Day 2. Weather: Bright and sunny. Just as what we hoped. Lepas sarapan bersiap sedia untuk snorkeling trip di marine park. kali nie my mom and my sis join sama. Jenuh gak nak tolak my mom panjat tangga bot coz kita kene berenang ke bot yg hanya bleh berlabuh kat pantai yg airnya separas dada. This time, it took likely bout 20-30 minutes boat ride. Ada sorang mamat siap bawak kamera Nikon dSLR lagi. aku nye digicam tinggal kat umah. sebab ingatkan marine park tu tak berpantai mcm snorkeling trip yg pertama. rupanya sangkaan aku meleset. dan menyesal tak terhingga sebab tak bawak kamera.
sampai di marine park, kami diturunkan di jeti. nak masuk marine park nie kene bayo rm 5 seorang untuk yuran pemeliharaan alam sekitar. dalam erti kata lain utk bayar gaji renjer yg menjaga kawasan ini. ramai orang. lepas taklimat yg diberi dalam bahasa cina sebelum ianya ditukar ke bahasa inggeris selepas mak aku membuka mulut(aku dah kata dah), kitorang tak tunggu lama. kitorang juga diberi roti sorang sebungkus. bukan untuk dimakan tapi utk diberi pada ikan. ikan disini memang banyak dan cantik2. cuma as i have mentioned before, coral nye tak leh lawan ngan pulau perhentian le. snorkeling dan bagi ikan makan. ikan2 kat sini bersaiz besar juga dan agak friendly. kelahap pon ye jugak sampai luka tangan adik aku kene gigit.
lepas snorkeling selama sejam setengah, naik bot dan balik ke resort. mandi dan makan tengahari lalu tido keletihan. penat woo...walaupun petangnya ada satu lagi snorkeling trip, kitorang tak pegi. Letih sangat. besides, aku dan adik ada project rahsia nak buat. masa aku jalan2 ke kedai cenderamata untuk membeli t-shirt, tetiba ternampak underwater camera jenama Kodak. Bila ditanya harganya (aku budget sure ratus2), rupanya hanya RM50. Beli le, apa lagi. First time nak cuba amik underwater pictures. Sayang sekali digicam aku takde cover utk underwater.
Kol 3.30 petang kitorang berdua bawak snorkeling gear dan menuju ke pantai didepan resort. Ada orang bagitau ia dikenali sebagai Shark Bay sebab ada anak2 ikan jerung bermain disitu. Dulu masa di Perhentian island penah terserempak sekali dengan seekor, kecut gak. Berbekalkan baki roti, kitorang berenang. Mula2 masuk aje, dah terjumpa seekor anak ikan jerung. Kecut gak tapi wat selamba aje. Tak lama jumpa 6 ekor plak. Seronok le berenang sambil amik gambar menggunakan kamera tu. Cuma slack takde optical zoom. Kalau tak, bleh zoom ke dasar. Berenang pakai jaket nie yg leceh sebab takleh nak dive ke bawah. Anyway, puas gak amik gambar sebanyak 27 keping. Dah cuci dan quit good. Tidak sehebat jika guna camera yg mahal tapi berpuas hati. Nanti sherrina scan dan publish.
Malamnya lepas maghrib, dinner kali yang terakhir. Steambot. Sup rempah dan sup biasa. Personally I don't like it. Tak macam steambot di KL. makan sket aje.
Main Saidina lagi sebelum tido. Kali ni adik dah tak dibayangi bad luck lagi. Mungkin jampi choi yang adik lelaki aku ajar tu menjadi. Aku plak yg kalah teruk....
No comments:
Post a Comment