LEGO MINDSTORMS 2.0
Tahun ni aku ditugaskan untuk mengajar sesuatu yang baru. Aku diamanahkah untuk handle robotic club yang baru ditubuhkan di sebuah sekolah swasta yang menjadi client company aku. The last time aku main Lego ni masa kecik2 dulu, mana ad canggih macam skarang. Tapi bila aku dapat tau aku akan mengajar robotic club menggunakan Lego Mindstorms, aku plak yg lebih excited mengalah student2.
Set Lego Mindstorms pertama sampai di sekolah 2 hari lepas. Tak buka pun lagi. Baru sampai dari Denmark. Satu kotak reganya dalam RM1700 gitu. Mahal plak berbanding masa aku tgk time Smart Kids Fair tahun lepas. Masa tu dalam RM999 gitu. Anyway, dengan Mindstorms nih kita bleh bina robot, ada sensor, pakai infra red dan kita set movement robot tu dengan menggunakan komputer.
Masa Rabu lepas aku membawa set Mindstorm ni buat pertama kali ke perjumpaan kelab bagi sekolah rendah.
Ceh, rasa macam selebriti pulak. Menjadi tumpuan student2 yang tengan berpusu-pusu menuju ke kelas masing-masing. Macam2 yg aku dengar disepanjang perjalanan....
Eh, robotic teacher is here lah.
Is that the Mindstorm set?
wahhh.....so big How much is it hah?
I think I want to get one
Teacher said it's 1K!
1K leh!! Phew.....
I will get it for my birthday
and etc..etc..etc....all eyes on the box that I carried with me. Some even volunteered to carry to for me....
Ini rupanya bila kotak Lego Mindstorm 2.o dibuka.....ingatkan banyak part2 besar2 rupanya byk tiny parts looks like screw utk build robots.
ni kalau satu part hilang, jenuh le nak order. Official Lego supplier kat Malaysia ni ada 1 aje.
RCX 2.0...aku rasa ni kira macam controller le....
masih dalam plastik lagi.
Mujur ada cuti 1 minggu sempena CNY, Awal Muharram dan Hari Wilayah. Boleh gak godek2 manual dan cuba2 belajar sendiri sebelum dihantar training lepas holiday nanti. Bestnya, tak sabar2 nak bina robot yang pertama...yahoo!!
Untuk maklumat lanjut mengenai Lego Mindstorm, lawati website Lego Mindstorm.
Too bad Lego Mindstorm NXT hanya akan keluar Ogos 2006. Yang versi baru ni akan support bluetooth dan USB 2.0 disamping sensor2 yang lebih tajam seperti boleh kesan bunyi, warna dll.....kewl!!
No comments:
Post a Comment