Friday, July 30, 2010

Tasty Fried Kuey Tiow

Finally, I found a place that can make a tasty Fried Kuey Tiow. Nope, not Char Kuey Tiow, ok. Fried Kuey Tiow.

Best part, the cafe is situated at the 5th floor at my condo where I rented a room shared with a friend. Yippee!

Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

Thursday, July 29, 2010

My latest videography project



Thanks to Kickstart Gymnastics for appointing me as their videographer for this project.

Sunday, July 25, 2010

GCB burger @ McDonalds

Semua orang heboh memperkatakannya masa hari pertama burger ini muncul di pasaran. Sherrina tunggu selepas seminggu untuk mencuba. Isinya mengingatkan Sherrina pada ayam Teriyaki. Sedap dan manis tapi bila dikahwinkan dengan daging burger, rasa pelik plak.

Kesimpulannya, bukan kegemaran Sherrina.

Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

Tuesday, July 20, 2010

Movie Review: Inception

Dah lama tak tulis review pasal filem. Walaupun semenjak TGV dah bukak di Wangsa Walk ni, boleh dikatakan kerap juga Sherrina menonton wayang. Maklumlah dekat dengan rumah dan keadaan kerja sekarang yang agak melegakan dan tak sesibuk dulu mengizinkan Sherrina untuk menonton dengan lapang di waktu orang bekerja.

Pertama kali Sherrina mengetahui mengenai filem Inception ialah apabila membaca tweet Khairy Jamaluddin di Twitter. Beliau memberikan 'two thumbs up' untuk movie ini. Terus Sherrina melihat jadual wayang dan pagi ini jam 11.30 pagi Sherrina berada di TGV Wangsa Walk. Selalunya Sherrina akan review dulu jalan cerita atau sinopsis sesebuah filem sebelum menontonnya. Tapi kali Sherina terjah aje sebab lakonan Leonardo Di Caprio tidak pernah mengecewakan.

Sherrina menonton sorang je kali ini. Entah kenapa, rasa nak menonton seorang untuk filem ini. Ternyata samada Sherrina bertuah atau pilihan waktu Sherrina tepat. Orang tak ramai di pawagam, tiada kanak-kanak bawah umur, tiada penonton yang tak reti senyapkan telefon bimbit dan tiada penonton bosan/bercakap-cakap. Beberapa baris penonton tadi seakan sehati sejiwa. It's a perfect audience. Wow!

Sebelum anda terus menerjah ke pawagam, sila pastikan beberapa perkara:
  • Anda tidak rushing
  • Anda tidak terlalu lapar atau terlalu kenyang
  • Anda tidak mengantuk, seeloknya sihat dan segar-bugar
  • Anda menonton dengan kepala lapang
Hahahaha....kenapa? Sebab ini cerita berat. Serius berat. Jika anda rasa  filem Shutter Island adalah filem bangang dan memeningkan, sila jauhi filem ini. Filem ini bagaikan filem Shutter Island (Leonardo Di Caprio semenjak dua ni asyik berlakon filem berkaitan minda aje eh) tetapi impaknya dua atau mungkin tiga kali ganda. Wow!

Ceritanya bagaimana sekumpulan pakar yang mahir mengekstrak maklumat melalui manusia melalui mimpi. Dalam mimpi (sub-conscious  mind), dikatakan bahawa otak kita atau minda kita dapat dikawal dan dicerobohi untuk mendapatkan sesuatu maklumat atau dalam kes filem ini, menanam sesuatu maklumat. Perghhh! I wonder if this is real.

Mungkin anda pernah tidur lalu bermimpi. Dalam mimpi tu, anda bermimpi lagi. Bila terjaga, anda ingat dah jaga dari tidur. Rupanya anda masih bermimpi. Sehinggalah anda benar-benar terjaga, anda terpaksa mencubit pipi anda sendiri untuk memeriksa samada ini pula satu lagi mimpi atau sudah ke alam realiti. Wow! Umpama mimpi dalam mimpi. Dalam filem ini mereka mampu menerobos dan mencipta sehingga 4 lapis mimpi. Pening? Sila tonton sendiri atau agak-agak takleh masuk filem-filem berat, jangan buang masa dan wang anda.

Apa pun, Sherrina beri 10 bintang! Yeah, you hear me. This movie worth all stars in the world. Totally brilliant, mind-blowing and genius movie. I don't care if it's really out there people that could do such thing (ntah-ntah dalam US military ada mende ni) but this movie seriously best. Walaupun berat. Rasa penat lepas menontonnya but best.

Sehinggalah pengakhirannya pun kita tertanya-tanya, adakah itu mimpi ataupun sudah di realiti? Sila lah tonton jika anda gemari filem seperti ini. Apa pun, four thumbs up (including my feet) to the director, Christopher Nolan dan barisan pelakonnya yang hebat. Dah lama tak rasa sangat puas hati lepas menonton filem sepertimana selepas menonton filem ini. Walaupun ending dia agak membuatkan rasa nak menjerit aje kat Christoper Nolan tapi kita boleh je buat ending kita sendiri. Terima kasihlah sebab buat movie yang best giler macam ini.

Hold it....is this real or am I dreaming that I'm watching that movie? ...

Sunday, July 18, 2010

CJ: Temuramah dengan pengasas Rumah Anak Yatim Shifa'


Sherrina pernah mengajar secara sukarela di Rumah Shifa' ini pada tahun 2007 kalau tak silap. Masa tu baru lepas kene berhenti kerja. So daripada duduk sahaja, Sherrina ke sana mengajar tuisyen secara percuma. Adalah dalam setahun gak Sherrina di sana sebelum Sherrina berhenti kerana mula sibuk dengan mengajar kursus.

Beberapa cerita lama semasa Sherrina mengajar di sana:

Anak Shifa' memotong rambut
Board Games

Sekarang, mereka memerlukan bantuan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar dan selesa. Rumah yang mereka duduki sekarang semakin uzur, kecil dan sewanya makin meningkat. Jika anda ada lebihan wang seringgit-dua, hulur-hulurkanlah kepada mereka melalui Maybank2U, CIMB atau AmIslamic bank.

Thursday, July 08, 2010

Pertama kali mencuba makanan timur tengah di Restoran Saba' yang terletak di Dataran Jelatek. Sherrina, Suhaila dan Wan Dina lunch disana pada hari Isnin.

Selalunya disitu susah nak parking tapi kami bernasib baik. Tapi awas! Harga parking agak mahal juga. Kami kene RM6 untuk hanya 2 jam parking!

Masuk di restoran, ruang bawah penuh dengan pelanggan. Kami naik lif ke tingkat atas. Lebih banyak ruang kosong. Bilangan pelanggan tempatan boleh dibilang dengan jari.

Setelah membelek menu, Sherrina memilih Lamb Tikka. Suhaila dan Wan Dina pula memilih nasi (nasi beriani ke?) Beserta lauk ayam dan kambing. Nasinya cantik. Panjang-panjang dan sangat enak.

Untuk minuman, selain air mineral Sherrina order Barbican perisa strawberry.

Jumlah belanja dalam RM60 semuanya. Nak pegi lagi lah, nak cuba mixed grill pulak. Kata Kak Shurqi, menu itu sangat enak!


Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

Tuesday, July 06, 2010

BHI: Nasi Lemak Bonda

Kisah bagaimana Kimi dan adiknya Qalis membantu ibunya menjual nasi lemak sehingga mereka berjaya mewujudkan label perniagaan mereka sendiri. Suka duka dan cabaran berniaga dilalui dengan sabar. Memberi idea dan inspirasi kepada yang masih ragu-ragu mengenai dunia perniagaan.

Satu lagi buku daripada Siri Usahawan Cilik terbitan PTS yang hebat!

Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

Monday, July 05, 2010

BHI: Homestay Bayu

Bacaan Hari Ini ialah sebuah lagi buku daripada siri Usahawan Cilik bertajuk Homestay Bayu. Berkisar mengenai usaha Zamri memajukan rumah peninggalan Pak Busu menjadi perniagaan homestay yang menguntungkan.

Satu lagi buku yang hebat terbitan PTS.


Sent from my BlackBerry® wireless device via TMobile-Celcom Mobile.

Sunday, July 04, 2010

Buku Untuk Dijual: Pusingan 2

Untuk lihat Pusingan 1, sila klik SINI.



Siri Usahawan Cilik. Pelajari bagaimana Aisyah membantu keluarganya yang sebelum ini hanya menjual roti canai di warung kepada membuka syarikat memasarkan produk roti canai segera. Kondisi: 95% baru. Harga Asal: RM13.50. Harga Jual Semula: RM10 termasuk pos.

 Kisah bagaimana seorang guru menangani kelas tingkatan 1 Terbilang yang terdiri daripada pelajar cerdik pandai tetapi sombong, suka main-main dan tidak menghormati guru. Kondisi: 95% baru. Harga Asal: RM16.00. Harga Jual Semula: RM10 termasuk pos.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin