Saturday, December 06, 2008

Jusco AU2

Hari ni pembukaan Jusco AU2. Oleh kerana hari ini takde sebarang urusan, maka lawatan ke Jusco AU2 dijadikan agenda. Plan asalnya nak gi masa opening tapi tak sempat, gi kol 11. Mujur drive dari arah AU4 then masuk melalui AU3. Sebab member story Jalan Jelatek ke Setiawangsa padat dengan kereta. Lepas aje roundabout kat highway Duke, tgk berduyun-duyun kete diletak dibahu jalan. Pelik gak, takkan ramai giler umat sampai parking ke luar jalan.

Sampai kat entrance, ada Rela jaga bersama guard Jusco. Disuruh Sherrina ke basement. Turun je ke bawah, rupanya banyak je parking kosong.


Parking di Jusco AU2 design macam di Curve. Ada jarak antara petak, ada laluan khas untuk pejalan kaki. Brochure kata boleh muat 1300 buah kete.



Nampak banyak gak entrance ke mall. Ada acara di ruang legar utama.


Terus naik ke first floor. Bahagian pakaian, mainan, alatan elektrik dll. Ada sale sempena pembukaan.


I heard that Jusco staff from other branches dipinjamkan ke AU2. Patutlah ramai bebeno Jusco staff. At every corner akan bumped into one. Usual Jusco tak dapek treatment macam ni. Masa opening ni staff sentiasa smile and helpful aje. Nampak le bos-bos Jusco jalan merata-rata.


Bahagian makanan panas di Jusco supermarket pun not bad. Ada mende pelik2


Ruang legar Jusco AU2 mall. Luas. Level bawah ni semua restoran. Ada kat 10 kot. Belum campur di ruang luar lagi.


Unlike Alpha Angle, kat sini ruang luar Jusco supermarket dikira mcm open air. Tapi still non-smoking area. Air circulation guna kipas je. Baguslah, enviromentally friendly.


Staff Starbuck promote produk. Free drinks. Sedap gak. Ice Coffee. Starbuck kat sini lagi kecik dari Alpha Angle, so tak syok nak lepak main wifi.


The reason pegi sini sebenarnya bila tau ada Wendy. Ramai sgt org yg recommend suh try. So Sherrina pun singgahlah. Terjumpa my fren's sister yg keje di Wendy IOI Mall. Tapi dtg sini bantu promote. Siap boss mat saleh pun turun padang. Gamaknya kete yg park banyak2 kat luar tu kete org2 yg keje dlm ni kot. Including dari HQ yg tolong promosi kedai masing2.


Nasib baik minta medium size meal. Saiz besar macam large di MacD



1/4 burger, sebesar tapak tangan. Kalau 3/4 burger, tatau le camne. Burger not bad. Daging taste mcm A&W cuma special sket sbb ada mustard.


Square burger, instead of ordinary round shape


Jalan-jalan kat luar, tgk ramai giler orang kat Big Apple. Tatau le ada apa, free donut kot. Tak minat sangat.


Mingo-mingo ice-cream pun ada. Local product. Not bad. Hari Jumaat slalu gi amik aiskrim free kat HQ di Keramat.



Tengah jalan-jalan, tetiba sorang staff Jusco ni bow sebelum masuk ke stor. Pelik gak, bow kat sapa. Rupanya peraturan keje mereka.

Overall okaylah. Ample parking space, susunatur pun menarik. Hari ni kat supermarket kesemua 22 kaunter dibuka. Cuma yg kureng ialah stationary pun duduk satu tempat dengan ikan dan sayur. Sherrina beli alat tulis sket dan beli hair dryer Philips, offer RM19 (usual RM55). Leh guna utk science camp nanti. Staff pun ramai, senang nak tanya. Semua senyum aje. Harap berterusan lah. Tak mcm di Alpha Angle nnt. Nak cari staff tanya barang pun susah nak cari.

For food lover, sini best lah. Ada Kenny Rogers, BBQ Chicken, Wendy, Subway dll. Soon to be open, amusement park (not the one in Jusco supermarket) dan karaoke. Habislah, jadi sarang budak2 skolah melepak. Ingat ada cinema, takde plak. And kedai buku kat sini biasa2 je. Masih cuma ada MPH di Alpha Angle. Yang lom melawat, gi lah serbu tapi weekend ni sure sesak lah. Hehehehe.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin