Wednesday, May 12, 2010

Foot Reflexology dan Steamboat Buffet

Entah macam mana, hari ni tetiba free giler satu hari. Sepatutnya petang ada kelas di Nur Salam tapi dorang ada program lak di tempat lain. So Sherrina tak gi lah sana. Lepas siap keje opis di umah, keluar gi Tesco. Idea asal nak beli laser pointer yang memang dah selalu beli disitu. Sekali habis lak. Beli sket barang dapur, gerak ke Ampang Point. Cari punya cari, takde jugak. Akhirnya, beli wireless mouse (goodbye wired mouse!) yang telah turun ke harga yang mampu milik (RM50). Tak puas hati gak, gi ke satu shopping mall kecil di Pandan Indah. Takde kedai IT langsung. Sementara menunggu kelas tuition di area situ lagi 1 jam (akhirnya cancel sebab student demam), Sherrina singgah satu kedai foot reflexology. Katanya RM25 untuk 40 minit. Serius tak penah tau apa prosedurnya. Tengok orang pun tak ramai. Request for amoi, takmau lelaki yang urut.


Memula disuruh rendam dalam air suam. Taklah suam pun, panaslah jugak. Lepas tu 40 minit diurutnya kaki sampai ke lutut. Kembang-kempis hidung menahan sakit sambil menahan geli. Lepas habis sesi, rasa lega lah kaki yang sengal-sengal akibat lari di gym dan memandu dalam jem semalam. 

Pastu, geng makan call. Ajak makan sambil bincang bisnes. Pikir punya pikir, dia cadangkan steamboat di belakang MBO Ampang. Oklah sangat, dekat pun dekat dengan Pandan. Kol 8.30 dia sampai. Kitorang pun mintak steamboat buffet untuk 2 orang. RM22++ seorang. Diberi dua pilihan kuah. Kami pilih tomyam dan sup ayam.


Inilah rupanya kuah tomyam. Sedap giler. Tak pekat sangat dan tak cair sangat.

Ni round 1. Ada satu mende yang comel macam kucing. Rasanya pun sedap.


Menunggu makanan masak dalam periuk.


Hoyeee....dah masak! Bolehlah makan.

Sos ni sedap nak mampus! Sos keropok lekor je tapi tak penah jumpa steamboat guna sos keropok lekor.


Jenuh juga makan ketam pakai sudu dan garfu.


Ada dekat 100 jenis makanan yang boleh dimasak dalam steamboat ni. Ada juga yang boleh dipanggang. Kene kasi kat tukang panggang untuk proses pembakaran.

Round 2. Semuanya sedap. Kecuali pepahat. Sebab tak suka makan pepahat.

Setelah beberapa round, makan aiskrim plak. 

Beginilah keadaan 'kemusnahan' selepas makan 2 orang. Kalau 4-5 orang, takleh nak bayangkan :p

Inilah nama kedainya. Menjelang kol 8pm dah penuh sesak dengan pengunjung. Tu kitorang gi hari keje. Kalau hari minggu, tak dapek den nak membayangkan. Apa pun, inilah steamboatd TERBAEK yang penah Sherrina makan selama 30 tahun bernapas di atas muka bumi ini....yeahhh!

2 comments:

Omecool20 said...

dang ! :D .. terima kasih Sherrina ;-) review food Sherrina memang selalu menarik ;-)

sherrina said...

Sama-sama, Omecool :)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin