Sunday, August 24, 2003

Taktik Perniagaan Masa Kini

Penah tak salesman dtg opis or umah korang bukan nakjual barang tapi nak wat research pastu kasik le kad cabutan bertuah? mende tu penah jadik kat opis sherrina dan kawan sherrina telah tergadai rm 4,500 sebab nak menang kete waja. Barang2 memang dapat tapi takde cop sirim, warranty kad ada tapi ntah valid ke tak dan jenama tak popular langsung. bila disiasat rupanya nie produk china, buatan murah dan kualiti tak diketahui bagus atau tak dan yg pasti harga jauh lebih murah dari yg kawan sherrina bayar.

2 hari lepas sherrina dapat surat kata sherrina menang jam tangan nilai rm 128 sempena kempen produk mereka yg hebat beberapa minggu lalu. sherrina pon pegi ke the mall, naik ke tingkat 4 dan menuju ke kedai barangan letrik nama house something, tak ingat nama penuh. sherrina tunjuk surat dan dipelawa duduk. amboi, layanan first class. lepas depa suh sain surat terima hadiah sherrina diberi jam tangan. cehh, buang masa dan duit minyak dan duit parking aku aje. jam cikai harga rm 10 kat chow kit. macam le sherrina baru first time dok KL. tapi takpe, saja sherrina buat excited.

pastu sambil2 tu dia tanya le pasal keje dll. Pastu satu staff bawak surat yg sherrina terima dan tunjuk yg ada cop VIP pada surat tu bila diorang semak no kod pada hujung surat. sherrina menerima ucapan bertalu2 (macam menang who wants to be millionnaire) dan kata sherrina layak utk cabutan bertuah. part nie sherrina dah seram. sure kene tipu.

dia explain le kalau sherrina dapat apa2 hadiah or diskaun bagus sherrina boleh tolak. lepas dah clear ngan syarat2nya....sherrina setuju. dia suh pilih dan sherrina terima hadiah yg kununnya jarang2 ada org dapat (cehh...taktik masam). sekali lagi salam2 tangan ucapan tahniah. katanya sherrina layak terima 2 hadiah iaitu massager ngan set memasak stainless steel bernilai rm 5 ribu lebih dengan harga rm 1800 shj. siap demo kat sherrina massager tu. amik aje, sedap gak kene massage. dah le badan letih lepas jogging ari sebelumnya.

kat sejam le demo itu demo ini pastu dia tanya nak amik ke tak. sherrina pura2 pikir dan hitung last2 kata taknak. dia siap pujuk teman pi maybank cucuk duit. sherrina kata ada 7 inggit aje. dalam wallet ada 20 inggit aje. dia kata bleh deposit rm 500 dulu dan bayar baki hujung bulan. sherrina pusing le kata takleh sebab semester baru dah buka, buku nak beli, yuran nak bayar. adik plak baru masuk kolej dan bla..bla..bla..

pastu mula le buat muka sedih kata sherrina tak kesian ke kat mak ayah. bagi le massager sure diorang gembira. sok kalau mak ayah asik sakit sapa nak tgk adik2 yg kecil. tak kesampaian nanti nak nengok sherrina kawin, timang cucu...bla...bla...bla.....(dlm hati ketawa dekah2)
sherrina pon buat2 pikir le dan then kata memang takleh. dah budget cantik2 dah duit gaji. lepas pujuk2 pastu buat demo lagi. naik muak dah. pastu sherrina tegas kata taknak, kasik le org lain mende tu. then ada staff pura2 le kata nak kasik client dia yg nak sgt diskaun tu. sherrina pon kata kasik le. dia kata rugi le, peluang emas le perak le tembaga le dll...no...no....no...last2 dia suh sherrina sign tanda cancel voucher tu dan sherrina pon kata thanks dan blah.

rasa nak pusing balik dan tgk apa reaksi diorang tapi x sampai hati le. saja pura2 telefon guna HP kunun sedih le. rasa nak humban aje jam tu dlm tong sampah. Rugi...rugi......tapi best gak sebab dapat blaja defence technics. dan rasa2 budak cina pompuan tu yg datang opis sherrina suatu ketika dulu......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin