Thursday, March 04, 2010

Nasi Kandar Kudu

Tengahari tadi Sherrina dan rakan, Wan Dina Norazrin ke Crash Pad Chow Kit untuk membantu membaiki komputer di makmal komputer Crash Pad dan seterusnya mengendalikan kelas komputer dan kelas Sudoku. Oleh kerana kami sampai sebelum jam 12 tengahari, kami mengambil kesempatan untuk mencuba makan tengahari di Restoran Kudu Bin Abdul yang terletak di Jalan TAR. Selalu lalu disini dan lihat orang beratur panjang untuk menunggu giliran makan.


Sherrina tunggu meja sementara Wan Dina beratur. Memandangkan barisan yang panjang dan lama, beliau terus amikkan makanan untuk Sherrina. Lauknya ialah ayam dan kuah serta sedikit sayur.

Sherrina bukanlah seorang Kandarian (pemakan nasi kandar) dan rasanya macam tak pernah cuba pun. Jadi ni lah kali pertama mencuba nasi kandar.

Terbukti, nasi kandar dan Sherrina tidak serasi. Rasanya ok lah tapi tidaklah sehingga menjilat pinggan. Kesimpulannya, Sherrina tak layak bergelar Kandarian.

Tapi Wan Dina Norazrin, memang Kandarian sejati :p

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin