Tuesday, March 30, 2004

<h2>Apa celita?</h2>wassup my frendz? apa celita dihujung minggu? takkan takde apa2 yg menarik, kongsi2 le sama.

aku, as usual sabtu aku keje full day. Lepas keje aku ngan kawanku gi le jalan2 kat Sunway Pyramid. dah lama aku tak jenguk mall kepala singa nie. Disebabkan sampai lewat, kitorang just makan aje kat Fish Shop and balik. Ahad aku sibuk ngan kelas kat Unitar sepanjang hari. Kene plak subjek Internet programming my feveret, best blaja VB Script. Tapi bila petang, terkial2 aku dalam kelas Data Structute melukis sorting nombor yg berjela2....jenuh makcik. Dah le depan Unitar dah dibuka Giant Mall Kelana Jaya. As usual rakyat Malaysia memang suka mall yg baru buka, maka berduyun2 le rakyat Kelana Jaya dan sekitarnya ke sana. Sampai jem teruk jalan2 dibuatnya. Abis tempat parking kete student Unitar kene sapu....haru..haru....

Semalam plak disebabkan aku off day, gi le ikut my parent ke Uda Holdings ada mesyuarat luar biasa saham UDA. memang luar biasa. lagi2 isu MRCB suh UDA amik sekeping tanah kat area KL Sentral pastu nak pinjam beberapa belas ke ratus juta. Hangat2 sampai kene mengundi le smalam tapi sapa majority shareholder? depa le. so, sekali lagi keputusan undian ala2 'landslide' gitu....janji aku dapat kupon sarapan kat Starbucks.....percuma. Pastu pi angkut member dua orang berehat2 lagi di Sunway Pyramid. Best sungguh pi jalan2 hari isnin. orang tak ramai, tak penin kepala. Lepas pulun 3 round kat bowling (cisss..kalah 2-1), aku try indoor archery. Huhu...dah lama tak pikul recurve bow, lintang pukang arrow melayang. dah 2 tahun pencen main archery. Abis semua skill terbang. Tapi environment indoor archery nie lain le ngan outdoor. Lagik best outdoor, kene challenge ngan angin plak ngan terik mentari...masakk...abis seround archery, pekena game kat arcade seround dua. Arrgh..my feveret game kayuh beskal takde plak. Cisss...terpaksa main game Jurassic Park ngan Water ski....buhsan. Pi lepak MacD sambil sembang2 sampai malam. Pastu tengok orang main ice skating. teringin nak main tapi gayat le. Buatnya aku terjatuh, mau retak ais2 kat situ...muahahahaha......pastu, Agak2 jalanraya dah clear, baru kitorang blah balik umah.

Hari nie aku MC, suara hilang sebab sore throat.

Eh, korang sure dah tengok senarai kabinet yg terbaru kan? amacam, suka? aku kelako le tgk Hishamuddin diletakkan di Kementerian Pendidikan. Alahaii...orang sukan lompat masuk skolah. Kenapa le tak kasik pada org yg selayaknya? Kadang2 aku terpikir camne Pak Lah pilih orang utk menerajui kementerian? ikut pengalaman ke ikut kepakaran ke atau apa? Kekadang I wonder org2 yg jadik menteri pertanian tu tau ke ilmu2 atau ada pengalaman dlm bidang pertanian ke? cam org yg jadi Menteri Pertahanan, tau ke apa2 pasal pertahanan? dulu ayah aku kata jenuh gak dia nak story mory ngan Menteri Pertahanan pasal decision making sebab menteri tatau istilah2 dalam pertahanan. Tapi ayah aku kata masa Najib jadik Defence Minister bagus, sebab dia rajin blaja dan cepat menangkap. Tapi aku musykil le, apsal Rais Yatim diletakkan di bahagian yg urus hal ehwal kesenian? rugi le ilmu beliau yg cukup luas dlm bidang perundangan tidak digunakan dgn sebaiknya. Ada desas desus kata sbb beliau menyokong Suhakam. Chua Jui Meng pula digugurkan dari senarai disebabkan kes tabung pesakit kronik baru2 nie yg dikatakan ada ratus juta rupa2nya cuma ada 2 juta. Zaharah pula adakah kerana isu kereta lari cukai? macam2 spekulasi tapi Pak Lah dah kata sebab dia nak kasik muka2 baru. Alahai, muka2 lama tu pun kasik pencen la...itu Samy Vellu kasik can la orang lain kutip tol pulak. Tapi dari segi mengekalkan Hamid Albar di bahagian Luar Negeri memang aku setuju sebab selama nie dia nampak bagus dalam melaksanakan tugasnya. Begitu juga dengan Rafidah Aziz. Penubuhan Kementerian Pendidikan Tinggi wajar memandangkan Kementerian Pendidikan tak menang tangan nak handle hal pendidikan dari sekecik2 tadika hingga ke sebesar2 universiti.

Apa pun, kita lihat ajelah camne depa2 nie buat keje, ada baguih ke tidak. Eh, sapa gantikan tempat Datuk Seri Abdul Hamid Zainal Abidin? Dr Mashitah ka?

Jokes yg aku kutip dari Forum Cari:

DUN paling panas DUN PEDAS
DUN paling sejuk DUN BATU BERENDAM
DUN paling tegang DUN BTG BERJUNTAI
DUN paling miskin DUN SEKUPANG
DUN paling berkuasa ENDUN MAHMOOD

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin