Tuesday, February 17, 2004

lamanya tak menulis

pehhh..lama betul tinggalkan area nih. sorry lah ye lama tak update. sibuk attend kursus asas usahawan anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan. 6 hari kursus bertempat di Hotel Quality Shah Alam cukup menguntungkan. Dengan yuran serendah RM 250, ilmu yang dapat serta pengalaman yang diberi cukup berfaedah. Terasa cepat sungguh masa berlalu....

Yang paling best, kami group kali nie cukup beruntung kerana berada di Hotel Quality ketika penganjuran Le Tour De Langkawi dimana finishing point bagi sesi yang mana laluan bermula di Dengkil dan berakhir di Shah Alam dapat kami saksikan dari bilik hotel. Kelihatan beberapa buah helikopter berlegar2 di udara di paras bilik kami. Dari starting point dimana pelumba mula memecut dapat dilihat dengan jelas. Satu pengalaman yg cukup menarik. Sayang sekali tak bawa kamera.

Semalam cuti sebab off day. Amik kesempatan ke Putrajaya sebab semenjak ianya dibina tak penah2 ke sana. Betul kata orang yg dah pernah pergi, kalau tak pandai confirm sesat cuma tak sesat jauh. Pusing2 jumpa point yang sama. Sayang sekali bandar terancang seperti itu masalah signboard pun masih berleluasa. Nak cari Souq pon sket nye susah. Cuba cari petronas tapi tak jumpa2. Signboard ada tapi akhirnya tak menuju ke point yang sepatutnya. Pusing punya pusing jumpa juga akhirnya. Bukan nak isi minyak tapi nak beli peta Putrajaya. Punya le frust takde dijual. Last2 lepas round di Taman Botani yang mengecewakan (sebab penunjuk arah tak banyak membantu) then makan di Selera Putra pastu nak cari wetland tapi tak jumpa2, akhirnya balik semula ke KL dan pergi lepas di Alpha Angle. Seperti yang dijangka, MPH Alpha Angle ada menjual peta lengkap Putrajaya. Cehhh.....

Currently Reading: Majalah Fortune cover Starbuck
Currently Listening to: I will always love you - Whitney Houstan
Things to do: assignment TPS, project Webprogramming, kertas kerja Rancangan Perniagaan (RP)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin