Thursday, August 24, 2006

Moero Attack!!

Masih ingatkah anda kisah sekumpulan remaja perempuan Jepun yang menghabiskan masa seharian berlatih bola tampar? Masih ingatkah anda 'summersault berpusing'? Jika ya, anda memang baby zaman 70/80an. Saya menerima videoclip Moero Attack melalui email yang telah membawa saya kembali ke zaman kegilaan drama bersiri tersebut di sekitar pertengahan 80an. Dan akibat demam Moero Attack, kelab bola tampar sekolah yang selama ini sepi tanpa ahli mula menerima limpahan pelajar yang ingin menjadi ahli. Kedai peralatan sukan mula menjual bola-bola tampar pelbagai rekabentuk dan bagi kanak-kanak kecil, bola plastik pasti berlubang sentiasa jika dimainkan diantara dua rumah dengan menggunakan pagar dawai pemisah sebagai jaring. Masing-masing gigih mencuba menghasilkan 'bola berpusing' dan cuba pula membuat summersault ketika membalas tamparan bola......wahahahaha...kenangan indah di zaman kecil2...

Jika anda rindukan Moero Attack, tontonlah video clip ini.....di You Tube.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin