Wednesday, July 22, 2009

Changing The World

Sherrina cukup suka menonton rancangan The Oprah Show. Banyak sungguh ilmu dapat dikutip dengan menonton rancangan itu. Salah satu episod yang cukup Sherrina teruja ialah Changing The World.

Dalam episod tersebut, Oprah memaparkan 3 individu yang mencetuskan 3 idea yang cukup bijak tentang bagaimana mereka dapat memberi sumbangan kepada masyarakat. 3 individu tersebut ialah Genevieve Piturro, John Wood dan Barbara Franklin.



Genevieve Piturro sering melawat rumah-rumah kebajikan untuk memberikan bantuan dan beliau dapati kanak-kanak disitu tidur tanpa memakai pijamas. Mereka hanya memakai apa sahaja pakaian yang ada. Apabila ditanya kepada kanak-kanak disana mengapa mereka tidak memakai pijamas, jawab mereka ialah "pijamas tu apa?"



Bermula dari situ, beliau mendapat idea untuk mengumpulkan sebanyak mungkin pijamas untuk diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan ini. Dalam program Oprah pula, Oprah telah secara senyap-senyap memaklumkan kepada semua penonton yang datang ke studio untuk datang dengan membawa sepasang pijamas yang mereka beli dan selebihnya mereka perlu dapatkannya daripada sumber lain. Dalam rancangan itu, sebanyak 32,046 pasang pijamas pelbagai saiz telah berjaya dikumpul. Wow!



John Wood merupakan eksekutif tinggi di Microsoft yang memiliki kehidupan yang cukup hebat. Beliau memiliki karier yang menjadi idaman ramai, kemewahan dan kesenangan hidup. Pada suatu hari, beliau memilih untuk mengembara ke Nepal dan ketika berjalan kaki, beliau telah dijemput melawat sekolah di sebuah kampung di situ dan mendapati betapa daifnya keadaan di sekolah itu. Tanpa kelengkapan asas seperti buku.



Beliau kembali semula ke Amerika Syarikat dan memulakan operasi mengumpul sebanyak mungkin buku untuk didermakan ke sekolah yang daif itu. Usaha beliau mendatangkan hasil yang membanggakan. John Wood dan pasukannya telah mendermakan 3 juta buah buku kanak-kanak, membina 287 buah sekolah dan 3600 buah perpustakaan di negara-negara dunia ketiga. Malah, beliau telah memberikan dana kepada pencetak buku tempatan di Kemboja supaya usaha menghasilkan buku kanak-kanak dalam bahasa tempatan dapat direalisasikan. Kini, beliau telah memilih untuk berhenti daripada berkhidmat dengan Microsoft dan memberikan fokus kepada projek tersebut.



Barbara Franklin menggunakan pendekatan berbeza. Beliau menggunapakai sistem kupon yang ada di Amerika Syarikat untuk membeli barangan keperluan harian pada harga diskaun. Beliau pernah membayar hanya $3.02 untuk barangan bernilai $187 setelah menggunakan teknik penjimatan kupon. Barangan tersebut akan diberikan kepada keluarga yang kurang berkemampuan. Beliau kini membantu 1500 keluarga menggunakan kaedah ini.

Idea-idea ini kelihatan ringkas tetapi ia mampu memberikan impak yang hebat kepada manusia sejagat. Apakah sumbangan anda? Let's change the world!

Sumber rujukan: Oprah.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin