Monday, June 12, 2006
Mahu Wang Yang Banyak?
Mak sherrina yg ceritakan mengenai bisnes ni pada sherrina. Ia semacam bentuk pelaburan, dan serious.....selepas mendengar seluruh cerita, sherrina bukannya terpesona tetapi ketawa terbahak-bahak
Alkisahnya begini. Kawan mak sherrina contact mak sherrina. Katanya ada pelaburan bagus. Dikatakan di Indonesia pada zaman dahulukala sebelum Sukarno memerintah Indonesia, raja-raja Indonesia khuatir harta-benda mereka yg bertimbun2 tu akan dirampas. Maka, Sukarno mempelawa raja-raja menyorokkan harta2 tersebut disuatu tempat. Bertahun-tahun lamanya harta itu terbenam didalam tempat itu sehinggalah ke hari ini.
Dikhabarkan bahawa pihak penjaga harta itu mengisytiharkan akan mengeluarkan harta2 itu (keturunan raja2 tu entah ada lagi ke tak, tatau le) dan dikatakan disebabkan terlalu lah banyak reta-reta itu, maka ia perlu dizakatkan. Dan berita gembira pun muncul. Bahawasanya, sebahagian zakat drpd harta karun itu akan diberikan kepada rakyat MALAYSIA!! Syukur...syukur......2 pak lebai mana ntah masuk ke Felda2 dan kampung2 menjaja pelaburan ini. Seandainya anda melabur RM1000 utk menguruskan proses penerimaan zakat harta karun itu, nescaya anda akan diberi pulangan RM20,000! Wow!!!!
Mak sherrina sebagai seorang pelabur BSKL dan banker keluarga kami hanya mendengar dan menolak pelawaan itu dengan baik. Lucu? Memang, kami sekeluarga gelak gila. Kalau sungguhpun benar ada harta itu, kenapa perlu dizakat kepada rakyat Malaysia sedangkan Malaysia yg dok hantar bantuan ke mangsa gempa bumi di Indonesia. Orang Indon pula berbondong-bondong datang ke Malaysia mencari pekerjaan.
Dan jangan terkejut pula, ramai lah sangat orang2 kita yang meleleh air liur mendengar dendangan mimpi indah ini dengan segera membuka dompet masing-masing dan menghulurkan seberapa wang yang ada (yg selama ni ikat le perut menyimpan utk kecemasan dll) dengan harapan dapat pulangan berguni-guni kelak.
Betapa manusia mudah tunduk kepada wang mudah, wang terpijak.
sherrina: nak cari le kat belakang umah kot2 ada harta karun!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment