Friday, May 30, 2008

22 hari menjelang Jubli Perak

Malam tadi buat mesyuarat Montaj di Bora Ombak...bila dah berkumpul, macam-macam cerita. Bila difikirkan balik, macam tak caya je semua leh duduk sembang sekali walhal dari 3 era yang berlainan. Itulah istimewanya Jubli Perak MRSM Terendak. Menghubungkan Terendakians dari 21 batches....jom layan gambo


Semua AJK yang hadir


Kak Aidrina, Mulan, Oshie, Abg Johoe dan abg Pendisk


Amende yg lawak sangat tu kak Shireen?


Khusyuk melihat hasil montaj


Layan teaser Jubli Perak pulak


Kuey tiow seafood di Chitralada

400 seats dinner telah berjaya dijual dan atas permintaan ramai, 100 seats tambahan telah disediakan. Buat bayaran segera untuk confirm seat anda :)

Wednesday, May 28, 2008

Banjir pics

My banjir pic is featured in the ADUN Hulu Klang's website. He received my email. Hope a quick action will be taken before more banjir occur..

My wish list

Would you like to know what my wish list looks like? Watch this video...




I'm addicted to The Gadget Show which I downloaded weekly via Rapidshare. Drool over all the items. I wish I'm in UK (not Ulu Klang...okay!) now so that I can participate in the contest. Fuhhh...wipe your saliva....wipe your saliva..

What's your wish list?

Tuesday, May 27, 2008

Oh nooo...





Oh noo....not a good sign. Not good sign. Mujur tak masuk ke rumah tapi lumpurnya tebal giler....Jabatan Saliran nak kene komplen nih..grrrrr....

Sunday, May 25, 2008

Pemeriksaan Kesihatan Percuma

Smalam di dewan masyarakat Lembah Keramat, Sherrina tolong team kawasan Lembah Keramat utk setup booth jualan makanan bagi program Pemeriksaan Kesihatan Percuma anjuran Adun Ulu Klang. Sambutan amat baik, seawal jam 9 pagi dah ada yg menunggu. Selain booth kami, Halal Mall juga buka booth disana.


Our booth


Halal Mall booth yg mendapat sambutan hangat


Terdapat 3 orang doktor darpada Persatuan Perubatan Malaysia klau x silap






Jam 10.30, YB Saari Sungip pun sampai.


Beramah mesra dengan penduduk


YB meninjau proses pemeriksaan kesihatan

Overall, it's a good program. Cuma kalau publisiti dpt dijalankan dengan lebih efisyen, tentu mendapat lebih banyak sambutan. Semenjak ada YB baru ni, baru le bergerak aktiviti di kawasan ni. And I'm glad that my parents now actively involve dengan kerja sukarela di kawasan ini. Terisi masa lapang mereka. Bukan senang nak suh org pencen gomen ni buat kerja sukarela but at last berjaya juga...muehehehehe...

Friday, May 23, 2008

7th Anniversary Express-All-You-Want Contest

Extdk.net was born late last year. It's an idea of my super senior, Dr Jam. Previously, Terendakians were scattered all over the cyber world and separated according to batches. Dr Jam came up with the idea and he himself took the trouble to setup a place for all Terendakians from all batches to 'lepak' in a forum. It is called Extdk.net

In less than 6 months, the forum manage to attract more than 1300 Terendakians from all over the world. It's a place where young and old, senior and junior Terendakians share stories, histories and sweet memories from the years they stayed in maktab. Now the forum becomes a place where the relationship between batches are strengthen.

The forum went through a lot of ups and downs. It was down for several days when Dr Jam went to Indonesia for work. At that time, we were 'tumpang' our forum on Dr Jam's office server. We took the whole thing down (so sorry!). Then we decided to get our own hosting.

We choose an oversea hosting called Hostgator. Sounds reliable and cheap too with unlimited bandwidth. We collected RM50 from those who wanted to donate. It's RM50 per month. It went smooth, the forum change its look and everyone is happy. But early this month, something bad happen. The other admin, Malyoi went to Colombo and the forum down again. We were without the forum for almost a week, I think. Malyoi tried to get Hostgator to help but hopeless. It's just because of one tiny programming error and we were mad at the hosting company for pulling the website down without warning. We close the account and now again, we 'tumpang' on Dr Jam's personal hosting account.


We are searching up and down for new place to host our home. Dr Jam suggest a company called Exabytes. My first impression, surely it will be expensive. I've heard Exabytes since my days with Bincang.net and no doubt their service is good but not sure we can afford them or not. Dr Jam contact Exabytes and receive the quotation. EbizPlus Linux RM438 for 2 years! Wow....that's a lot cheaper than what we are paying to the oversea hosting.


We will be having a meeting among admin and moderator this coming Monday during the badminton session. I strongly believe we will be changing to Exabytes soon. Hoorayy...now we can have the chatbox again.

29 days to Jubli Perak celebration...

Countdown Jubli Perak: 29 hari lagi



Semalam dari pagi ke petang, saya menghubungi setiap seorang bekas guru yang telah menerima jemputan ke dinner Jubli Perak untuk mendapatkan pengesahan kehadiran. Amat seronok sekali mendengar suara girang mereka bila saya menyebut yg maktab menyambut usia 25 tahun. Walaupun ramai antaranya tidak saya kenali tetapi semangat maktab itu yang memesrakan kami.

Hampir 50% menyatakan confirmation untuk hadir dan 30% lagi meminta tempoh untuk adjust schedule. Ternyata mereka memang menantikan sangat untuk hadir ke program ini.

Antara cikgu yang sudah confirm hadir ialah Cikgu Azizah (Sejarah) yang akan terbang dari Kota Kinabalu untuk berjumpa dengan anak-anak didiknya yang telah meninggalkan alam persekolahan....

Hari ini operasi menelefon guru akan saya teruskan lagi untuk menghubungi sebilangan guru-guru yang tak dapat saya bercakap terus hari semalam. Semoga lebih ramai bekas guru akan turun padang menyertai acara ini :)

Thursday, May 22, 2008

Tawaran Postpaid Celcom-Utk Dapatkan Penajaan



Bagi yg berminat nak guna postpaid Celcom, check out this topic. We need minimum 20 subscribers to get RM20K sponsor from Celcom for Jubli Perak program.

Spread the words :)

Tuesday, May 20, 2008

Kupon dan Makan

Apa kaitan antara kupon dan makan? Ramai tatau yang disekeliling kita banyak peluang untuk makan-makan dengan percuma atau dengan harga diskaun. Sherrina baru terjumpa satu akhbar best (leh amik free di Starbucks) yg iklankan website dimana kita boleh beli kupon dengan harga RM3.50 dan berpeluang membeli makanan, barang atau perkhidmatan dengan diskaun.

Check out MyStyle dimana anda boleh pilih dan beli kupon yang berkenan dihati. Awas! Harga setiap kupon adalah RM3.50 (bagi kod my111) dan RM1.50 (bagi kod my365) jadi fikir dulu sebelum beli kupon. Satu lagi, setiap kupon hanya boleh dipakai sekali sahaja (ada serial number) dan bagi kod my111, hanya boleh dibeli sekali sahaja dalam setahun bagi setiap no handphone (nasib baik Sherrina ada 2 mobile phone..hehe). Sila baca FAQ dulu supaya paham.

Kupon pertama yang Sherrina beli ialah kupon Manhattan Fish Market Sabtu lepas. Beli 1 fish & chips, percuma 1 (satu set berharga RM14, so dengan gunakan kupon dapat jimat RM10.50 lah)


Parking lot. Siap ada peringatan di dinding ni supaya snap gambar ni agar tak sesat. Besides ada system yg bagitau berapa parking lot kosong. Cool!


Sherrina dan member, Masz ke Sunway Pyramid...dah berapa tahun tak pegi sini agaknya


Tambah soup of the day, soup tomato



Cili, bawang putih dan mayonis


Main passing2 ringtone sementara tunggu makanan


Fish n chips...


Fried calamari.....saja order extra. Bolehlah, sedap lagi sotong goreng tepung kat kedai tomyam depan masjid dato' keramat.

Kesimpulan: Makanan kat sini sedap tapi fish n chips ni memuakkan (sbb takde unsur2 yg pedas. Cili yg ada pun tak kick) tapi setahun sekali nak layan, bolehlahh

Hari ni Sherrina guna kupon Delifrance. Takyah beli apa-apa. Tunjuk kupon dan dan dapat tuna sandwich, percuma.


Ice mocha (yg ni beli le)


Tuna sandwich with salad. Sedap bangat, rotinya sangat enak. Sayang sekali free cuma sekali (nanti redeem pakai second mobile no lak..yayy)

Jadi, jika anda jenis suka try test mende baru ataupun sopping2, cuba check di MyStyle. Kut ada kupon yg anda suka. Baca FAQ dulu jika keliru.

Sabtu ni nak try kupon Red Box pulak...diskaun RM30. Jom karaoke!!!

Monday, May 19, 2008

Tanda-Tanda Masalah Mental

Adakah anda stress dan rasa mental? Jom kita check....

1. Pertama: Anda sentiasa menghadapi masalah untuk bangun tidur


Kedua: Tengkuk anda sentiasa merasa sakit dan susah untuk memusingkan kepala...



Ketiga: Rambut anda sentiasa kusut mas ai setelah mandi dan menggunakan syampu terbaik.....



Keempat: Kepala anda sentiasa merasa pening dan seperti berada di awang-awangan. .........



Kelima: Berat badan anda terus meningkat dengan mendadak walau pun telah berusaha keras untuk mengurangkan berat.......



Keenam: Anda sentiasa merasa letih yang amat sangat dan sentiasa mengeliat...


Ketujuh: Anda sentiasa merasa fikiran terlalu sempit......



Kelapan: Anda sentiasa merasa diri anda terlalu kecil dan selalu dipermainkan...



Kesembilan: Boss sentiasa marah dengan anda.......



Kesepuluh: Anda sentiasa basah kuyup ketika keluar makan tengahari walaupun berpayung...



Kesebelas: Anda sentiasa dan selalu merasa penat yang amat sangat......



Keduabelas: Anda sentiasa merasa diri tersepit....



Ketigabelas: Anda sentiasa merasa kehadiran tetamu asing.......



Keempatbelas: Anda sentiasa merasa seperti hendak demam dan selsema serta kepala merasa panas.......



Kelimabelas dan akhir:
ANDA SENTIASA MERASA...... .. KESEORANGAN DAN MERASA AMAT TAK U T....... ..... SEPERTI ADA SESEORANG BERADA DI DALAM R U MAH....... ......... ......... .HE...HE. .....HE... ...

Friday, May 16, 2008

Training in Teluk Batik-Part 3

Hari ketiga berjalan dengan lancar. Silibus sudah 90% selesai. Hubungan dengan peserta juga semakin mesra, seperti sudah kenal lama. Selepas selesai kelas petang (kelas malam dibatalkan kerana biasanya peserta dah tak larat nak belajar kelas malam, maka digantikan ke petang), Sherrina ke pool lagi untuk last round.

Acara malam lebih istimewa kerana Sherrina organize dinner special untuk peserta kursus iaitu Steamboat dan BBQ. Lebih istimewa kerana ada pula acara karaoke.


Makanan tersedia untuk dimasak


Seronoknya....macam main masak-masak :)


Ketam ada, udang pun ada. Nak steamboat ada, BBQ pun ada.


Semua happy menunggu mee masak


sabar menunggu makanan siap....sedappp.


Sambil makan, sambil karaoke. Peserta kali ni ramai rupanya yang suka karaoke. Leh beratur tu nak nyanyi. Ini Bens, trainer kelas sebelah. Bila tengok si Bens ni diasak karaoke, Sherrina dah berderau dah. Start dah acara mengacah trainer suruh nyanyi. Tapi confident, kali ni sure lepas memberikan alasan seperti kursus-kursus sebelumnya.


Kantoi! Apabila penghulu kelas Sherrina sendiri announce request peserta supaya Sherrina pulak nyanyi, takleh nak lari. Semua dah bersorak tepuk2 tangan. Mati....mati....mana penah nyanyi karaoke depan orang ramai. Berpeluh giler. Dekat 20 minit membelek fail lagu. Mujur student Sherrina ni (bertudung biru) sudi memikul sama beban ni. Yang kelakonye, dia pun tak penah karaoke. Alamak...hantam sajalah. Jenuh juga nak cari lagu yang tak terlalu low dan tak terlalu high dan tal terlalu teruk nak tarik.


Last, kami pilih lagu Alleycats bertajuk Setahun Sudah Berlalu. Yang lucunya, dekat 15 minit tukang jaga CD mencari CD yang sebenar tapi tak jumpa. Hampir-hampir selamat takyah nyanyi, tiba-tiba lagu tu muncul pula di skrin. Hamtam sajalah....sumbang ka apa..nasiblah :p


Dah separuh jalan, rasa bestlah pulak. Ewahh! Hakikatnya, ketaq lutut Tuhan je yg tahu. Tangan pegang mic punyalah kuat. Punya hati-hati baca lirik walhal memang dah hafal pun. Huhu....kenangan takleh lupa lah.


Sempat lagi bergambar kenangan di tepi swimming pool.

Kursus habis esoknya pada jam 12 tengahari. Tak sempat nak buat proper closing sebab hotel kelam-kabut suh kitorang check-out. Hampeh betul. Sebab ramai peserta kursus lain nak check-in. Hangin je Sherrina. Apa pun, kursus kali ni memang best dan meninggalkan kenangan yang manis walaupun 4 hari tanpa internet dan signal phone :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin