Sunday, August 31, 2003

Merdeka!!
Seminggu nie keje cam kuli. Smalam dah melepek kat opis. Mujur budak x ramai datang. Try tido tapi mata taknak lelap. Otak nie dok pikior hal keje aje. Lepas keje plan nak jalan2, last2 lepak umah manager layan tv ajelah sambil pekena tomyam. Kol 11 balik umah sambung layan TV. hehehe...dapat sms merdeka lagi. Pastu, apalagi...online sampai lepas subuh le. Mujur 2 hari cuti. Bleh le susunkan hal2 keje ngan blaja.

Tgk kat Tv kemain lagi meraikan kemerdekaan. Ntah brape ramai yg kunun merdeka tu dok buat keje tak pekdah. race haram (ada road blok kat Giant), minum, zina, dll..merdeka ke? Yg penting aku merdeka 2 hari utk tidur dan rehat sepuas-puasnya....

Thursday, August 28, 2003

PhD

Penyakit PhD makin menular. Perasaan hasad dengki. Baru lepas stage 1 iaitu meeting ngan auditor company aku dah dibebani ngan masalah nie. The owner wants 15K as a deposit to purchase the company. Arghhh.... and they said that the process should only take less than 3 weeks not 3 months as we suggested before. Gila!! I am not a rich person who doesn't care where my 150K goes later after I purchase the business. I have to go through the documents, paperworks, accounts, audit reports and etc..etc...etc....it will take at least 3 months before I can say yes or not to the owner. Hmm...something fishy. Is she trying to sell the business to us in such a hurry because she had discovered something bad that we don't know. I have to investigate on this matter.

Anyway, I've also started a small business selling prepaid cards via sms. Before I was an active member of smsbiz but since the systems are not that good lately...I changed to ReloadZone Dot Com whereby membership is FREE. Wanna know more about this? Ask me questions in my blog or email me at sherrina_s@hotmail.com and I will send u the manual that I created by mysef based on the info in the RZ web (www.reloadzone.com). If any of you wants to register, you can put my introducer code in your form. It is 0623. :D

Sunday, August 24, 2003

Taktik Perniagaan Masa Kini

Penah tak salesman dtg opis or umah korang bukan nakjual barang tapi nak wat research pastu kasik le kad cabutan bertuah? mende tu penah jadik kat opis sherrina dan kawan sherrina telah tergadai rm 4,500 sebab nak menang kete waja. Barang2 memang dapat tapi takde cop sirim, warranty kad ada tapi ntah valid ke tak dan jenama tak popular langsung. bila disiasat rupanya nie produk china, buatan murah dan kualiti tak diketahui bagus atau tak dan yg pasti harga jauh lebih murah dari yg kawan sherrina bayar.

2 hari lepas sherrina dapat surat kata sherrina menang jam tangan nilai rm 128 sempena kempen produk mereka yg hebat beberapa minggu lalu. sherrina pon pegi ke the mall, naik ke tingkat 4 dan menuju ke kedai barangan letrik nama house something, tak ingat nama penuh. sherrina tunjuk surat dan dipelawa duduk. amboi, layanan first class. lepas depa suh sain surat terima hadiah sherrina diberi jam tangan. cehh, buang masa dan duit minyak dan duit parking aku aje. jam cikai harga rm 10 kat chow kit. macam le sherrina baru first time dok KL. tapi takpe, saja sherrina buat excited.

pastu sambil2 tu dia tanya le pasal keje dll. Pastu satu staff bawak surat yg sherrina terima dan tunjuk yg ada cop VIP pada surat tu bila diorang semak no kod pada hujung surat. sherrina menerima ucapan bertalu2 (macam menang who wants to be millionnaire) dan kata sherrina layak utk cabutan bertuah. part nie sherrina dah seram. sure kene tipu.

dia explain le kalau sherrina dapat apa2 hadiah or diskaun bagus sherrina boleh tolak. lepas dah clear ngan syarat2nya....sherrina setuju. dia suh pilih dan sherrina terima hadiah yg kununnya jarang2 ada org dapat (cehh...taktik masam). sekali lagi salam2 tangan ucapan tahniah. katanya sherrina layak terima 2 hadiah iaitu massager ngan set memasak stainless steel bernilai rm 5 ribu lebih dengan harga rm 1800 shj. siap demo kat sherrina massager tu. amik aje, sedap gak kene massage. dah le badan letih lepas jogging ari sebelumnya.

kat sejam le demo itu demo ini pastu dia tanya nak amik ke tak. sherrina pura2 pikir dan hitung last2 kata taknak. dia siap pujuk teman pi maybank cucuk duit. sherrina kata ada 7 inggit aje. dalam wallet ada 20 inggit aje. dia kata bleh deposit rm 500 dulu dan bayar baki hujung bulan. sherrina pusing le kata takleh sebab semester baru dah buka, buku nak beli, yuran nak bayar. adik plak baru masuk kolej dan bla..bla..bla..

pastu mula le buat muka sedih kata sherrina tak kesian ke kat mak ayah. bagi le massager sure diorang gembira. sok kalau mak ayah asik sakit sapa nak tgk adik2 yg kecil. tak kesampaian nanti nak nengok sherrina kawin, timang cucu...bla...bla...bla.....(dlm hati ketawa dekah2)
sherrina pon buat2 pikir le dan then kata memang takleh. dah budget cantik2 dah duit gaji. lepas pujuk2 pastu buat demo lagi. naik muak dah. pastu sherrina tegas kata taknak, kasik le org lain mende tu. then ada staff pura2 le kata nak kasik client dia yg nak sgt diskaun tu. sherrina pon kata kasik le. dia kata rugi le, peluang emas le perak le tembaga le dll...no...no....no...last2 dia suh sherrina sign tanda cancel voucher tu dan sherrina pon kata thanks dan blah.

rasa nak pusing balik dan tgk apa reaksi diorang tapi x sampai hati le. saja pura2 telefon guna HP kunun sedih le. rasa nak humban aje jam tu dlm tong sampah. Rugi...rugi......tapi best gak sebab dapat blaja defence technics. dan rasa2 budak cina pompuan tu yg datang opis sherrina suatu ketika dulu......

Thursday, August 21, 2003

Back To School

arghh..bestnya cuti 3 minggu. Dapat relaks sepuas-puasnya (relaks dari study, keje tetap kene keje). Semester baru pun dah bukak. Tup..tup....dah masuk 6 semester, 2 tahun bersama Unitar. Cepat masa berlalu, rasa macam baru aje register. Sem nie amik 4 subjek (15 kredit), bolehlah byk2 kang tak terlarat. Mana study lagi, keje lagi. Harap2 takde masalah bleh habis tahun depan. Err..actually kene habiskan jugak tahun depan. Kalau extend alamat mati le bayar yuran sendiri. PTPTN 3 tahun aje........

Bulan sembilan nie padat ngan aktiviti. Selain kelas, kene attend course di Genting. Mujur kensel attend course Mara sebab masa tak sesuai. Lain kali pun buleh. Kene work hard, zon genting sudah hampir tiba. Kene sediakan bekalan dengan segera supaya tak kebuluran masa nak raya nanti......yearrghhhh...berkojolah kito....sekueknyo....berusho lah kito sekueknyo......

Hujung bulan nie sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia. Sudahkah anda mengibarkan Jalur Gemilang? aku pon blom. hehehe...tapi kibar kat opis le. Kat kete lom lagi.

Jalur Gemilang



Sunday, August 17, 2003

aduhai kawan2 seperjuanganku. what a day!! memang pengalaman pahit le hari nie. Tapi takpe, aku jadikannya pengajaran. Aku plak kesian kat manager aku sebab aku, dia yg kene dengan parent.

Begini ceritanya. Aku mengajar komputer kat Futurekids di KL. Sabtu lepas telah diadakan sesi ujian komputer dimana kali nie aku memang agak lain dari waktu ujian2 yg lepas. Time tu manager aku cuti, so aku jadik pemangku manager. Ntah kenapa tetiba haritu lepas satu-satu budak aku test, aku naik hangin. Sebab ada yg dah lama blaja tapi masih belum capai tahap yg memuaskan. Sampai satu ketika aku terpaksa pegang telinga sorang budak pompuan baru dia bleh wat keje (aku pegang aje, bukan piat) dan sorang budak lelaki (bapak dia nampak aku pegang tinger anak dia and aku kata aku terpaksa sbb dia tak dengar kata. Bapak dia kata takpe, kalau nak piat pon boleh).

So, hari nie aku edarkan keputusan exam. Aku tulis lebih panjang dan detail daripada biasa yg aku slalu buat. Dan kali nie aku lebih sincere dan jujur, malas dah nak cover2 budak2 nie. Tetiba petang tadi tgh aku relaks lepas kelas (sambil try2 wat database system) tetiba ada parent call nak jumpa. Rupanya parent yg aku piat tinger anak lelaki dia. Budak nie manja sket, anakbongsu dr dua beradik. Masa diorang sampai di opis, manager aku layan le. Kat sejam le aku dengo sok sek sok sek. Aku tunggu2 gak bila aku akan dipanggil. Tapi sampai abis aku tak dipanggil.

Pastu manager story kat aku yg mak pak budak tu tergezut baca report aku pasal anak dia dan decide nak tukar diorang gi FK di ampang. Hahaha..aku gelak. Aku dah agak. Mak pak yg jenis slalu pikior anak depa aje paling bagus dan sentiasa bagus walhal depan mereka aje pijak semut pon tak mati. Dalam kelas nakal. Sblm budak tu masuk ke tmpt aku, kelas aku cuma ada 1 org budak nakal. Masa budak tu baru masuk, aku dimaklumkan yg anak2 dia nie baik tahap dewa dan slalu le aku kene sound sebab aku tak dapek dan kawal budak2 lain supaya jgn bising (giler ke hapa, blaja komputer kene le wat discussion, lawak2 sket). Pastu selang 2,3 bulan tetiba budak yg paling nakal dalam kelas aku bertukar jadik baik sangat, pendiam, disiplin dan paling best ialah, dia jadik lebih pandai dari dulu. Fuhhh....aku terkesima dan kagum bila buat test ngan dia. Memang best le aku tulih laporan dia.

Tapi, budak yg dulunya baik nie tetiba amik alih takhta budak nakal. Aku naik pelik. Aku pikior sebab mak dia dah tak naik dok dlm opis cam dulu. Dan nakal tahap cipan rasa aku nak cepuk aje ngan seliper. Dah le tu, english makin broken (aku pelik camne mak dia bleh kata anak dia perfect english siap leh tulun budak2 darjah 1 and 2 buat homework english). Aku apa lagi, tulih kaw2 le dalam report. dan akhirnya depa datang komplen kata aku arrogant. aku cuba nak bagitau yg sebenar. silap le, aku patut beli video cam awal2, bleh aku show sebagai bukti. Danbaru aku sedar selama nie cekgu2 yg ngajor budak tu wat report 'manis-manis' supaya mak dia tak bising. tetiba kene aku wat report pedas, dia melenting takleh terima. siap hampir nak nangis tu. tapi aku pelik pesal dia taknak face to face ngan aku, biar aku stort lagik baguih. manager aku dah suh beberapa kali tapi dia taknak. aku dah standby anytime aje masa tu. Kalau aku tulih anak dia hidu gam ke, raba awek ke bleh aaa dia nak emosi. nie aku cuma komen anak dia dah merosot dlm pelajaran dan dia takleh nak terima hakikat. dan aku labelkan bapak dia dayus sebab dia nampak sendiri anak dia masa test tapi apsal dia tak story pada wife dia. Arrghhhh....aku tak tensen tapi kesian manager aku.aku dah masak ngan mende camnie. dulu masa skolah gomen teruk dr nie aku dah kene. aku dah lali.

siap sound gaji yg aku dapat tu dia yg bayar bila dia bayar yuran anak2 dia. hekeleh.....inilah dia golongan yg menjahanamkan industri pendidikan di negara kita. sogok cekgu dengan duit. kalau sebab duit le aku keje kat situ, dah lama aku blah. gaji aku bukannya byk sgt compare ngan experience ngan qualification aku. tapi aku stay sebab aku enjoy ajar budak2 situ. enjoyment and satisfaction are things that money can't buy. kepuasan melihat budak nakal menjadi baik, melihat budak bodoh menjadi cerdik. duit selautan dan emas segunung takkan dapat membayarnya. dan aku tak kesah bila diorang nak pull out their children. Insya' Allah selagi aku ikhlas bekerja dan selagi kita redha dgn kejadian...rezeki ada dimana-mana.

Nie yg wat aku berkobar2 nak cari ramai student lagik nie. aku buktikan aku bukan cekgu hingus yg depa boleh tendang sana sini. kalau berani, depan2 le dengar komen aku. dgn manager aku bleh aaa..dia lembut. kene ngan aku, silap2 nangis korang. biar nangis sekarang sebab aku tegur, jgn nangis kemudian bila muka anak terpampang depan suratkabo jadik penjenayah. nasi dah jadik basi. Kalau kerana gaji, aku dah blah ke skolah swasta lain yg offer aku lagik lumayan tapi aku dah jatuh cinta ngan tempat sekarang dan aku lagi suka didik anak bangsa sendiri jadik pandai. bior le diorang tak fluent english pon, aku terima gak jadik student. pelan2 diasuh, lama2 pandai. satu contoh keluarga yg masih dijajah. mencebik bila mengetahui aku mengajar dalam dwibahasa. katanya anak2nya di umah english only. aku heran dia berani kata gitu dengan keadaan nak merdeka ujung bulan nie dan bendera Malaysia terpampang megah di belakang manager aku.

itulah kisah luahan aku hari nie. aku takkan mengalah kerana sebutir hampas kerana selautan batu menunggu aku untuk menggilapnya menjadi berlian yg bersinar.........

Thursday, August 14, 2003

Sejak akhir2 nie keje makin banyak. Slalu balik malam. Next week we will organize some games in our centre in Futurekids Wangsa Maju in conjunction with out 7th years of anniversary celebration. Thanks to Streamyx, now I can download lots of freeware that can be use in our centre and schools. It's already 3 am and I am still awake trying to finish the scoreboard for Bookworm Game. There will be 3 categories altogether with 3 prizes for each categories and grand prize for the Master of Bookworm 2003.

Besides that, I am also in the middle of planning to attend a 6 days course which is organized by MARA and Kementerian Pembangunan Usahawan. It cost me RM 260 and we will be trained on how to handle business, accounts and everything related to managing a business. Then later we can apply loans from them. I am still in the middle of thinking whether I should apply for loan or just get my parent to fund me. The business which my friend and I are planning to buy over will cost us RM150K and we need at least another RM30-40K tu maintain and continue the business. Never thought that I will end up here, in business line. We'll see how far this thing can go.....we are still in the mid of discussing with the auditor and studying the account reports (still have to do it even though we have been working here for more than 2 years)

Right after the 6 days course, we will have one day break before heading to Genting Highland for 2 days course organized by the Futurekids franchisor, Pelican Group. Urrghh.....what a tight schedule throughtout the month of September......

Sunday, August 10, 2003

Ahad yg damai

best dan tenang. that's the exact pharases to describe my sunday. All alone at home, me and my laptop only. Others, went out to visit malls and friends. When I think again, goshh....this is the only sunday throught January 2003-August 2003 where I get the chance to be left alone at home. I've been seating in front of this laptop since morning. Surfing through the website, downloading stuff using Kazaa. Today my mood of music change from rock to instrumental. I choose Richard Clayderman's songs to accompany me throughout the day Richard Clayderman. It is so good to be able to listen to some nice songs. My fav is 'Smoke Gets In Your Eyes'. Ohh, I wish I know how to play piano......

Last night was happening. I left the office at 8pm, fetched my sister and sent her to the optometrist to collect her new spectacle (she completes our family with eye sight problem..duhh). Then sent wana home before headed towards Chop n Steak to celebrate Doc Leed's birthday Doc Leed. It was nice to meet the others after a long hard week of works. We chat and eat and exchange ideas till midnight. I never knew sizzling steak is so nice but then it affects my diet program (hahaha...). Once a while won't harm :p

Saturday, August 09, 2003

Workaholic

zaman mencabar melahirkan ramai manusia yg workaholic termasuk aku. keje sampai ke malam. apa pekdahnya? entah, kepuasan diri agaknya. kejar dateline. pastikan monthly profit tak lari. apa2 pun seminggu kerja bermati2an, aku dah jadik exhausted. Sepanjang tahun nie aku lom pegi vacation. Family aku dah 2 kali pi pantai. Aku takat ke sungai congkak aje aritu. BIla le aku nak pi holiday nie, I need a break.....

Pulau Sipadan

Pulau Sipadan




kebanyakkan kes suami/isteri cemburu nie sebab pasangan pernah melakukannya dulu. Adakah sejarah berulang kembali? Entah, yg pasti aku letih nak melayan mende2 camnie. I'm only 23 tapi life aku macam 33. Apa2 pun perlu berani kerana benar. Life is beautiful... :)

Friday, August 08, 2003

dan aku tergelak lagi...
bila aku on aje YM tetiba nampak sampul surat. Bila check rupanya aku dapat email yg ditaip sebegini:
Saya jumpa yahoo id awak dalam Yahoo messenger suami saya. Selalu ker buat kerja macam ni? Chit Chat dengan suami orang?


wakakakaka.....adehh...sakit perut. Harap hazman, tyco, muhsin (bakal) dll tak kene libas ngan wife korang yek bila nama aku ada dalam list YM korang. tapi takpe, nie bukan kes pertama. Kes dulu lagi best dan kelako. Elok org tu fire aku last2 nangis mintak mahap dan mintak tolong aku plak nasihatkan suami dia. alamak....kalau camnie bleh aku bikin kursus 'Cara Mengawasi Pasangan Anda Di Dunia Siber'. Boleh bikin duit. punya banyak keje berpekdah aku bleh buat dari wat mende camnie. dan kalau le org yg anto email nie tak percaya (kenapa, tak percaya?) bleh aaa datang face to face ngan aku and judge my appearance yg menyebabkan dia bleh email aku camtu. lagipun aku dah letih aaa kaunselingkan org dalam telepon. BUat apa mengkayakan telekrap. Jumpa depan2 lagi best sambil pekena nasi paprik ngan teh tarik....:p

p/s: sblm korang nak YM ngan aku, please declare your status as sincerely as possible. Jika perlu attach copy of ic supaya aku bleh check kat pejabat kadi before aku chat ngan korang lol.....

Sunday, August 03, 2003

saja nak test boleh insert hyperlink atau tidak. Lawati blog tok rimau sebab ada e-blog yg boleh didownload dan boleh dibaca tanpa perlu online Tok Rimau

p/s: erkss...apsal link blog tok rimau tak keluar hah? camne korang buat boleh keluar???
At last...
perghhh.....apabila kesabaran dah mencapai tahap maksima, baru dapat menikmati kebebasan melayari dunia siber tanpa perlu risau mengenai bil. Puas aku menelek dan mengodek modem nie tetiba dapat plak. Yahooo......cumanya, aku perlu pegang modem tu setiap kali nak dialing. Tak tau le apsal. Agaknya modem cuma nak bekerja bila mendapat kasih sayang dari tuannya agaknya. :p

Exam dah selesai. Gembira juga sebab dapat menjawab soalan dengan lebih baik compare to exam2 sebelumnya walaupun study tu kira cincai aje. Kelebihannya ialah kali nie aku buat semua assignment sorang2. So, aku terpaksa le study dan pahamkan. Lega. Cuma lepas exam bukan bermakna rehat sepenuhnya sebab aku terpaksa amik alih tugas manager aku yg bercuti selama 10 hari. Jumaat lepas rasa cam nak mati. Terkejar ke sana kemari. Sabtu pula ada PC Fair. Sebelum ke PC Fair, singgah di optometrist kejap tempah cermin mata. Saja nak buat spare utk contact lens. Saja pilih yg half rim sebab kalau rimless, takut pecah. Aku nie agak careless. Masa buat eye test doktor kata power mata dah bertambah bagus. Tak perlu pakai contact lens lagi tapi still perlu cermin mata utk fokus. Yahoo....bolehlah aku lupakan niat nak tempah snorkling mask yg ada power. Cumanya doktor kata mata kiri aku masih tak dapek dibaiki. Dah terlalu teruk. yalah, mata kiri 400 kanan 75. Gila jauh beza. Inilah akibat suka baca buku sambil baring. Kalau le ada fesyen mata sebelah kira stylo, agaknya aku buang aje mata kiri tu dan biarkan soketnya kosong. Tapi karang org lari plak bila nengok. Naya aje.....:D

Kat PC Fair. Pehh..ramai umat takleh cakap. Terserempak ngan Ayie, member lama di UTM wat part time streamyx. Pastu aku ngan member round le carik printer paling murah. Apalagi, Canon 200spx le. paling murah pon rm 160. Pastu pi trade in old toner. Ingatkan dapat le koman2 RM50. Sekali yg dapat cuma RM5. Cehh..buang karan. dah beli mahal gila. Last, beli aje compatible toner. itupon RM160. kalau ori dua ratus lebih. Kemudian, beli plak webcam. Paling murah pon 95. sekali ada kedai nak kasik 85 tapi OEM. kotak ampeh takde cd. Jadiklah, kang aku exchange le ngan kotak kat opis utk souvenier student. Yg tak bestnya masa beli printer baru perasan kedai tu jual webcam yg sama tapi full set dgn harga 90. Arghhhh......

Sebelum memberambuskan diri dari situ, singgah di kedai compatible catridges. Imprint le mana lagi. Yg itu aje murah, yg lain mahal. Lagipun memang setiap kali PC Fair kitorang akan memborong kat Imprint. staff diorang pon dah kenal muka kitorang. Tu yg leh dapat special price. Lebur rm 200 kat catridges saja. dapat le 20 set of black and colour. Pehh..sampai tahun depan pon tahan nie. At least sampai PC Fair November le....

Tak perasan dah kol 8.30. Perut dah lapo. Mana nak gi nie? Last2 pi Medan Selera Taman Melawati. Aisehh...ada karaoke le malam nie kat stage tgh. Org kata dulu Siti Sarah slalu nyanyi kat situ masa sblm jadik artis. Entah ye ke tidak. Makan dan sembang sampai tak ingat dunia, tup..tup...dah kol 11. Gerak dulu le, badan dah letih. Sampai umah online sampai kol 2 baru tido. Dah lama tak buat aktiviti camnie. Asik sibuk memanjang. Hari nie plak sempat pulak cuci kete. Dah macam kete rally. comot sana sini. Saja try polish tapi tak cantik aaa....skill tak kene. Esok, apa plan ek? Hmm...tgk wayang ngan ronda di Petaling Street. Harap2 mamat cina yg jual jam Tag Heuer kat aku aritu ada sok. Bleh mintak kurang.....:)

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin