Monday, November 30, 2009

Menghasilkan website menggunakan WordPress

Sherrina adalah pengguna tegar Blogger selama bertahun-tahun. Walapun banyak platform blog diwujudkan, Sherrina tetapi setia dengan Blogger.
 
Hinggalah semalam seorang rakan meminta pertolongan menghasilkan blog untuk syarikatnya menggunakan WordPress. Baru itulah kali pertama Sherrina menggunakan WordPress dan ia sangat mengujakan. Walaupun ada beberapa teknik yang Sherrina rasa Blogger lebih mudah, tetapi WordPress membolehkan Sherrina menghasilkan website tanpa perlu menggunakan Joomla ataupun kemahiran HTML yang tinggi (dah berkarat pun ilmu HTML). Selama ini Sherrina ingatkan WordPress hanya sesuai sebagai blog sahaja, rupanya Sherrina silap.
 
Sherrina sedang membaca melalui carian Google mengenai keberkesanan menghasilkan laman web syarikat menggunakan WordPress. Ini antara link yang Sherrina nak kongsi bersama yang banyak memberi tips berguna mengenai topik ini:
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Ini pula dua contoh website yang dibuat menggunakan WordPress:
 
Menarik!


New Email addresses available on Yahoo!
Get the Email name you've always wanted on the new @ymail and @rocketmail.
Hurry before someone else does!

Sunday, November 22, 2009

Volunteering at Zoo Negara

Pada hari Sabtu, 21 November 2009 Sherrina dan 33 orang daripada pelbagai latarbelakang berkumpul di Pintu No 3 Zoo Negara jam 8 pagi untuk menyertai program kerja amal di Zoo Negara. Program ini yang dianjurkan oleh kumpulan The Malaysia Vegetarian di Facebook mendapat sambutan yang sangat baik. Selain daripada kumpulan ini, program pagi itu turut disertai oleh sukarelawan dari bank Standard Chartered.






Acara dimulakan dengan sesi taklimat yang disampaikan oleh wakil Zoo Negara. Awal-awal lagi kami dah dimaklumkan supaya memakai kasut dan seluar panjang. Sleeveless tak dibenarkan. Peserta dibahagikan kepada kumpulan dan dibawa ke tempat tugas masing-masing. Setiap sukarelawan diberi sticker untuk ditampal pada baju.





Sherrina dan 5 orang lagi telah dimasukkan ke kumpulan harimau dimana kami ditugaskan untuk membersihkan kandang harimau.





Kami dikehendaki menyapu daun kering dan mengumpulnya dalam bakul. Kemudian orang lelaki diminta membantu staff Zoo Negara membawa daging untuk dijadikan makanan kepada harimau dan menggantungnya di tempat yang disediakan. Kami juga diminta mengangkat kayu-kayu lama yang telah rosak untuk dibuang ke tempat yang disediakan. Fuh...memang penat tapi best.



Selain daripada melakukan kerja gotong-royong, kami juga dapat mendengar banyak cerita dan pengalaman daripada penjaga harimau yang kami panggil Abang Ngah. Beliau banyak berkongsi pengalamannya sepanjang bekerja di zoo ni. Malah beliau pernah dihantar ke zoo di luar negeri untuk menimba ilmu. Menurut beliau, zoo terbaik di dunia ialah Zoo San Diego.







Yang bestnya jadi volunteer ni ialah, kami dibenarkan mengambil gambar. Apatah lagi, kedudukan kami di pagar belakang sangat hampir dengan harimau dan singa kerana haiwan-haiwan itu lebih gemar melepak di bahagian belakang.

Ada sekali tu, ketika tengah syok mengambil gambar, tiba-tiba singa betina tu datang merempuh pagar. Terkejut giler dibuatnya!



Antara petugas Zoo Negara disitu ialah seorang remaja Sweeden berusia 16 tahun. Namanya Ras. Ras ni baru je berpindah ke Malaysia sebab ayahnya bekerja disini. Dia dah sebulan bersukarelawan disini. Memang dia berbakat dengan haiwan. Sampai harimau tu dah manjanya dengannya.


Sebelah kandang singa ialah kandang tapir. Tapi ni tak mau ke kawasan depan tempat orang ramai menonton. Malah ia asyik melepak di tepi pagar dekat tempat kami melepak. Seolah-olah seronok mendengar kami bersembang.


Ketika bersembang dengan Abang Ngah, baru Sherrina tau betapa mahalnya kos menjaga seekor harimau. Kos makan seekor harimau untuk sebulan boleh mencecah hingga RM20,000. Tu belum lagi kos vitamin, perubatan dan lain-lain lagi. Kalau tak dikenangkan harimau ni spesis nak pupus, tak koser agaknya nak belanja banyak macam tu...


Selain daripada bertugas di kandang harimau, sukarelawan lain ditugaskan di kawasan lain seperti di kandang burung unta, kandang unta, gajah, zirafah, kedai cenderahati, kaunter tiket dan lain-lain lagi

Masa rehat bolehlah jalan-jalan keliling zoo. Masuk percuma apabila menyertai sukarelawan. Cuma bahagian pertunjukkan haiwan takleh masuk.

Program berakhir jam 4.30 petang. Banyak pengalaman dan pengetahuan dapat dikumpul sepanjang hari ini. Kepada yang berminat nak join, gi www.groups.to/myvege








Koleksi gambar yang disusun dalam bentuk video.

Thursday, November 19, 2009

Bersawang dan berlalang

Kesian blog aku. Dah lama tak update. Alasan lapuk: sibuk. Ada banyak cerita dalam kepala yang perlu dicurahkan. Tungguuuuuu...
Sent from my BlackBerry® wireless device via T-Mobile-Celcom.

Tuesday, November 10, 2009

Trip To Kuala Gandah Elephant Sanctuary

Pada 1 November 2009 yang lalu, Sherrina dan sekumpulan rakan Terendakian telah berkonvoi ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary. Program anjuran Biro Sukan & Rekreasi ini telah dirancang beberapa bulan lebih awal. Sebulan sebelum program kami telah menempah tiket dengan pihak sanctuary kerana takut kehabisan tiket. Maklumlah, nak pegi hari Ahad, sure ramai orang. Kami tempah dalam 70 pas kesemuanya. Sebilangan pas adalah pas B yang membolehkan pemegang pas naik dan mandi dengan gajah. Sherrina cuma amik pas A aje iaitu melawat sebab tak sampai hati nak naik atas gajah tu...ekekekekek....


Sherrina, Wana, Mas dan Nazri (SPM 04) bertolak dari rumah jam 8.30 pagi. Mas dengan baik hatinya menumpangkan Nazri dari LRT Bandar Tun Razak ke rumah Sherrina. Kalau nak tunggu tukar ke Putra, sure lambat. Kami bergerak ke stesen minyak BHP untuk berkumpul disana. Sampai disana, ramai lagi yang belum sampai. Sempat le sarapan dulu di kedai mamak disitu.


Jam 9 pagi diadakan taklimat yang disampaikan oleh saudara Huzairi, selaku ketua Biro Sukan & Rekreasi Ansara Terendak. Peserta dimaklumkan mengenai aturcara dan perjalanan ke sana. Kami bertolak jam 9.30 pagi kalau x silap. Masing2 memecut laju, Sherrina dan kereta tua tertinggal di belakang. Mujur ada GPS, set aje dan ikut arahan.


Lokasi pertama ialah Deerland yang terletak tak jauh dari Kuala Gandah. Sampai disini jam 10.30 pagi. Yuran masuk bagi dewasa ialah RM5. Kat sini pengunjung boleh bermesra dengan pelbagai jenis haiwan liar. Tumpuan utama ialah rusa, dimana kita boleh bagi rusa makan. Makanan disediakan oleh pihak Deerland.


Mungkin rusa-rusa tu tak makan gamaknya. Semua berebut mendapatkan makanan. Sherrina hanya rakam video aje. Merakam aksi lucu kengkawan kasi makan pada rusa.


Macam-macam gaya. Ada rusa yang dah menunggu je kot disuakan makanan.


Selain tu ada haiwan lain. Ni rusa Malaya. Besar bukan main, macam anak lembu.


Beruang ni memang famous lah. Macam artis. Mula-mula penjaganya pujuk beruang tu suh duduk. Pastu semua orang pegang dan amik gambar dengan beruang. Selain tu, banyak lagi haiwan disitu. Ada ular, burung dan lain-lain lagi.


Acara wajib: Group photo sebelum meninggalkan Deerland.

Setelah selesai melawat Deerland, kami terus ke Kuala Gandah. Tak jauh. Dalam 15 minit aje daripada lokasi Deerland. Bila tiba disana, dah ramai orang melawat dari pagi. Siap ada datang dengan bas sekolah. Kami ke pejabat untuk mendapatkan pas lawatan. Proses mengedarkan pas kepada peserta pula selepas itu.


Sebelum tu, kami menyampaikan sumbangan daripada peserta dan Terendakian yang tak dapat hadir kepada pihak sanctuary. Memandangkan tiket masuk adalah percuma, pengunjung digalakkan memberikan sumbangan. Untuk melihat sumbangan yang diperlukan, lihat di website Kuala Gandah. Kami telah membeli 13 bungkus susu tepung bagi anak gajah dan gajah dewasa yang dalam rawatan.



Oleh kerana sudah masuk waktu tengahari, kami ke kawasan berkelah untuk makan tengahari. Masing-masing membuka bekalan sendiri. Di sini takde sangat gerai makanan. Memang kene bawak sendiri. Lagi best. Dapat share makanan.



Lepas makan dan solat Zuhur, kami menunggu acara gajah bermula. Kami menonton bagaimana gajah diberi makan. Pengunjung berpeluang mengambil gambar bersama gajah. Kemudian, 2 ekor gajah dibawa keluar dan diikat pada pokok berhampiran untuk membolehkan pengunjung bermain dengan gajah dengan lebih dekat. Ada yang memberi gajah makan kacang dan sebagainya.

Tak lama selepas itu, acara menaiki gajah. Ini hanya bagi pemegang pas B sahaja. Dan akhir sekali ialah mandi dengan gajah. Dimana peserta beratur di pelantar, naik diatas gajah yang berdiri didalam sungai dan gajah akan bergerak beberapa langkah sebelum menjatuhkan dirinya ke dalam sungai bersama dengan peserta. Sangat menyeronokkan.



Sebelum bertolak pulang, semua peserta bergambar bersama-sama. Program yang sangat menyeronokkan dan menggembirakan. Untuk tonton video, klik dibawah.




























Sony DCR SX-40E Review

Sherrina mula berkecimpung dalam bidang videografi ini pada tahun 2004. Masa tu bermula dengan kamera Sony digital 8. Tapi ketika tu, tak berjaya nak transfer video ke laptop kerana laptop pada masa tu takde firewire dan kad yang sesuai. Maka video-video tu tersimpan dalam tape ajelah. Lama-lama, iklankan di internet untuk dijual. Ada seorang pembeli membelinya dengan harga yang bagus juga, sebab dia terhilangkan kamera video model yg sama milik pejabatnya. Pada ketika tu, model tersebut dah takde di pasaran.

Setelah sekian lama berdamping dengan bidang fotografi menggunakan kamera Olympus, entah bagaimana tergerak nak buat video semula. Dengan menggunakan kamera Olympus, Sherrina cuba buat rakaman video program Mustika di SKTM2. Hasilnya, bolehlah. Tapi kualiti gambar lemah dan kualiti audio yang kurang menarik. Boleh lihat video-video tersebut disini. Tapi bagusnya mengambil video dengan kamera digital ialah ianya mudah di edit. Format video bagi kamera Olympus ialah .avi maka sangat mudah nak import ke Windows Movie Maker dan buat perubahan yang diperlukan.

Ketika Ansara Terendak merancang program ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary beberapa bulan yang lalu, Sherrina fikir ini satu peluang yang baik untuk mendapatkan sebuah kamera video dan mengasah semula skill yang dah lama terbenam. Lepas research punya research, akhirnya pilih Sony DCR SX-40E. Harganya RM1199. Harga asal RM1399. Thanks to my fren, Iskandar yg sedekahkan kameranya yang dah rosak untuk promosi trade-in di Sony. Dapat le rebate RM200. Sehari sebelum ke Kuala Gandah, Sherrina bergegas ke Sony Style KLCC untuk mendapatkannya.

Kenapa Sony DCR SX-40E? Lihat spesifikasinya:



  • Recording Format: Memory Stick

  • video Codec: MPEG-2

  • Media Storage Type: Memory Stick Pro-Duo / Pro-HG Duo / Duo


  • HYBRID / HYBRID Plus HYBRID (4GB Built-in Flash Memory)

  • Image Sensor Type: 800K Pixel CCD

  • Audio Format: Stereo (2ch.)

  • Zoom Mic: Yes

  • Carl Zeiss Lens / Filter Diameter Vario-Tessar

  • Optical / Digital Zoom: 60x / 2000x

  • Maximum Still Image Resolution (Photo Mode): VGA (640 x 480 / 4:3)

  • Image Stabiliser: SteadyShot

  • LCD Screen Size & Type: 2.7 (6.9 cm) Wide LCD (123K / 16:9) with Touch Panel

  • Face Index: Yes

  • Film Roll Index: Yes

  • Quick Startup: Yes

  • Memory Stick Duo Slot: Yes

  • USB Terminal: Yes (USB 2.0 High Speed)

  • Dimensions (W x H x D): 53 x 59 x 113mm

  • Mass (w/o Tape, Battery, etc.) :Approx. 200g

Supplied Accessories:



  • AC adaptor AC-L200


  • Rechargeable Battery Pack NP-FH30


  • AV Cable Yes

Application Software: Picture Motion Browser


USB Cable: Yes



Ketika membeli handycam ini, pakej yang diberi ialah kamera, extra battery, 4GB Memory Stick Pro Duo dan bag kamera. Warna kamera pula ada 3 jenis iaitu merah, silver dan biru. Kenapalah takde warna hitam? Memandangkan banyak gadget Sherrina warna silver, kali ni amik merah plak lah. Nampak menarik.











Kenapa DCR SX-40E?



  • Dalam lingkungan bajet iaitu bawah RM1500

  • Flash handycam iaitu hanya 4GB build-in hard disk dan selebihnya boleh guna memory stick. Risiko hard disk handycam rosak lebih kecil. Lagipun, handycam dengan built-in 30GB hard disk atau lebih berharga lebih dari RM1500

  • Mudah nak transfer video. Pilih rakaman pada memory stick. Bila dah habis rakam, cabut je dan cucuk ke card reader dan transfer ke laptop dengan mudah

  • ringan dan kecil, mudah dibawa ke mana-mana

  • menu yang mudah dan cepat dipelajari. Bagus juga pilihan setting yang ada. Boleh zoom mic, boleh adjust setting focus, optical zoom hingga 60x dan banyak lagi.

  • format videonya boleh di import ke Windows Movie Maker untuk editing tanpa banyak karenah. Takyah nak convert. Laptop lama pun boleh edit videonya tanpa sangkut-sangkut.

  • Lens Carls Zeiss. Lens yang baik berbanding jenama handycam lain yang hanya memberi standard lens bagi kamera begini.
Tapi, kamera ni ada kelemahannya:


  • kualiti cuma Standard Definition. Tak sehebat High Definition.

  • Tangan kene teguh. Body kamera ni ringan, tangan senang ketar. Kene belajar kawal pegangan handycam

  • kualiti output di tv taklah sehebat handycam High Definition tapi jauh lebih baik daripada mengambil video menggunakan handphone atau digital camera.
Setelah membuat percubaan video Kuala Gandah dan Dinner CBN, Sherrina amat berpuas hati. Ia menepati segala ciri yang Sherrina perlukan. Percubaan ketiga ketika persidangan YES 2009, kualiti dan pengawalan handycam bertambah mantap. Ada juga yang tanya...

Kenapa tak melabur kepada handycam HD (High Definition)? Jawapan saya:


  • Harganya mahal. Mostly above RM2.5k

  • formatnya yang pelik-pelik. Misalnya, handycam Sony HD menghasilkan video berformat AVCHC

  • Format video bagi handycam HD memerlukan PC atau laptop yang high-end untuk kerja-kerja editing. Malah nak transfer video ke PC atau laptop juga memakan masa yang lama dan memerlukan space hard disk yang besar. Disebabkan tiada laptop yang mampu menampung ciri video HD, maka lupakan sementara.

  • Nak burn format HD ni juga bermasalah. Sherrina dah bersembang dengan beberapa orang pengguna handycam HD. Mereka gagal burn video ke dalam DVD menggunakan DVD burner kerana faktor format. Cara terbaik untuk burn video berkualiti HD adalah menggunakan blu-ray burner, yang mana harganya agak mahal. Mungkin kini sudah ada cara untuk menyelesaikan masalah ini.

  • Sherrina tiada tv yang support HD. Jadi agak membazir jika merakam dalam kualiti HD tapi menonton di tv kualiti standard.
Lagi best sebab Sony ada buat bengkel percuma bagi pengguna handycam. Sherrina berpeluang menghadirinya seminggu selepas membeli handycam ini dan belajar banyak mengenai cara betul menggunakan handycam melalui pakar.


Gadget penutup bagi tahun 2009.....Sony Handycam DCR SX-40E.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin