Saturday, May 23, 2009

Happy Teacher's Day



A drawing from my beloved student. Not too late to wish Happy Teacher's Day to all teachers out there!

Wednesday, May 20, 2009

Buku dan Movie



Sempat mengorek tabung untuk merembat beberapa buah buku yg berharga RM8 dan RM10 sebuah di Big Bad Wolf book warehouse sales di PJ yg berakhir Isnin yg lepas.



Smalam mencari waktu menonton filem yg dah lama ditunggu-tunggu iaitu Angel & Demon. Oleh kerana Sherrina dah baca buku ni lebih dari 30 kali (mmg best bukunya, tak jemu membacanya), byk juga scene yg diubahsuai, ditiadakan. Tapi filem ini tetap best.

Next movie yg ditunggu-tunggu ialah Harry Potter.

Monday, May 18, 2009

Gambar AGM Ansara Terendak

Alhamdulillah, AGM Ansara Terendak berjalan dengan jayanya pada Sabtu lepas. Jom layan gambar.


Antara ahli yang menghadiri AGM


kak Ros Alhana dan kak Julia sebagai pencatat minit


Barisan exco dihadapan membentangkan laporan


Buat-buat sibuk...hahaha


Sesi pengundian exco yang baru


Lepas AGM dan jamuan, acara yang ditunggu-tunggu...main bola tampar le.


Shimi yang main dengan tak pakai cermin mata, tgh sibuk teropong


Pelbagai batch join sama


Gambar beramai-ramai

Tak sahlah kalau takde video kan...jom layan....

Drama Sebabak:



Drama Bersiri:


Untuk sesi kali ni Sherrina pegang jawatan AJK Perhubungan Awam dan Komunikasi. Oklah, lega sket. Buat keje yang memang dibuat sejak dulu iaitu sebarkan info. Utk check new line up, rujuk di forum ExTDK (akan diupload tidak lama lagi)

Saturday, May 09, 2009

ActivemindKids Science Camp @ Kompleks 3C

Uikss...lamanya tak update blog. Kene buat marathon update blog le mcm ni. Bermula dengan entry mengenai kem sains Activemindkids yang terkini yang berlangsung pada 9 Mei 2009 di Kompleks 3C bersebelahan Sunway Pyramid. Program ni anjuran Activemind dan Majlis Perbandaran Subang Jaya. Peserta seramai 24 orang dimana sebahagian besar adalah adik-adik daripada Rumah Aman.




Menulis maklumat diri di buku yang disediakan


Eksperimen melibatkan tepung


Seronok sungguh bila dapat main ngan tepung bercampur air



Percubaan mengapungkan telur didalam air


Punya semangat sampai tonggeng-tonggeng di lantai


Eksperimen yang ditunggu-tunggu, membuat dan meletupkan gunung berapi


Gambar berkumpulan

Kem kali ni hanya separuh hari sahaja. Walaupun singkat tapi cukup seronok. Mula-mula dorang agak malu-malu tapi bila dah di hujung waktu, dah macam kenal lama.

Kem berikutnya di kompleks yang sama iaitu kem IT.

Tuesday, May 05, 2009

AGM Ansara Terendak 2009



Semua ahli Ansara cawangan Terendak dijemput hadir. Bagi yang bukan ahli, boleh datang sebagai pemerhati. Sila sahkan kehadiran sebelum 12 Mei 2009.

BBQ with Terendakian

Jumaat lepas, sempena cuti Hari Pekerja, Sherrina dan kengkawan ex-MRSM Terendak berkumpul kat umah Shimi utk berkumpul sambil BBQ dan beramah-mesra.



Antara yang hadir:
1)Izad@mydin
2)sherry
3)Ikhwan
4)Pesol + sedara
5)Abg Wan SPM06
6)Kak Ju
7)Qaisy
8)Izzaty ehemm ehemm
9)Irma (eh betol ke eja camni?)
10)Mickey
11)Jidin
12)Jokyu + Wanie + Cellatape..hehhehehe
13)Encek Md Duan
14)Cik Mas
15)Shimi
16)Is...muncul selama lima minit je...



Best gak lah sebab dari pelbagai generasi batch datang. Paling senior, 1987 hingga batch 2006.



Merasa membakar mushmallow. Ala-ala camping dihutan gittew..


Tiba-tiba Qaisy keluar dengan suprise birthday cake utk Izzaty....


Happy birthday, Izzaty....yg ke 20.


Operasi memotong kek


Serius....sedap bangat


Lepas makan, Mad Duan pun mengeluarkan puzzle mencabar mindanya tu. Ikhwan dah give-up. Otak takleh nak pikir setelah memakan 3 keping lamb chop. Ikhwan, lamb chop tajaan ko tu sedap bangat....serius.

Saya bawa apa? Saya bawah ubi kentang yg direbus dan diperam dgn butter, garam dan black paper. Percubaan kali pertama. Not bad. Ianya dibakar setelah dibungkus dgn aluminium foil. Oh ya, juga air anggur yang sedap itu. Misz Mastura bawa coleslaw yg sgt sedap dan pasta. Kak Julia pun datang dgn bantuan abg Wan bersama dgn ayam hot and spicy secret recipenya itu. Mickey bawak puding yang sangat sedap giler...Mickey bakal jadi menantu pujaan ramai kalau dia sendiri yg bikin puding itu tapi malang skali dia cuma tolong tengok aje...muahahaha. Izzaty dan team datang dengan kek, chips dan mashmallow.

Akhir skali Jokyu dan isterinya Wani dan anaknya Marcella sampai setelah sesat. Bersama ayam utk dipanggang. Selepas makan, memasing mula buka cerita pasal kenangan di maktab. Yang kelakar tu, si Ikhwan tak habis-habis cerita pasal kawin. Lucu juga bila mengenangkan muka-muka inilah yang dulunya nakal-nakal belaka masa di maktab dulu, kini dah matang bercerita mengenai tanggungjawab berumahtangga dan sebagainya...hahaha

Apa pun, gath kali ni sangat menyeronokkan. Thanks to tuan tanah, Shimi sebab sponsor tempat dan makanan. Next bbq di umah Jokyu, insya' Allah :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin