Monday, May 30, 2005

Hari Yang Mendemamkan



eh, ada ke hari yang mendemamkan? hehehe...entah lah. yg pasti aku yg demam. dah 2 hari. tapi aku jenis malas do umah kalau demam. so hari nie aku amik cuti dan pegi ke Times Square menonton Madagascar. Nasib baik ada vick inhaler yg menemani dikala hidung aku tersumbat.



citer madagascar nie best. panggung full house. itupon beli tiket kol 1.30 baru dapat seat yang cantik. sementara ada 2 jam, lepak di Borders le mengabiskan buku yg aritu tak abis lagi dibaca. oh ya, Madagascar nie best dan lawak abis. Memang tak rugi le menontonnya.

Pas tu aku gi KLCC. saje ke Guardian shopping ubat. ceh, dah sakit baru nak cari ubat. Amik punya amik, laaa...rm80. mak aiii, mahal kos ubat2an di Malaysia. lagi2 yg dalam kaca (prescribe by pharmacist). Kat luar Guardian tu rupanya ada 2 Red Indian wat show. dari mana le nie....lawa plak topi dorang. rasa nak pinjam plak.







Thursday, May 26, 2005

The Da Vinci Code



masa surf2 di internet, I came across info bout the movie yang aku dok tunggu sekian lama. semenjak pertama kali aku membaca buku Da Vinci Code yang ditulis oleh Dan Brown. Then aku start hunting all books written by him. Angels and Demons memang best giler, macam Da Vinci Code jugak.

Synopsis:

While in Paris on business, Harvard symbologist Robert Langdon ('Tom Hanks') receives an urgent late-night phone call: the elderly curator of the Louvre has been murdered inside the museum. Near the body, police have found a baffling cipher. Solving the enigmatic riddle, Langdon is stunned to discover it leads to a trail of clues hidden in the works of Da Vinci - clues visible for all to see, and yet ingeniously disguised by the painter. Langdon joins forces with a gifted French cryptologist, Sophie Neveu (Audrey Tautou), and learns the late curator was involved in the Priory of Sion - an actual secret society. In a breathless race through Paris, London and beyond, Langdon and Neveu match wits with a faceless powerbroker who appears to work for Opus Dei - a clandestine, Vatican-sanctioned Catholic organization believed to have long plotted to seize the Priory's secret. Unless Langdon and Neveu can decipher the labyrinthine puzzle in time, the Priory's secret - and a stunning historical truth - will be lost forever.


Movie nie akan dilakonkan oleh Tom Hanks. I think dia bawak watak utama. Ingatkan dah nak keluar cinema, rupanya 19 Mei 2006. Arghhh...lamanye. Sementara tu, bleh layan trailer dan website nya dulu..

Da Vinci Code Movie website

Da Vinci Code movie poster:




sementara tu, pe kata enjoy tengok citer Madagascar. Tengok trailer macam best gile. Kelako....

Tuesday, May 24, 2005

Bukit Tinggi Resort, Pahang



Cuti kali nie aku pack dengan aktiviti. Sabtu gi KLCC. Ada band US Air Force/Navy main muzik sempena sambutan persahabatan US dan Malaysia. Mujur dia buat kat Malaysia, kalau dia wat persembahan nie kat Indonesia, sure dah kene baling ngan telur. Yang tak bagus, dia main time Maghrib. Punya banyak masa lain, time tu jugak. Tak dengo azan berkumandang dari Masjid KLCC.

Ahad pi tengok Star Wars kat GSC Times Square. Aku nie bukan fanatiks Star Wars, tapi teringin nak cuba Premier class di Times Square. Murah sket tiketnya dari Gld Class. Seat disusun dua kerusi dalam satu baris. Kira couple paling sesuai le gi. Harga tiket RM 16. Mahal sket dr harga panggung biasa. Tapi aku nie ada tabiat suka nak try mende baru (yang halal aje ye). Kebetulan Star Wars tengah ditayang di Premier Class, beli tiket dan tonton. Selesa dan nyaman menontonnya. Malah ada lounge sementara menunggu tayangan bermula. Kalau nak beli popcorn dan makanan, order saja di kaunter. Bayar dan ia akan dihantar ke kerusi anda. Siap ada meja bulat kecil untuk letak makanan. Kelass....tapi nie le first and last kot masuk sini. Kalau takde movie yang bagus, tak berbaloi. Lagipun jenuh kene leter ngan ibu sebab support US nye film yang telah mengutip 200 juta. Apa nak wat, tiket dah beli awal. Pegi je lah.

Isnin, gi Bukit Tinggi Resort dengan member yang dah nak pindah ke ofis lain. Kira cam last treat le to say goodbye. Bertolak dari KL jam 11.30 pagi. Tiket naik ke resort RM 16 untuk seorang dewasa. Mahal gak. Tempat yang bleh dilawati dengan harga ini ialah Japanese Tea House, Colmar Tropicale dan Rabbit Park. Additional activities kene bayar. Takleh lupa masa syok amik gambo kat Taman Botani ditepi satu kolam ikan kap, cermin mata terjatuh menjunam ke dalam kolam. Jenuh gak mencapai, sampai kene baring atas lantai simen untuk capai cermin mata. Mujur jam adidas RM20 nie tak rosak kene air.....

Balik dari Bukit Tinggi, singgah ofis. Amik akuarium dan peralatan untuk dibawa pulang. Ofis aku tu keras agaknya, abis ikan semua mati termasuk ikan DBKL. Gi beli ikan baru kat kedai tepi MRR2 highway. Pastu pi Adam Seafood kat AU3 pekena tomyam dan ikan siakap 3 rasa. Sodapp....


Nie gambar2 di sekitar Bukit Tinggi. Mouseover to read bout the pic (Gerakkan cursor mouse ke atas foto untuk membaca ulasan). Macam biasa, full version di Muzium Fotografi Sherrina


Tol Gombak - RM 4 untuk kereta

Lokasi Pertama: Rumah Teh Jepun

Shot bunga menggunakan Macro mode

Rumah persinggahan dihiasi dengan landskap kolam ikan Kap yang sinonim dengan budaya masyarakat Jepun

Di kolam inilah aku nyaris2 terpaksa menyinsing seluar mencari cermin mata yang terjatuh. Mujur bleh sampai dgn hanya berbaring ditepi kolam lalu menjulurkan tangan

Colmar Tropicale dari tingkat 3 menara jam

Susah nak nyebut nama-nama kedai kat sini

Angsa dan ikan kap adalah antara tarikan disini.

Memberi makanan kepada ikan dari atas jambatan. Makanan ikan dijual RM 1.50 sepeket.

Games room turut disediakan bila anda dah boring berjalan-jalan.

Rabbit Park untuk mereka yang suka mengejar arnab-arnab comel

Arnab pun pandai bergossip dan mengumpat

Bye bye Bukit Tinggi, nanti aku datang lagi. Bila harga tiket dah turun! hahaha..



Friday, May 20, 2005

Bila Sesekali Kesusahan Menjengah...



Alhamdulillah. Rezeki dari Tuhan Yang Esa. Jiran aku bagi info mengenai kawannya yang mencari orang untuk menaip kertas2 kerja yang ditulis arwah suaminya yang hendak dibukukan menjadi buku teks tingkatan 3, 4 dan 5. Setelah berbincang dengan isteri arwah, beliau setuju dengan tawaran aku iaitu RM 2 sehelai. Kalau takde aral, keje ini sahaja akan membawa income 2 ribu untuk aku. Insya' Allah.. lepas le separuh dari yuran pengajian yang aku kene bayar.

Sebenarnya aku extend semester. Kalau ikutkan, aku patut dah grad tahun lepas kerana loan PTPTN aku hanya 3 tahun. Tapi aku tak mampu nak carry byk subjek kerana aku keje sambil belaja. So terpaksa aku extend ke tahun ke empat dimana yuran kene bayar sendiri. Sekarang aku kene usaha untuk cari 3,500 untuk bayar pengajian semester Januari yang lepas. Untuk sem June, aku cuti sekejap. Antaranya sebab aku masih lom ada duit utk bayar hutang yang lepas (polisi Unitar kita takleh masuk sem baru kalau hutang yang lepas tak langsai sebanyak 75%) dan subjek yang aku hendak amik pula takde ditawarkan di semester pendek. Syukur juga ini semua terjadi disaat aku di final year. Cuma 2 subjek teori, praktikal dan 1 projek paper sahaja menjadi benteng aku untuk mendapatkan sekeping ijazah.

Dalam kekalutan mencari wang nie, datang juga beberapa rezeki yang nak bantu aku bayar yuran nie. Antaranya kelas tuition sabtu dan ahad, kelas tuition isnin dan rabu malam, type buku teks dan insya' Allah 2 projek yang aku harap2 dapat di tangan iaitu 2 tadika minta aku develop system untuk kegunaan dorang. Brape nak charge dorang ye? aku tanya Abg Hazman yang kini menjadi software developer secara freelance, dia suggest 3 ribu. Tengok le....bergantung pada budget tadika juga.

Harap2 cukup le duit nak bayar yuran. ada gak mak aku kata nak hulur, tapi aku suh dia reserve dulu. aku nak cuba usaha sendiri......kalau aku berjaya, aku nak belanja diri aku bercuti di tepi pantai. Yahoooo....

Teringat lirik lagu Spider, Jangan Kau Berputus Asa.

Sebelum gugur tercalar
jiwa parah
jangan kau gugurkan air mata
sebelum putus tali
Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa


Apa-apa pun, bila kesusahan datang menjengah kita jangan melatah. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.....


Tuesday, May 17, 2005

Album Terbaik Spider



Semenjak Spider menang pelbagai anugerah hasil populariti lagu Relaku Pujuk, aku pon start dengo lagu2 diorang. Bukan tak penah ikuti perkembangan kumpulan nie. Aku dah dengar lagu2 dorang sejak zaman Ngam Ho lagi. Cuma tak penah beli album dorang sehingga baca pelbagai review daripada mereka2 yang dah membeli album Nazraku. Rasanya harus cuba.

So, kebetulan aku berjalan2 di The Curve, aku cari skali album Spider. Album Nazraku dah takde, yang ada hanya album koleksi terbaik Spider. Lagi bagus. 2 kaset dengan harga RM 18.50. Lepas layan beberapa kali, aku respek le ngan lagu2 dalam album nie. Boleh dikatakan 80% lagu2 dalam album nie best dan konsep muzik dorang nie lain dari yang lain. Antara feveret aku ialah Kerongsang, Buat Sang Puteri dan Jangan Kau Berputus Asa. Kalau nak dengar lagu2 dari album Nazraku, sila le ke laman web Dobot yang telah bermurah hati menyediakan online music player yang memuatkan lagu2 dari album Nazraku....

      

Monday, May 16, 2005

My Mini Aquarium

Sebelum nie aku hanya minat membela kucing saja. Tu pun bukan le serius sangat, just stray cats. Hanya bagi makan, main2 ngan kucing2 tu. Itu aje. Semenjak kucing kesayangan aku, Kitty meghilangkan diri dan Si Belang pun sama, aku dah tak minat nak bela kucing macam dulu. Siap seludup masuk ikut tingkap untuk bawak kucing tido sama.

Masa final year kat UTM, ntah camne aku ternampak senior aku bela ikan dalam akuarium. Aku pun belajar berjalan2 di Jalan Pasar (bagi peminat ikan belaan, sure tau tempat nie) dan aku sempat mencuba hobi ini selama beberapa bulan sebelum aku give up. Mungkin masa tu tak pandai membela.

Baru2 nie aku bagi hadiah birthday seorang kawan. Dia nak sangat bela ikan dan aku hadiahkan set akuarium pada dia. Lepas tu, aku plak yg end up menjaga ikan2 tu dan akuarium tu dah macam milik aku sendiri. Lagipun dia gak yang suh aku menjaga akuarium tu sebab dia akan bertukar keje. So, aku minat semula pada aktiviti membela ikan. Aku kembali ke Jalan Pasar dan juga menjengan ke Pet Safari. Selain tu aku join forum2 berkaitan hobi membela ikan untuk menimba ilmu menjaga ikan nie.

For a start, aku mula dengan akuarium plastik dulu. Aku aim kalau berjaya, baru aku nak serius spend hundreds of ringgits untuk membeli akuarium kaca yang siap ada lampu tu. Berkenan dengan few designs yang aku usha kat Pet Safari. So, bebaru nie aku luangkan masa membersihkan dan menghias akuarium ini....


Akuarium yang telah diisi dengan air bersih, anti-klorin dan batu hiasan di dasarnya


6 ekor Guppy dan seekor ikan bandaraya


Aku berkenan tengok pakcik nie masa shopping kat Pet Safari di Harvey Norman


Sticky Tablet untuk dilekatkan didinding akuarium untuk membolehkan kita melihat ikan itu makan dengan riang


Aku terjumpa makanan nie di Pet Safari dan membelinya dengan harga RM 2.90. Bagus juga sebab cuti Hari Wesak nie aku takkan masuk ofis selama beberapa hari.


Aku baru tau yang filter sangat penting untuk memanjangkan tempoh kebersihan air. Beli yang murah dulu nak tengok keberkesanannya


Batu hiasan nie aku beli kat Jalan Pasar. Di Pet Safari pilihan batu hiasannya lebih banyak. Aku juga membeli satu pek batu2 fossil untuk hiasan akuarium


Chlorine tester untuk menguji kandungan klorin dalam air. Terlalu banyak klorin akan membunuh ikan


Inilah rupanya setelah disusun. Taklah cantik sangat, but good enough for a beginner like me


I hope the guppies like the tablet

Kalau menjadi le hobi nie dan dah pakar nanti, aku nak try marine aqua plak....harap-harap dapat le satu macam nie, humang aihhh....bestnya tak terkata!!



Wednesday, May 04, 2005

Petrol Naik Lagi!!

Petrol naik lagi!!! Betul le kata orang, hanya hujan, air paip dan air kenc (ikut style Orkid dalam filem Sepet) aje yang turun. Aku pun sibuk meramaikan majlis kat Petronas tadi bagi memenuhkan tank kete. Dalam keadaan ini aku bersyukur sgt kete aku kecik dan tak makan minyak sgt. Aku tengok orang2 yg dok isi kete yang CC nye beso2 tu berkerut aje dahi.....

Lepas nie sure teh tarik dan roti canai pun tumpang naik. Apa lagi yang nak naik lepas ni? Gaji naik? Kirim salam.....


Monday, May 02, 2005

Kelly and Mad's Wedding Ceremony

Last night was the wedding ceremony of Kelly and Mad. Kelly is my old friend from CBN. We used to ride on the same school bus for 2 years. It was heck, lot of fun. She's the kind of the girl that likes to joke around, bit rough and all the boys (st john's boys who rode on the same bus) knew her because of her loud mouth. And looks at her now, a pretty elegant lady who just got married to a handsome bloke. Dey kelly, where did u find such a good looking guy hah???

Here's some photos. As usual, even though this is Mad and Kelly's big day but we made use of it to handle tiny small gath of long lost friends. Kecoh macam majlis sendiri....






Mamat French nie nervous masa diminta menepung tawar pengantin. Excited pon ye juga.


Muka-muka disetiap kenduri kawin



Sempat lagi kacau bilik pengantin

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin