Saturday, April 02, 2005

Vacation in Pulau Redang

The last time I had a proper vacation most likely was 2 years ago. Pulau Kapas. Last year during Matta fair when my mom announced that our next island trip will be Pulau Redang, we were so excited. Our family has been going to several islands before but this will be our first trip to Pulau Redang. We seldom have vacations at mountains or hill. We prefer seaside, beaches and island.

So after several adjustment and hassles here and there, we departed from KL on 28th of March at 8am. The actual plan was supposed to be after Subuh prayer tapi biasaklah....musti tak jadi. Sempat lagi gi tengok wayang the day before departed.

First time melalui highway baru di Pahang. But for my family, that was their second trip. Aku tak ikut masa dorang holiday kat Cherating right after my sister's SPM exam last year. Susah nak cuti. Tu yg kali ni pulun sakan, cuti 1 minggu. Highway baru tu sunyi sepi. Tak banyak kenderaan yang melaluinya. It was spooky when driving at night too. Singgah kat R&R near Temerloh rasanya. Ingat nak sarapan. Gerai pon satu dua je yg bukak, tu pon dah takde makanan sgt. Bilangan kenderaan yg berenti utk rehat, tak sampai sebelah tangan (less than 5). So sambung ajelah, ended up berenti lunch terus kat Chukai, Terengganu. Seronok bila berjalan di Terengganu. Pemandangannya cantik2, cuaca pon molek. Tak terlalu panas, hujan sekejap. Meninjau2 kawasan Kertih dan Kemaman..kawasan Petronas. Suka tgk susunan rumah disana. Ala2 putrajaya gitu. Sekolahnya pun nampak elit Air-cond lagi. Seronok le budak2 yg study kat situ.



Kat Chukai singgah makan nasi ayam. Harga dah standard KL. orang kata memang kos hidup di situ tinggi. Sempat sembang dengan sorang kakak yg kerja di jabatan kerajaan disitu. Katanya sewa umah di situ pon hampir menyamai bandar2 besar. Teruskan perjalanan, singgah di Kuala Terengganu. Beli barang serba sikit, bandar KT nie pon sesak. Maklum le kitorang sampai org dah balik keje. Then terus menuju ke Merang dimana pengkalan ke Pulau Redang berada. Tido satu malam di Chalet Stingray. Malamnya dinner kat satu gerai makan di kawasan tu juga. Malas nak gi jauh2. Sunyi je kawasan perkampungan di Merang nie. Jarang kedengaran deruan kenderaan. Disini takde motor merempit, yang ada lori merempit. Singgah di satu gerai berlampu biru tanpa signboard. Makanannya sedap2.... silap2 kalah restoran2 tomyam di KL. tapi sayangnya nama kedai takde, cuma aku ingat lampunya biru.

Paginya, kol 9 kitorang dah terpacak di pengkalan bot. Ramai yang dah menunggu nak ke pulau. Bas pelancong aje ada 2 biji, belom lagi kereta2. Sempat sarapan di warung berdekatan. Takde apa sangat pun makanannya, saki baki nasi lemak. pastu minum aje air suam. nak kejar seat baik dlm bot. sementara menunggu barang2 makanan kepunyaan resort dipunggah ke dalam bot, sempat bersembang dengan pekerja2 yg mengangkat barang. kelihatan berkotak2 minuman keras. Kata mereka, dulu tak dibenarkan dijual di pulau2 di Terengganu. nak minum bawa sendiri. Sekarang dah dibolehkan. Maklumlah.....


Dalam bot tu kat 20 orang yg naik. Bukan speed boat tapi mcm mini feri. Semuanya pelancong berbangsa cina. Kami saja melayu bersama pekerja2 resort. Perjalanannya hampir 2 jam. Slalu naik bot tak mabuk, tapi kali ni rasa mabuk. Mungkin sebab duduk dalam kabin kot. Sampai aje di jeti pulau di Laguna Resort, beg2 dibawa keatas sebuah traktor dan kami berjalan beramai-ramai menuju ke Redang Beach Resort yang terletak disebalik pulau. Cuaca panas terik. Check in dan sementara menunggu bilik dikemas, kami dihiburkan dengan aksi akrobatik seekor tupai.



Lepas check in dan simpan beg dalam bilik, our first lunch on the island. Then only we realized we were the only malays around there. The rest were chinese. So, pilihan lauk2 makanan tengahari pon chinese style le. Nasi putih, tauhu, ikan kembung masak kicap dan gulai ayam mcm bukak tin punye. Lapar punya pasal, bedal le. Pas lunch rehat2 sampai kol 3. Our first snorkeling trip. Menyampah pulak. Mentang2 kitorang minoritu, instructor tu bagi instruction dalam bahasa cina pula.. Mujur kitorang dah lama berkecimpung dalam bidang snorkeling nie. Kalau tak, mampus ternganga-nganga. Adik aku bisik kat aku, nasib baik ibu tak ikut snorkeling petang nie. Kalau tak, mau ditempelaknya instructor tu. Dorang pun bukannya dr Taiwan ka Hong Kong ka. Local chinese maa...at least cakap le in English.

Nak naik bot kene redah air sampai paras dada. Bot takleh nak berlabuh sampai ke tepi pantai. Slalunya snorkeling tak pakai jaket tapi kali ni kitorang pakai. Sebabnya spot kali nie tidak berpantai. Kami perlu terjun dari bot terus ke dalam air. Lagipun ianya tak cetek, boleh cecah kaki. Memang kene pakai jacket, kalau tak penat nak berenang. Terapung dengan jacket lebih senang.




Snorkeling trip pertama nie tak le best sangat. Lebih kepada intro untuk mereka2 yg tak penah snorkeling. Coralnya biasa2 aje, ikan pon yg biasa2. Cuaca panas terik, mujur pakai sun block. Nak menunggu turun dari tangga punya le lama. Terhegeh-hegeh plak dorang nie. Aku dan adik aku panjat aje tepi bot dan....keceburrrr....apa nak kecoh, pakai jaket la. Takkan tenggalam nye. Bagus jugak snorkeling set yg aku baru beli kat kedai peralatan renang di Alpha Angle. Mask nye lebih kedap dan talinya lebih lembut. Diskaun 30%, ok le. asik pakai yg cikai aje, beli yg elok terus puas hati. Jenama Tabata. Kalau tak bawa sendiri, kene sewa pula. Masa snorkeling memang aku tak pakai tudung, pakai swimming cap. so selamat sket kulit kepala drpd pasir2 pantai. Lagipon mudah nak pakai mask.tak melekat kat rambut.



Disebabkan banyak sangat melantak nasi masa lunch, muntah le sket masa snorkeling. Lagipon belah petang ombak agak bergelora berbanding belah pagi. Yupp, kitorang dengar news pasal gempa bumi tu tapi aku dan ayah senyapkan drpd my mom coz kalau dia tau, silap2 dia tamau ke pulau. But alhamdulillah, di pulau takde effect apa2 pon. Gelombang pon cam biasa. Nothing unusual. Balik pada snorkeling, mandi dan minum petang. Petangnya ada yang bersantai di pantai, ada yang sambung snorkeling, bermain bola tampar pantai dan lain-lain lagi. Aku hanya berehat di kerusi malas ditepi pantai sambil membaca buku John Grisham dan mengunyah makanan ringan sampai le matahari terbenam.



Malamnya ada BBQ. Yummy!!! Rasa pelik plak bila kita aje melayu kat food court tu. Pekerja2 di resort nie pula kebanyakkannya org Myanmar dan boleh dibilang dengan jari berapa ramai pekerja perempuan. Mostly lelaki. Drpd pemerhatian aku, lelaki2 melayu yg keje kat sini pon dah tak cam melayu. Mujur kulit dan percakapan masih mcm org melayu, tp gaya dan style dan kebaratan. Pengaruh dr pelancong agaknya.

Lepas dinner, takde aktiviti yg menarik. Siapa yang mahu berdansa, silakan ke pantai. Disko pantai sedang rancak. Takpun sewa bilik karaoke, rm 30 satu jam. Internet pon ada, RM10 sejam. TV takde dalam bilik, kene tengok di ruangan receptionist. Tapi channel yg ada citer drama cina channel Astro. Kebosanan yg melampau, mujur ada disediakan permainan Saidina. Main le sampai mengantuk. Ramai juga yang bermain mahjong dan ada juga yang main snooker. Dihiburkan dengan lagu2 rancak dari pantai, ok lah. not so bad.



Cepatnya masa berlalu, dah habis satu malam di Pulau Redang......

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin