Monday, August 14, 2006

Futsal Mania

Pehh...sekali pekena penangan futsal, sampai ngigau. As I mentioned in previous post, I attended my first futsal training. 4 hari selepas training aku masih berjalan terhincut-hincut (hips aku sakit, urat tegang sebab dah lama sangat tak buat fitness activities). Tapi semalam aku tetap turun seperti biasa. Alhamdulillah, hari ni yakni sehari selepas 2nd futsal training aku dah leh drive mcm normal (sket2 sakit ada lah...mcm muscle ache gitu) and the best part, my sleeping habit is better than before. Aku dapat tidur lebih nyenyak (optimum sleep) dan rasa segar pada waktu pagi.

Jumaat lepas aku sempat round-round di Great Eastern Mall (GEM). Dah lama tak makan di Restoran Cozy. Aku salute gak restoran ni sebab walaupun terletak di kawasan mall yang confirm sewanya mahal, harga makanan dia masih berpatutan. Macam makan di restoran di kawasan rumah kedai. Mungkin sebab tu kedainya sentiasa penuh dengan pelanggan dan makanannya enak-enak belaka.

Lepas makan, round-round nampak kedai barangan sukan, Royal Sporting House. Saja usha-usha glove utk goalkeeper sebab masa first training coach kata suh aku jadi keeper. Previous days aku try cari di 1 Utama dan Alpha Angle tapi reganya...gulpp. Kalau aku main secara pro, berbaloi le beli. Then masa gi kedai di GEM tu saja tanyakan glove. Wah, kat sini lagi best. Kedai nampak sempoi aje tapi glove banyak pilihan. Ada yang mahal, ada yang berpatutan. Lepas pilih2, test2 (baru perasan saiz glove ikut saiz kaki yek) aku pilih glove Puma yg reganya RM35 (selepas diskaun).


Semalam lepas warm-up dan buat latihan macam biasa, coach pun sampai. Kesian coach, baru lepas habis competition terus lari nak ajar kitorang plak. Terima kasih, coach. Anyway, coach ajar aku banyak ilmu yang selama ni aku tatau. Ingatkan jadi keeper ni relax sket rupanya lebih letih. Aku diajar camne nak jaga goal, posisi, cara tangkap, cara tangkap bola leret (yang ni letih sket sebab kene berlutut) dan macam-macam lagi. Sedap sikit pakai glove, tak le perit tangan. Tapi pinggang le sakit sket sebab buat latihan berlutut tu. Kene banyak buat fitness exercise le lepas ni sebab tahap fitness terus sangat. Cepat sgt letih.

Yang best main futsal ni selain mengeluarkan peluh, dapat jumpa ramai kawan baru dan kawan lama. Ada yang dulu sama-sama belajar di UTMKL, ada yang senior masa di SKLK (Sekolah Kebangsaan Lembah Keramat). Tak sangka selepas berbelas tahun, jumpa balik di padang futsal.

Tak sabar-sabar nak tunggu training Ahad ini....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin