Penantian 20 tahun berakhir.
Mesti korang ada baca paper pasal kes rumah setinggan dirobohkan di Ulu Klang. Di tv pun ada disiarkan berita sampai penduduk2 setinggan ni pecah2kan kete tanda protes. Bagi aku dan penduduk halal disini, ia satu berita yang kami tunggu selama 20 tahun. Ni gambar2 yang diambil diambang penutup 2005. Rumah2 ini terletak betul2 dihadapan umah aku.
Mesti korang ada baca paper pasal kes rumah setinggan dirobohkan di Ulu Klang. Di tv pun ada disiarkan berita sampai penduduk2 setinggan ni pecah2kan kete tanda protes. Bagi aku dan penduduk halal disini, ia satu berita yang kami tunggu selama 20 tahun. Ni gambar2 yang diambil diambang penutup 2005. Rumah2 ini terletak betul2 dihadapan umah aku.
20 tahun dulu semasa taman perumahan ini dibuka, family aku dan beberapa family lain merupakan antara yang terawal berpindah ke sini. Rumah2 setinggan ini pun mula dipacak dalam tahun itu juga. Pemaju perumahan menjanjikan pembersihan rumah2 ini sebaik sahaja kami berpindah disini...dan selepas 20 tahun, janji itu baru ditunaikan.
Seksa hidup disini? Takleh nak kata. Takde tempat bermain yang selamat (main atas jalanraya le), sungai yang tersumbat dan kotor (memanjang banjir, sampai dah naik muak. Kerugian harta benda, tak terkira. Rasa nak claim aje dari depa ni), bising, kes kecurian air dan macam2 lagi. Family depan umah aku tak bertegur dengan kami selama 10 tahun kerana kami x benarkan mereka mengambil air dari paip umah kami.
20 tahun dahulu, mereka tinggal disini dengan keadaan miskin. Masa berubah dan berlalu, rezeki menjadi subur dan murah. Mampu berkereta dan membeli rumah2 dan apartment2 dikawasan ini...tapi tapak ini tidak mereka tinggalkan. Mentaliti setinggan Malaysia, menunggu janji rumah percuma. Apabila rumah flat percuma diberikan di Cheras, mereka lebih bijak. Dengan pendapatan mereka yang sangat bagus (kebanyakkannya peniaga), mereka menyewa umah dikawasan Ulu Klang dan rumah percuma disewakan kepada orang. Bijaknya mereka, bodohnya pemerintah negeri.
Aku pernah propose kat mak aku, kita dok umah setinggan le. Boleh dapat umah free, dok situ pun free. Takyah susah2 bayar hutang kat bank 25 tahun utk membeli umah yang tiap2 tahun dilanda banjir. Boleh tukar2 kete selalu, boleh pakai Astro.
Selepas 20 tahun....kami dapat bernafas lega.
No comments:
Post a Comment