Thursday, May 20, 2010

Thai Massage

Dah seminggu bahu kanan Sherrina ni sakit. Sakitnya macam lenguh. Dah pulas ke kiri, pulas ke kanan. Tak hilang juga. Ingatkan sebab kurang tidur ke, salah bantal ke. Dah rehat pun, tak juga hilang. Tapi dibiarkan ajelah sebab biasanya sebelum ini ia akan hilang begitu sahaja.

Tapi malam tadi masa makan steamboat, dia punya sakit makin menyucuk. Lenguh penat giler. Rasa nak ketuk je bahagian belakang badan dengan senduk steamboat tu. Tak bleh tahan. Member suggest gi Thai massage kat Ampang Point. Hari ni lepas urusan kat KLCC, terus gi sana. Kat Tingkat 3.

Masa masuk tu ada sorang je tengah buat foot reflexology. Lepas tengok pakej, amik urut bahu selama 40 minit. Harganya RM40. Sherrina gi ngan member. Dia buat full body massage selama sejam. RM45. Kami diminta masuk ke bilik yang ada tilam. Disediakan pakaian iaitu kemeja longgar dan seluar longgar. Massage ni takyah buka baju macam spa tu. Kami request untuk tukang massage perempuan. Sherrina disuruh baring meniarap. Aunty tu pun memulakan kerjanya. Baik juga orangnya. Masa mula ditekan di bahu, sakitnya humang aihhh. Massage Thai ni menggunakan tangan, lengan, siku, kaki. Untuk Sherrina, digunakan tangan dan lengan untuk mengurut. Rasanya mcm kene urut ngan penguli tepung kot...kih kih kih.

Bila kene spot yang sakit, ouch! ouch! ouch! Aunty tu akan slow down. Urut tempat lain. Ulang balik tempat yang sakit. Pastu urut tempat lain dan urut balik tempat yang sakit. Kali ke-4 atau ke-5, dah tak mengaduh dah bila diurut ditempat yang sakit tadi. Tapi ada few spots yang rasa perit sungguh lah macam di bahu, pinggang, lengan. Ni semua sebab duduk mengadap laptop dan pikul beg laptop lah ni. Pastu disuruhnya duduk. Dipulasnya tangan ke belakang. Dilipatnya tangan. Adehh...adehhhh....sakit tapi best.

Last skali dipicit-picit kaki, perghhh sakit tuuu. Sebab 3 hari training, berdiri dalam kelas. Letih woo... lepas 40 minit. Rasa nak tido je kat situ. Memang lega habis lah. Rasa longgar je urat dan tulang. Member yang amik full body massage tu terjerit-jerit sebab dia ada injury akibat main boling. Lucu lah tapi kesian pun ada. Aunty yang urut dia tu agak berumur dan garang. Hehehehe....

Rasanya nak gi lagi lah nanti next month. Rasanya boleh tahan segala kesakitan tu. Asalkan dia tak buat camni, udahlah.... :p

Dina's birthday treat

Malam tadi Sherrina ngan geng in crime, Suhaila dan Wan Dina gi makan kat Thai Steamboat yang Sherrina penah cite sebelum ni di Dagang Avenue. Kali ni sebab nak celebrate birthday Dina.

Inilah dia budaknya yang sambut birthday semalam yang ke......

Dina menunjukkan kepakaran mengendalikan periuk steamboat.

 Suhaila ni pun pakar jugak bab-bab memasak ni. Sherrina? Pakar bab merasa makanan aje! kih kih kih....

Eh, kali ni ada makanan yang berbentuk starfish lah!

Dina yang sibuk bercerita.

Kuih-muih. Dorang kata sedap. Sherrina rasa, biasa aje.

Aiskrim ni confirm sedap. Yummm...yummmmm

Apa ajelah cerita dorang berdua ni sampai memek muka macam tu :p

Apa pun, we had lots of fun eating, chatting, gossiping and laughing. Happy Birthday, Dina!

Tuesday, May 18, 2010

Stress-free ball

Sherrina dapat kotak ni sebelum kelas bermula.

Bila kotak dibuka, wah...ada bola getah berwarna hijau didalamnya.

Bila stress, kita picit-picit bola ini. Picit...picit...picit...picit...

Ataupun kita buat macam basketball. Baling atas meja....macam ping pong pun ya juga.

Pastu cari dinding

Pastu kita baling ke dinding macam orang main squasy. Best tu....baling...tangkap...baling...tangkap....

 Bestlah mende ni. Memang boleh hilangkan stress diri sendiri. Tapi jangan bikin orang lain stress lak tengok kita asik main bola aje :p


Saturday, May 15, 2010

Food Review: Tony Roma

Setiap kali Sherrina gi Cineleisure, mesti lalu tepi restoran Tony Roma's. Menyimpan angan-angan nak mencuba makan disini walaupun hanya sekali. Banyak kali dengar kawan-kawan bercerita mengenai kehebatan beef ribs di Tony Roma. Tapi keadaan kewangan sentiasa mengekang nak makan disitu.

Bulan lepas Sherrina berpeluang meraikan hari jadi sahabat baik di Tony Roma's. Kami ke sana untuk makan tengahari. Kami dilayan dengan baik oleh seorang pelayan wanita dengan 'accent' Filipina. Agak sukar untuk memahami apa yang dituturkan tapi beliau cukup ramah dan menerangkan mengenai menu kepada kami dengan teratur. Malah beliau yang memberi cadangan menu terbaik untuk kami cuba di Tony Roma's.




Kami dihidangkan dengan roti dan mentega yang dihasilkan sendiri ini dengan percuma. Katanya ia menu baru dan dihidangkan percuma untuk dirasai.

Pening juga ketika memilih minuman. Pelayan mencadangkan minuman ini. Strawberi campur nenas campur kelapa. Serius sedap giler!

Sesi memperkenalkan kepada sos-sos yang ada. Macam demonstrasi masakan pun ada. Beliau memberitahu nama-nama setiap jenis sos serta rasanya. Dicurahkan atas piring dan menghasilkan wajah ini :)

Menu birthday girl ialah lamb chop. Pada mulanya agak skeptikal juga nak pilih lamb chop sebab dah banyak kali sangat terkenal lamb chop yang hampeh. Apatah lagi harganya bukan seperti di luar sana. Tapi kami beranikan juga. Hasilnya, mengkagumkan. Inilah lamb chop tersedap penah kami makan! Coselaw tu biasa sahaja tapi mash potato itu sangat best. Mula lihat potion begini, Sherrina cakap 'eh sikitnya...mesti tak kenyang'. Tapi bila dah makan, boleh tersandar pada kerusi lah. Itupun mash potato tak habis.

Sherrina lak order mende ni lah, yang diidamkan sejak dulu. Beef ribs. Ada dua jenis hidangan. 3 ketul dan 6 ketul. Pada mulanya ada gak rasa tamak nak order 6 ketul tapi takut tak kene dengan selera. Maklumlan, ini eksperimen pertama. Order yang set 3 ketul ribs dulu. Hasilnya....gila sedap nak mampus! Sos dia dah cukup sedap, takyah cicah kat sos-sos lain yang disediakan. Sedapnya....rasa nak nangis! Coselaw tu sedap dan baked potato tu sangat mengenyangkan. Masa mula sampai hidangan pun rasa mcm tak cukup. Hakikatnya, lebih dari cukup.

Hasilnya lepas makan.....menjilat hingga ke tulang!

Kesimpulannya, memang sedap sungguhlah Tony Roma's ni. Tapi reganya tu, membuatkan fikir banyak kali nak makan selalu. Tapi jika sesekali nak celebrate sesuatu yang istimewa, memang sesuai sekali. Suasananya pun damai, pelayannya pun ramah-tamah.

Wednesday, May 12, 2010

BlackBerry Tips: Getting PIN in quicker way

"Quick tip: Want to quickly find your BlackBerry PIN? Open a new SMS, email, or bbm, type ‘mypin’ and hit space. Your PIN will appear on your screen. You can also copy this text and paste it elsewhere, if required."

Sherrina dah cuba. Dengan email, sms dan BBM....ianya berfungsi. Mudahlah nak cari PIN lepas ni :)

 Credit to: BlackBerry Asia's Facebook

Foot Reflexology dan Steamboat Buffet

Entah macam mana, hari ni tetiba free giler satu hari. Sepatutnya petang ada kelas di Nur Salam tapi dorang ada program lak di tempat lain. So Sherrina tak gi lah sana. Lepas siap keje opis di umah, keluar gi Tesco. Idea asal nak beli laser pointer yang memang dah selalu beli disitu. Sekali habis lak. Beli sket barang dapur, gerak ke Ampang Point. Cari punya cari, takde jugak. Akhirnya, beli wireless mouse (goodbye wired mouse!) yang telah turun ke harga yang mampu milik (RM50). Tak puas hati gak, gi ke satu shopping mall kecil di Pandan Indah. Takde kedai IT langsung. Sementara menunggu kelas tuition di area situ lagi 1 jam (akhirnya cancel sebab student demam), Sherrina singgah satu kedai foot reflexology. Katanya RM25 untuk 40 minit. Serius tak penah tau apa prosedurnya. Tengok orang pun tak ramai. Request for amoi, takmau lelaki yang urut.


Memula disuruh rendam dalam air suam. Taklah suam pun, panaslah jugak. Lepas tu 40 minit diurutnya kaki sampai ke lutut. Kembang-kempis hidung menahan sakit sambil menahan geli. Lepas habis sesi, rasa lega lah kaki yang sengal-sengal akibat lari di gym dan memandu dalam jem semalam. 

Pastu, geng makan call. Ajak makan sambil bincang bisnes. Pikir punya pikir, dia cadangkan steamboat di belakang MBO Ampang. Oklah sangat, dekat pun dekat dengan Pandan. Kol 8.30 dia sampai. Kitorang pun mintak steamboat buffet untuk 2 orang. RM22++ seorang. Diberi dua pilihan kuah. Kami pilih tomyam dan sup ayam.


Inilah rupanya kuah tomyam. Sedap giler. Tak pekat sangat dan tak cair sangat.

Ni round 1. Ada satu mende yang comel macam kucing. Rasanya pun sedap.


Menunggu makanan masak dalam periuk.


Hoyeee....dah masak! Bolehlah makan.

Sos ni sedap nak mampus! Sos keropok lekor je tapi tak penah jumpa steamboat guna sos keropok lekor.


Jenuh juga makan ketam pakai sudu dan garfu.


Ada dekat 100 jenis makanan yang boleh dimasak dalam steamboat ni. Ada juga yang boleh dipanggang. Kene kasi kat tukang panggang untuk proses pembakaran.

Round 2. Semuanya sedap. Kecuali pepahat. Sebab tak suka makan pepahat.

Setelah beberapa round, makan aiskrim plak. 

Beginilah keadaan 'kemusnahan' selepas makan 2 orang. Kalau 4-5 orang, takleh nak bayangkan :p

Inilah nama kedainya. Menjelang kol 8pm dah penuh sesak dengan pengunjung. Tu kitorang gi hari keje. Kalau hari minggu, tak dapek den nak membayangkan. Apa pun, inilah steamboatd TERBAEK yang penah Sherrina makan selama 30 tahun bernapas di atas muka bumi ini....yeahhh!

Friday, May 07, 2010

Hujan







Aku paling suka hujan. Sebab hujan rasanya sejuk. Hujan ada lagu yang menenangkan. Paling aku suka ialah bila hujan turun, buka tingkap bilik tidur dan baring atas katil sambil merasai tempias hujan menimpa muka. Hujan itu nikmat. Alhamdulillah.

Thursday, May 06, 2010

Lamb Chop paling hancus

Lama gak tak wat review makanan. Kali ni melawat kembali tempat yang penah Sherrina gi untuk pekena lamb chop. Lamb chop ni kira antara makanan favourite Sherrina dan setiap kali jumpa kedai western yang baru, mende pertama yang Sherrina akan try ialah lamb chop.

Restoran Pizza San Francisco ni terletak di Seksyen 5, Wangsa Maju. Sherrina dulu suka lah gi sini sebab memang jatuh cinta dengan spaghetti carbonara di sini. Tapi setelah jumpa dengan spaghetti carbonara yang lebih sedap di Naili's, tak gi sini dah. Tapi aritu lalu di area sini dan ternampak banner promosi Lamb Chop pada harga RM12.90. Ishhh, murah tu. Takleh dilepaskan. Mana tau kali ni lamb chop dorang dah bertambah baik berbanding dulu. Dulu agak teruk sket (kecuali branch di Bangi yg best) siap bagitau kat chef suh pi Bangi blaja dengan branch sana.

Sampai je order lamb chop lah. Mint sauce semestinya.




Food presentation not bad.

Tapi bila potong daging dengan pisau, humang aihhh....amende yang merah-merah ni? Rupanya minyak! Tak penah-penah makan lamb chop berminyak macam kambing beriyani nih. Rasanya pun ada rasa kari. Cilakak tol, nak buat eksperimen pun agak-agak lah. Takkan nak buat lamb chop perisa kari!




Akhirnya, beginilah. Membazir betul! First time makan lamb chop tak habis. Geram, memang geram!

Order ni plak. Apa namanya, Fettucini ke apa. Yang ni memang sedap sokmo lah.

Untuk sejukkan hati, order ice chocolate. Yang ni memang tip top. 

Kesimpulannya, tak mau dah gi Pizza San Francisco nih. Makanannya makin lama makin tak berkualiti. Harap drinks aje yang maintain sedap. Lamb chop kat kedai mamak pun lagi sedap dari ni!

Saturday, May 01, 2010

TGV Wangsa Walk

TGV Wangsa Walk telah dibuka kepada umum mulai semalam. Pada hari Khamis telah diadakan special screening kpd tetamu khas bagi filem Ironman 2.

Ruang masuk TGV kelihatan belum siap sepenuhnya. Lantai masih simen. Ruang dalam dah lengkap. Luas dan cantik.

Sherrina berkesempatan menonton Ironman2 semalam. Memandangkan ia baru dibuka, sistem tempahan tiket secara online mahupun melalui telefon belum disediakan lagi. Kene beratur panjang lah.

Ruang panggung selesa. Memandangkan takde ramai sangat orang semalam, Sherrina dan member dok kat couple seat walhal beli tiket biasa aje. Couple seat disini lebih privacy sebab ada penghadang. So tak nampak le couple sebelah. Alamatnya, ramai le buat wayang sendiri nanti.

Selamat menonton!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin