Tuesday, August 23, 2005


Sepetang di kampus induk Unisel, Batang Berjuntai

2 orang adik sherrina mengaji di Unisel. si abang dah tamatkan diploma dan kini di tahun pertama pengajian ijazah. si adik pula baru masuk foundation program disana. Tahun ini, Unisel mula memindahkan kesemua pelajar mereka ke kampus induk di Batang Berjuntai setelah 3 kali tertunda. Walaupun banyak komplen dan rungutan kerana kelengkapan dan infrastruktur yang belum mencukupi, aku mendapati apa yang ada sekarang sudah cukup selesa untuk mereka memulakan pengajian. Faham2 ajelah tempat baru, lepas 3,4 tahun...gahlah ia.
Kolej kediamannya berbentuk apartment. Ya, kene sewa. Bukan duduk free ye. Sebulan RM 200 kalau tak silap. Tapi cukup selesa. At least tak le masa zaman sherrina di UTMKL dulu, menyewa di Pangsa Murni (apartment yg byk kenangan), 10 org bersesak2.....dorang nie cuma 5-6 org shj. juga 3 bilik tido dan 2 bilik air. Yg best tu, siap fully furnish. Katil, almari, meja makan, sofa, meja study. Sherrina kata kat adik2 sherrina, "Kalau kelian tak blajo pandai2, tak tahu le apa aku nak kata".


Selain tu, facilities lain seperti dewan makan (mahal gak le makanan disini), futsal court (wow...bestnya. Ada court utk girls and boys), tennis court, dan mcm2 lagi. Kawasannya juga sangat jauh dari hiruk pikuk bandar. Sangat sunyi, aman dan tenteram. Agak kelakar juga masa kitorang ke sana ahad lepas dengan makcik dan sepupu. Setelah berkilo-kilometer menempuhi kampung2 dan ladang2 kelapa sawit, tetiba kelibat bangunan2 yg pelik2 design arkitekturnya dan makcik sherrina pun tanye, "eh...kilang apa pulak yg lawa semacam nie?" dengan nada lucu adik sherrina jawab, "itu le kampus UNISEL"....jenuh kitorang bantai gelakkan dia.

Ibu sherrina siap pesan pada adik2 sherrina. Jangan sesekali mandi atau main dekat ngan tasik di Unisel tu. Ada satu tasik, yakni bekas lombong tinggal yang bakal menjadi tempat utk rekreasi air yg menarik jika diubahsuai dan diperindahkan lagi. sherrina baru kali ini dapat melihat tasik itu dan kami gelak terbahak2 kerana melihat keadaan airnya, usahkan adik sherrina....ntah2 itik pun fikir 2-3 kali nak masuk atau tidak!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin