Friday, May 16, 2008

Training in Teluk Batik-Part 1

Selama 4 hari meninggalkan KL, Sherrina berkampung di Teluk Batik Resort, Perak selama 4 hari kerana mengendalikan kursus Microsoft Access untuk kakitangan MOE di sana. Sherrina dan wakil syarikat bertolak dari KL pada hari Ahad jam 10.30 pagi. Kali ni agak unik daripada training di Pulau Pangkor tahun lepas dimana kami mengambil pilihan untuk melalui jalan lama (coastal road) ke Lumut. So dapat le melihat kawasan Meru, Sabak Bernam, Teluk Intan dll. Best juga, murah pun murah. Kami sampai di Teluk Batik lebih kurang jam 3 petang.


Lobi

Seperti biasa, acara pada waktu malam pertama ialah sesi taklimat dimana semua peserta yang telah check-in akan berkumpul untuk sesi penerangan mengenai kursus dan pembahagian kumpulan. Kali ni seramai 71 peserta hadir dan telah dibahagikan kepada 3 kumpulan yang akan diberi tunjuk ajar oleh 3 trainer daripada 3 syarikat yg berlainan. Sherrina mendapat kumpulan 10. Peserta lelaki sangat kurang kali ni. Tak sampai 10 orang pun rasanya.



Facilities disini agak kureng lah. Bilik oklah selesa. Tapi bab yang paling payah ialah signal handphone. Kat sini, handphone hampir jadi bangkai lah. Sherrina dok di blok Cempaka, signal handphone kaput langsung. Baik Celcom mahupun Maxis. Nak call, kene ke lobi tu pun cuma 1 bar. Nak full bar, kene naik ke tingkat 2 di kawasan bilik seminar. Selain tu, kemudahan wi-fi ada disediakan tapi takde connection ke web. 3 hari dok suruh dorang repair, sampai dah check-out tak selesai. Hampeh tol!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin