Sunday, March 30, 2008

Training di Instun-day 1 to 5

Leganya dapat kembali semula ke KL setelah 5 hari setengah berkampung di INSTUN. INSTUN ni ialah Institut Tanah dan Ukur Negara merupakan satu kawasan di Behrang Ulu (Tg Malim) seluas 80 ekar (masih ada 120 ekar lagi yg blum dibangunkan). Dari exit Tg Malim di highway Utara-Selatan, jauh juga nak drive ke Instun ni. Dari main road masuk ke dalam pun dah 3km. Hutan kiri-kanan. Tetiba ada kampus cantik didalamnya. Kagum giler.

Sherrina dan assistant, Zairi bertolak dari KL jam 1 tengahari. Perjalanan mengambil masa sejam setengah. Jalan clear, cuaca pun cantik. Kami bertolak pada hari Ahad (23/3) kerana senang sampai awal. Leh prepare apa yang patut. Singgah di satu kawasan di Tg Malim-Behrang utk minum kejap dan beli brg keperluan (supermarket Billion) sebelum terus ke Instun. Sampai disana, kami diminta ke lobi pendaftaran. Kawasannya seluas mata memandang.

Lepas daftar diri dan amik kunci, Sherrina ke asrama perempuan. Ada 3 tingkat semuanya, banyak bilik. Probably 20 bilik kot di setiap tingkat. Masuk bilik first, kipas ada problem. Gi balik kat kaunter, tukar bilik lain. Mujur peserta blom ramai yg sampai so leh pilih2 lah. Ingatkan penceramah dok sorang, tapi kene kongsi dengan peserta. Ok gak, sebab bilik dia besar. Scary gak dok sorang2.

Bilik asrama sangat selesa. Ada 2 katil bujang, bilik air siap shower. Ada satu meja make-up merangkap meja study dan almari pakaian. Nasib baik ada balcony, leh gak menjemur baju. Lepas kemas barang, bukak laptop. Tgk ada signal wifi tapi xleh access. Hari kedua baru tau camne nak guna. Oklah gak, since takde tv dalam bilik. Ada internet pun bagus.

Peserta yang dok ngan Sherrina tu org Negeri Sembilan. Azmatul, one year older than me. Best gak sebilik ngan programmer. Leh story macam2.

Selama 5 hari ni, Sherrina mengajar kursus Microsoft Access Lanjutan. Peserta ada 25 orang semuanya dari pelbagai agensi kerajaan dari seluruh negara. Lab IT disini cukup baik, superb. Cuma kadang2 ada prob pada PC tapi technician sentiasa standby.





Kat sini facilities bleh kata tip top lah. No complaint. Dari lab sampai ke asrama, semua selesa. Cuma tang memanjat tangga tu yg tak tahan. Maklumlah jabatan tanah, depa nak pelihara lah semua tanah yg ada. Kawasan berbukit tidak ditarah sebaliknya di pelihara dan dibuat tangga. Dari asrama nak ke dewan makan kene turun satu tingkat dan naik 2 tingkat. Dari dewan makan nak ke lab kene turun 3 tingkat pastu naik balik 3 tingkat. Perut yg kenyang, jadi lapar balik...hahaha...


Blok Akademik dari my balcony


Nun di belakang sana tu blok domestik utk pendaftaran dan dewan makan. Tangga yg panjang tu menghala ke bangunan akademik.


Ni lah dia tangga-tangga yang perlu dipanjat setiap hari 2 kali sehari (pagi dan lepas lunch) selama 5 hari. Hampir bengkak kaki dibuatnya sebab kene menggalas beg laptop yg berkilo2 tu. Masuk hari ke-2 tak larat dah, naik kat laluan ramp utk kerusi roda. Jauh sket takpe asalkan tak penat sangat. Hari ke -4 terus drive dari asrama ke blok ni. Parking atas terus ke level lab IT.

Banyak kemudahan yang ada disini selain yg asas. Antaranya segala macam jenis court, auditorium, gym, library, swimming pool, surau dan banyak lagi. Kira serba-serbi lengkap lah sampaikan ada kursus yang memerlukan peserta berkampung disini sehingga 2 bulan. Perghh!





Pada hari Jumaat, majlis penutup diadakan di Auditorium bersama peserta-peserta kursus yang lain.



Majlis selesai jam 12.30. Lepas habis dan bersalam2 ngan peserta, kami ke dewan makan utk lunch terakhir. Oh ye lupa nak citer. Kat sini oleh kerana tenaga banyak dihabiskan memanjat tangga-tangga, maka makanan kat sini superb-superb belaka. Sepanjang 5 hari kat sini ada kat 2 kali makan ketam (goreng dan masak lemak). Yg best tu as penceramah, ada hidangan khas. So leh amik banyak mana suka....hehehe. Pastu ada lauk udang (beso2) dan lain2. Kira makan kat sini tak komplen lah. Masa lunch last pula ada nasi tomato ngan ayam masak merah dan dalca kambing. Bestt!

Selepas pack barang, Sherrina drop Zairi di umah bakal mertua dia di Behrang kemudian ke Tg Malim utk drop 2 peserta di stesen bas. Lepas tu nak cari exit ke KL tersesat lak, camne pusing masuk pekan Tg Malim balik. Terjumpa lak kedai pau yg famous itu. Next entry :)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin