malam. Patutlah ada budak yang sudah merengek, dah waktu tidur rupanya. Ini antara cabaran manusia di zaman moden.


Get your own Poll!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin