Saturday, July 30, 2005

Takde Sivik Punya Orang



Aku pon heran le. kenapa payah sungguh manusia nie nak sivik bila bab2 parking. Aku paham, kawasan2 pejabat di KL nie parking limited. Kalau ikutkan, double parking tu salah. tapi kalau dah terdesak, dah round 3 kali (ada yg malas, nak cepat dan dekat aje) dan nak double park..cuba le guna kepala (jgn guna kepala lutut). At least tinggalkan no hp kat dashboard. Ni, tinggal buta. Lama2 cam park kat tempat yg sepatutnya.

Nie kes petang semalam. Amoi nie hon kete tak henti2 selama 15 minit. Dia dah naik berang, dia gi ke Mercedes tu (pakai Merc tapi otak 5 sen. Pakai beskal le bagus) dan cuba2 bukak pintu, hentak2 and sampai tahap dia nak angkat tang tayar tu....

lepas 20 minit, mamat dan anaknya pon sampai. Adatlah, org kene blok. Masa terbuang, mesti maki hamun punya. Kalau dah salah ko, telan ajelah. Tapi mamat nie tak, fight bebeh fight. Perang mulut. Anak dia tergamam, cuba nak tenangkan ayah. Mamat nie maki2 amoi, pastu pi kat belakang kete amoi and tendang bontot kete. Sial sungguh mamat itu. Then dia blah......

Melalui pemerhatian aku, dulu bila ditanya pemandu lelaki atau pemandu pompuan yang teruk. Selalu dikata, pemandu pompuan. Aku tgk skarang pemandu pompuan dan makin pandai dan cermat semasa memandu, parking dan guna jalanraya. Tapi pemandu lelaki tetap dgn perangai 5 sen tu jugak (tak semua, sebilangan sahaja). Kenapa ek???


Kete amoi kene block


Mamat dan anak sampai


Mamat tu bagi reason


Mamat memaki sambil diperati oleh anaknya sebagai teladan


Mamat masuk ke kereta sambil diperatikan oleh anaknya yang masih tergamam


kesian si anak yang mendapat pelajaran baru hari nie iaitu: bila kita pakai kete beso, sukati kita le nak buat apa kita suka....

Thursday, July 28, 2005

Worst Parking Day

Hereby I declared today as the World's Worst Parking Day!!!
This red car owner coule be thinking that he/she paid more road tax than order road user.
Therefore, he/she can park at whatever he/she likes in whatever style

This cool black with a bamboo size exhaust could be thinking that he is qualified to conquer two parking lot at once coz he's car is the coolest among all!!

P/s: At this area, getting a nice, legal parking lot during peak hour is almost impossible and yet, look at the behaviour of these people...so called man who claimed they are better road user than woman...haha!!

Tuesday, July 26, 2005

Proton Savvy Kene Kutuk di Top Gear


Baru dapat tau pasal nie, kerete Proton Savvy dimalukan dan dikutuk di program Top Gear yang disiarkan di UK.

Nie link kepada video klip program tersebut. Sila right click - Save Target As...
http://202.71.100.110:88/topgearsavvy.wmv

Monday, July 25, 2005

Fesyen dan dunianya yang tersendiri



Sebenarnya, aku tak penah minat dengan dunia fesyen. Aku pon tak ikuti perkembangan fesyen terkini. Fesyen aku hanyalah t-shirt, kemeja, slack, jeans, suar trek, tudung dan baju kurung. Aku tgk ramai kawan2 aku yg berhabisan duit supaya seiring dengan arus perdana fesyen.

Smalam kat KLCC ada pertunjukkan fesyen sempena Minggu Fesyen KL 2005. pada awalnya, aku ngan member ke Times Square nak tgk wayang. tapi musim nie wayang takde citer yg best2. so kitorang ke KLCC. aku tengok kat center court dah siap pasang stage. Mujur bawak camera. lepas lunch di food court, aku pun turun ke centre court kol 2.30. nak secure tempat yang baik. Nervous gak coz aku tak penah shoot fashion show. sekeliling kawasan stage dipasang tali penghadang. segerombolan photographer berbangsa cina dah mula masuk ke kawasan dalam. Official Photographer (OP) kot. aku dok diluar tali. ada beberapa senior photographer dlm lingkungan usia 50 tahun menunggu sama. masing2 mengeluarkan senjata dan membelek2 setting2 yang sesuai dengan event nie. sorang-sorang mula menyusup masuk ke kawasan dalam. aku pon ikut sama. uncle2 tu baik, siap beri ruang untuk aku ke depan. disamping tu, sambil2 shoot masa break time dorang ajar pasal lightning dan metering. silap aku guna metering yg salah, patut pilih yg focus one stop punye. tapi setting lari plak. dah le aku masih terkial2 nak main ngan aperture. pakai hentam aje. test, terang sangat. reduce. test lagi, gelap sangat, increase.

semua yang datang pakai dSLR, aku sorang aje prosumer. buat selamba aje udahlah, nak cari pengalaman....show mula kol 3.50pm. dah naik kematu menunggu. sorang demi soran masuk memperagakan fesyen batik. aku ingatkan baju batik ke, kebaya batik ke...rupanya.....ini daaaa...hebat, sapa nak tau kain batik yg mak2 kita dok pakai tu bleh diubahsuai jadi semoden ini.....hampir kol 5 baru selesai. lenguh tangan, bahu dan pinggang...toksah kata. tapi puas hati. sila lihat hasilnya dibawah, dan as usual, full version di http://sherrina.fotopages.com









Tak silap aku, masa shoot nie aku sorang aje perempuan. Yang lain semua male photographer. Tetapi ia satu advantage dimana aku dapat menarik perhatian model2 itu untuk memandang kamera aku. Cuma teknik aku yg masih newbie nie menyebabkan shoot2 aku tidak perfect seperti yang sepatutnya. Rugi besar.....

Lepas shoot, aku ngan member pon keluar dari KLCC sambil membincangkan program tadi. Then member aku kata, "camne ek. designer tu design baju2 camtu. pastu diperaga oleh model2 tu. pastu baju tu dijual, dipakai oleh orang lain.....ishhh...camne nak pikul dosanya tu??? "

aku kata....."tak taulah....tu hanya Allah dan designer tu aje yang tahu"

Friday, July 22, 2005

Mawi World-Fenomena Baru

I received this photo from one of my Yahoogroup mailing list. Fuhh...this guy is the hottest guy in the town. Everyone talked about him. At the bus stop, pasar malam, school, everywhere....Mawi, World...Mawi, World.....I'm obsessed of him? Me? no....no...no...I'm just sharing this photo and a very interesting article from http://www.harakahdaily.net/article.php?sid=14805. You might want to think and ponder on this idea....what is this whole World of Mawi about....

Mawi dan Akademi Fantasia: Fenomena baru?

Wednesday, July 20 @ 12:41:19 MYT Oleh MELINTANG SESAYAP

MAKA suasana menjadi tenang seketika. Jalan raya agak lengang. Anak-anak kecil tidak berkeliaran. Semua telah pun pulang ke rumah. Tiada kelas mengaji muqaddam hari ini. Ustazah memang tidak mengadakan kelas.
Anak-anak muda yang sering bersantai, lepak dan bersidai tepi tangga, tepi tembok dan tepi kaki jalan sudah pun kembali ke rumah sejak awal lagi. Tiada usik mengusik, tiada 'dating' dan tiada ke hulu ke hilir dengan motosikal.
Tiada jalan-jalan malam. Kenduri pada malam ini telah ditunda keesokan malam dan ada kenduri yang telah diawalkan. Ada yang tidak jadi pulang ke kampung atau ada yang melewatkan perjalanan jauh.
Anak yang kecil, bayi telah ditidurkan awal dan makan malam telah pun disantap seisi keluarga selepas solat maghrib. Ada yang telah membatalkan ziarah ke rumah saudara dan kalau ada tetamu yang ingin datang diminta melawat pada lain masa. Yang pasti bukan malam ini.

Kuliah kurang orang. Ceramah lengang. Aktiviti semua mati malam ini. Semua ini kerana inigin memberi laluan kepada siaran langsung konsert Akademi Fantasia. Yang tiada rangkaian ini, masing-masing telah awal lagi menempah. Dua bulan yang lalu. Yang tidak mampu menempah rangkaian ini sanggup pula bersusah payah menumpang tonton rumah kaum kerabat yang ada. Yang telah dipotong rangkaian ini kerana sudah lama tidak membayar, telah berusaha mengumpul wang semula untuk membolehkan rangkaian disambung kembali. Yang belum menambah nilai kad prabayar telefon bimbit telah berkelam-kabut ke kedai berdekatan.
Sebutlah dan isytiharkanlah siapa yang tidak tahu tentang AF3 dan Mawi. Sekalian alam kenal dan arif benar. Yang tua muda, kecil besar, miskin kaya, sakit sihat, kerajaan swasta, menteri atau orang gaji semua mengenali.
Begitulah suatu arus dan fenomena (meminjam tajuk akhbar) yang melanda. Tidak terelak lagi ledakan gelombang ini. Yang mengulas pula datang dari segenap lapisan. Semua ingin menjadi juri tak bertauliah. Dari pensyarah menara gading (professor kangkung?) sehinggalah ke pesawah di tepi tebing.

Penghuni institusi pengajian tinggi hinggalah pekerja kuli yang hanya mengaji jawi. Daripada yang berada di awan biru sehinggalah yang berada di bawah tanah kubur menggali lubang baru. Hebat memperkatakannya.
Tahniah Akademi Fantasia kerana menjadi pemangkin dan pencetus suasana yang telah lama suram kerana pelbagai perkara. Terima kasih kerana telah membawa rakyat Malaysia lari seketika daripada realiti dan hakikat yang ditempuhi. Sekalung tahniah juga kerana telah menemui seorang insan yang didambakan sejak sekian lama oleh rakyat. Idola ramai dan teladan semua.

Mawi suatu nama keramat yang meniti dari bibir ke bibir dan menjadi buah mulut orang. Dari Datuk Keramat ke Tumpat sehingga ke Kudat semua tahu tentang perkara ini. Rakyat terutama remaja telah lama menantikan seorang lambang atau tokoh yang boleh dijadikan contoh. Telah lama kekosongan ini berlaku. Gersang. Kering. Kini panduan hidup rakyat telah kembali pulih. Kiblat telah dibetulkan semula. Mawilah pengubah segalanya. Hampir tiada kedengaran cacat cela dan sopeknya makhluk ini. Kiranya ada sekali pun, pasti ramai yang membela dan mempertahankannya. Penuh dengan pujian dan kekaguman yang menggunung.

Apa yang dibuat, dituturkan dan didiamkan menjadi ikutan ramai dan terasa seolah-olah seperti hadis pula.Rakyat khasnya remaja serta khususnya Melayu Islam memang ingin seorang yang 'beragama' membawa hala tuju matlamat hidup mereka. Tetapi rakyat kebanyakan menantikan kemunculannya dari alam hiburan. Rakyat tidak mengharapkan kewujudannya dari alam atau bidang lain seumpama bidang ekonomi, politik, pendidikan kerana telah jelak dan telah muak dengan masalah yang timbul dan kecewa dengan insan atau pemimpin yang muncul untuk menjadi idola. Semua penuh bermasalah dan janji kosong. Kini hati rakyat terubat dengan manusia yang 'dilahirkan' dan 'dibesarkan' daripada alam hiburan. Seorang yang ada nilai agama terpacul dengan gaya yang tersendiri.
Syabas. Bagus. Tahniah. Hebat. Cemerlang. Terbilang. Gemilang. Extravanganza. Penuh aura. Karisma. Ada 'x-factor'. Pakej yang lengkap! Ada mesej dakwah!

Tiada siapa menafikan kehadiran dan kehebatannya. Sehingga terdengar dicuping telinga. Seorang pendidik menasihati anak muridnya "jadilah seperti Mawi. Mengaji boleh, menyanyi pun boleh. Ini yang kita hendak. Contohilah dia." Laksana seperti Anwar masuk Umno, kini Mawi masuk Astro.
Berrdakwah dari dalam...

Begitulah komentar yang dikumpulkan serta dikoleksikan secara berguni dan bergantang-gantang.
Akan tetapi...
Sedih betapa tipisnya iman kita.
Izinkan dibariskan kilasan pandangan tak seberapa untuk tatapan semua

Pandangan Pertama (1)

Dahulu Mawi; Seorang qari yang pernah melunakkan bacaan al-Quran. Antara petikan surah yang pernah dibaca dan dilalui sepanjang hidupnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman; hendaklah mereka menahan (merendahkan) pandangannya dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat" (Surah An-Nur ayat 30). Dan mengakhiri surah-surah yang dibaca sambil duduk bersila penuh tertib dan adabnya.Kini Mawi Qari yang sama memerdukan dan menyaringkan nyanyian Antara petikan lagu dendangannya: "siapa bilang gadis Melayu tak menawan, tak menarik hati tiada memikat...Aduhaiiiiiiiii...lemah lembut gayanya..." (lagu penyanyi lama) Dan mengakhiri lagunya sambil menari lantas memandang tepat ke arah wanita yang berdiri di sisinya.

Pandangan Kedua (2)

Dahulu Mawi seorang bilal yang pernah melaung azan sambil berdiri tegak Antara terjemahannya membawa erti "...menuju kejayaan" Kini Mawi Bilal yang sama menyanyi lagu tema rancangan sambil menari rancak Antara alunannya berbunyi "...menuju puncak".

Pandangan Ketiga (3)

Memetik kata Mawi " ....dia mesti bertudung..." Dengan petikan itu maka; 1.Tudung Mawi diberi nama dan laku diniagakan 2. Seorang peserta bukan Islam memakai tudung secara bergurau lantas mengejar Mawi 3. Seorang juri wanita Islam yang tidak bertudung tidak semena-mena memakai tudung berbentuk selendang di kepala seraya berkata "saya kalau nak komen Mawi mesti pakai tudung..." Lantas disambut gelak hilai, sorakan, teriakan dan jeritan penonton menyambung gurauan dan perbuatan main-main ke atas tudung ini. Main-main dengan hukum Allah.
Pandangan Keempat (4)

Fanatik, penyokong dan penonton Islam Mawi akan mempertahankan Mawi habis-habisan apabila dimaki tetapi apabila Nabi dan agama Islam sendiri dicaci, di mana kalian 'bersembunyi' selama ini?

Pandangan Akhir

Apa pendirian PAS dan Harakah tentang fenomena ini?
Saya tinggal kilasan ini untuk direnungi dan dihadami bersama.
Saya pernah dinasihati oleh rakan-rakan agar tidak melawan arus. Sambung mereka Arus 'TsuMawi' ini boleh menyebabkan kau 'mati'!!!
Akhirnya jawab saya "biarlah saya 'mati' dan mati kerana Ilahi." – lanh

Cute Little Girl



As I was walking through the KLCC garden last Sunday, I spotted this young cute girl whom I think must be from Japan or Korea or countries with chinese looking people. I snapped some photos of her. Look at her bubbly cheek, getting red under the hot sunlight....

   

   

   



Monday, July 18, 2005

Harry Potter's mania at Kinokuniya KLCC



I arrived at Kinokuniya bout 6.30am. Never realized it's so much fun waking up early and drove in city centre at wee morning. We were very excited. My heart cant stop beating hard. I did wished to be among the first 6 people to get the free book, but it was hopeless.

The moment I arrived at the top floor, the queue was so long. I was instructed to line up at the food court!. Imagine the long queue. Some came wearing pyjamas. Some even brought pillow. I guess they slept there last night. We waited eagerly. As we heard the door opened, all started to stand up and queue up properly. Few minutes later, I got my wand (free given by Kinokuniya) and a book voucher worth RM25. I can't believe seeing so many people rushing in and grabbing copies of HP's latest book either the adult cover version or children cover version. Never seen so much books in a bookstore like this. I mean, HP books are everywhere.

I pre-ordered an adult cover version but later changed to children version to match with all my 5 previous books. Its thickness about the same as the 5th book. I queued up, heard some arguments bout latecomers who didn't get the wand and voucher. some kids were playing with the wand. Kinokuniya staffs were quite panic, I guess. To see so many turned up at very early morning. The wand and vouchers were given to everyone. Even a family of five who only purchase one book also get 5 wands. No wonder it sold out really fast. Luckily I managed to get one for myself.

After paid for the balance, we rushed to Mid Valley. I expected there should be some nice events in conjunction with HP's new book. But it was so quiet and calm. Not like Kinokuniya. Nothing fun except they gaveaway paperbag (really nice, I wished I could have one) and breakfast. Kinokuniya also didn't have any program besides the wand and voucher giveaway.

we left the place and drive to Borders. I was so excited, I wanted to see the celebration at every bookstore I can reached in KL. It was quiet as well. But I really salute their innitiative to provide robes and Harry Potter's costumes to their staff. So, you can see their staff wearing robes and HP look-a-like costumes all over the place. Some kids also turned up wearing like Harry Potter. I heard Borders gaveaway special gift for those who came wearing like HP. Had breakfast at Starbucks and headed home. Really tired and exhausted but fun.

I still haven't even completed reading the first chapter. Wanted to read it slowly to enjoyed every single word in the book

Photos taken at KLCC. Please mouseover to read the photo's explaination.



The long queue before 7.01 am

Some even arrived as early as 8pm....on the night before the launch.

The fever started several months ago...

My own copy of Harry Potter and The Half Blood Prince

The long queue towards the payment counter

Quick reading while queue up

Dementors!!!!

My precious wand. Expecto Patronum!!!

Friday, July 15, 2005


Al-Fatihah Kepada Allahyarham Arzumi Yuswira Bin Yusuf Izzudin yang telah kembali ke rahmatullah pada 14 Julai 2005.....semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di tempat orang-orang yang soleh.

Allahyarham meninggal dunia kerana komplikasi jantung.

What a coincidence, arwah pergi pada hari aku menyambut hari lahir.

Semenjak abis SPM, aku tak penah jumpa dengan arwah. Hanya mendengar khabar melalui email sahaja. Tak penah lekang dengan beg sandangnya (lihat gambar). Style yang sama semasa dia masih di MRSM Terendak dulu. The same old Wira I knew. Seorang yang peramah dan periang. Takleh lupa masa dia pedajal aku masa form 4. Beg skolah aku disorok didalam beg skolah Zaky.....tak pernah aku berdendam denganmu, Wira....semoga roh kau aman di sisi-Nya..

Thursday, July 14, 2005

HAPPY BIRTHDAY TO ME....... 14th July.......25th years of living on this world...suku abad......

The sixth book cometh

THINGS are bubbling and boiling at various bookstores around the country in preparation for the release of Harry Potter and the Half-Blood Prince on July 16. Here is what's in store.
MPH: Early birds who turn up at the megastores to pick up their pre-ordered copies of HP6 will get to enjoy Nescafe Gold, MiloFuze and NesVita bars. Those at other outlets will be served snacks. Activities include:
Search for the Half-Blood Prince Contest at Megamall Mid Valley, Kuala Lumpur; Megastore 1 Utama, Selangor; and Bangsar Village, KL (11am and 2pm), Kinta City, Ipoh (2.30pm).
Mad Science Harry Potter Special at Megastore 1 Utama (12.30pm) and Megamall Mid-Valley (3.30pm).
Photo-taking session with characters from Hogwarts (7am); Harry Potter Crossword Puzzle Contest (8am); Story-telling Contest (1pm) at Pelangi Leisure Mall, Johor Baru.

Times the Bookshop: All outlets: TPC members get a 10% discount plus a RM10 cash voucher. Non-TPC members will get a 10% discount. July 16 & 17: Free tote bag with purchases of HP6, and a certificate stating the date and time of purchase.
Lucky draw for cash vouchers of up to RM500 (Klang Valley outlets only) Special breakfast at RM2.90 at Flaming J, Hartamas Shopping Centre, KL, up to10am for those with HP6 receipts.

Kinokuniya Bookstore, Suria KLCC: The first six readers to queue up for the launch party before 7.01am will get a free copy of HP6. The first 300 customers to buy the book will get a RM25 book voucher each, and an exclusive magic wand.
July 16-18: Every purchase of HP6 will entitle you to a RM20 book voucher, and a special bag.

Borders, Berjaya Times Square, KL: Buy Harry Potter and the Half-Blood Prince and get a 20% discount on other items. Breakfast at Starbucks and goodie bags for the first 200 customers. Come dressed as Harry Potter and get a surprise gift.

Monday, July 11, 2005

Harry Potter Countdown, days to go...







Hopefully I will be able to arrived at Kinokuniya KLCC before 7.01am to join in the fans of Harry Potter's book on the worldwide launch day. It's a year since HP's fifth book and the fourth movie is scheduled to enter cinema at the end of this year.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin