Monday, June 30, 2008

Jubli Perak MRSM Terendak - Sabtu Malam

Kol 3.40 kot baru Sherrina, Zaitie dan Daren bergerak ke MITC. Sempat lak lelapkan mata seminit dua...Sampai disana, punggah2 barang dan terus masuk ke bilik conference yang disediakan dimana port kami lepak dan mengabihkan keje2 disaat2 akhir. Punya lah banyak keje, sampai ke saat org dah masuk dewan pun, Sherrina masih dok di bilik operasi. Sebab berlaku sedikit masalah dengan pendaftaran, so memang berpeluh le. Mujur sempat curi masa untuk tukar baju dan bersiap.

Masa naik tu, dah banyak scene miss lah. Nak masuk pun segan gak, penuh giler orang. Tak caya majlis ni dapat sambutan sampai habis 650 seats dan kene plak tambah 20 seats lagi di saat-saat akhir. Mujur sempat call hotel masa hari Jumaat untuk tambah seat. Bila dilihat-lihat balik, ngam-ngam ho aje. Kalau tak, alamatnya AJK kene bangun le dan surrender seat. Sherrina lak dok pusing-pusing tatau nak dok mana. Last-last nampak Cikgu Niryati panggil ajak join table dia. So, Sherrina dok le ngan Cikgu Niryati dan anaknya, Cikgu Rosnah Isam, Cikgu Lew Lai Lee, Cikgu Zalilah, Cikgu Pauline dan Cikgu Angela.


Makanan yang dihidangkan memuaskan, lebih baik dari yg masa kami food tasting few weeks ago. Antara acara yang menarik malam tu ialah persembahan montaj, puisi oleh abg Sopi (best giler), puisi dan nyanyian oleh Mulan, Oshie dan Abg Azmi diiringi petikan gitar oleh dak SPM 2005, nasyid kumpulan The Faith dari MRSM Terendak dan persembahan terakhir ialah daripada kumpulan Infinatez, finalist Gangstarz musim pertama kalau x silap.

Acara Kotak Beracun yang dijalankan oleh Reen dan Faizal (SPM 2005) pun best gak. Happening dan masing2 pun sporting. Dan yang paling touching ialah ketika guru-guru dan bekas-bekas guru diminta berdiri, lampu dimalapkan dan alumni-alumni seramai puluhan orang membawa masuk hadiah bersama lilin untuk diberikan kepada setiap cikgu yang hadir. Memang touching habis le, ada yang menitis air mata. Disebabkan Sherrina dok di meja cikgu, dapat le dengar yang mereka cukup happy dengan hadiah yang diterima dan majlis yang diadakan.


abg Zul Udang berpusing mencari cikgu

Habis je majlis kol 11.45, semua orang amik peluang bergambar bersama-sama, amik gambar ngan cikgu, ngan homeroom dan sebagainya. Sebenarnya masa tgh dinner lagi dah start bangun cari cikgu dan kawan2, sampai satu tahap MC dah tak larat nak suh duduk, kene mintak tolong Cikgu Arshad suh duduk. Bila Pak Chad sudah buka mulut dekat mic, apa lagi...duduk le semua. Kelakar giler....rasa macam kat skolah lak...hahaha

b
Kak Ros Alhana, Kak Aidrina dan me


Left: Husband Nana, Nana, Reen dan me


SPM 97 yg hadir: me, Reen, Halina, Nana, Zaitie, Alfian, Along, Alan Batik, Qarmal, Fizah dan Shema Afifi. Tiada dlm gambo tapi hadir: Ajoey, Is, Pesol dan Sting


Semua AJK Jubli Perak bergambar kenangan

Habis majlis (sampai kene tutup lampu dewan le baru orang bersurai), balik ke bilik operasi utk berkemas. Masa tu masing2 walaupun penat tapi happy sangat sebab majlis berjalan lancar. Kemas barang2 kemudian angkut ke pintu masuk. Hujan lebat turun mencurah-curah. Dalam kepenatan tu, sempat lak lepak di kedai mamak Subaidah opposite MITC. Sebab ada AJK yang kelaparan (dah habis majlis baru rasa lapar). Dalam tahan mengantuk yg cipan giler, gagahkan juga le menghirup kopi dan makan roti telur.



Sherrina, Zaitie dan Daren balik awal. Tak larat nak angkat kelopak mata dah. Zaitie lagi sanggap, sok paginya nak lari KL shooting org kawin. Kami balik follow abg Johoe sebab dah takleh tembus Kem Terendak. Rasa jauh nye perjalanan balik ke Pengkalan Balak. Sampai je bilik, tak sembang apa dah. Taruk barang, tukar baju...tido.

Esoknya, acara telematch pulak. Ingatkan tak happening, happening giler! Rugi sapa tak join...story lain time lah yaa...

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin