Bila Sesekali Kesusahan Menjengah...
Alhamdulillah. Rezeki dari Tuhan Yang Esa. Jiran aku bagi info mengenai kawannya yang mencari orang untuk menaip kertas2 kerja yang ditulis arwah suaminya yang hendak dibukukan menjadi buku teks tingkatan 3, 4 dan 5. Setelah berbincang dengan isteri arwah, beliau setuju dengan tawaran aku iaitu RM 2 sehelai. Kalau takde aral, keje ini sahaja akan membawa income 2 ribu untuk aku. Insya' Allah.. lepas le separuh dari yuran pengajian yang aku kene bayar.
Sebenarnya aku extend semester. Kalau ikutkan, aku patut dah grad tahun lepas kerana loan PTPTN aku hanya 3 tahun. Tapi aku tak mampu nak carry byk subjek kerana aku keje sambil belaja. So terpaksa aku extend ke tahun ke empat dimana yuran kene bayar sendiri. Sekarang aku kene usaha untuk cari 3,500 untuk bayar pengajian semester Januari yang lepas. Untuk sem June, aku cuti sekejap. Antaranya sebab aku masih lom ada duit utk bayar hutang yang lepas (polisi Unitar kita takleh masuk sem baru kalau hutang yang lepas tak langsai sebanyak 75%) dan subjek yang aku hendak amik pula takde ditawarkan di semester pendek. Syukur juga ini semua terjadi disaat aku di final year. Cuma 2 subjek teori, praktikal dan 1 projek paper sahaja menjadi benteng aku untuk mendapatkan sekeping ijazah.
Dalam kekalutan mencari wang nie, datang juga beberapa rezeki yang nak bantu aku bayar yuran nie. Antaranya kelas tuition sabtu dan ahad, kelas tuition isnin dan rabu malam, type buku teks dan insya' Allah 2 projek yang aku harap2 dapat di tangan iaitu 2 tadika minta aku develop system untuk kegunaan dorang. Brape nak charge dorang ye? aku tanya Abg Hazman yang kini menjadi software developer secara freelance, dia suggest 3 ribu. Tengok le....bergantung pada budget tadika juga.
Harap2 cukup le duit nak bayar yuran. ada gak mak aku kata nak hulur, tapi aku suh dia reserve dulu. aku nak cuba usaha sendiri......kalau aku berjaya, aku nak belanja diri aku bercuti di tepi pantai. Yahoooo....
Teringat lirik lagu Spider, Jangan Kau Berputus Asa.
Sebelum gugur tercalar
jiwa parah
jangan kau gugurkan air mata
sebelum putus tali
Tuhan Yang Esa
Jangan kau berputus asa
Apa-apa pun, bila kesusahan datang menjengah kita jangan melatah. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.....
No comments:
Post a Comment