Friday, November 03, 2006

Kursus Abiter Catur

Selama 2 hari berkampung di Unit Sukan di Pusat Kecemerlangan Sukan Cochrane bersama 60 guru-guru Kelab Catur daripada pelbagai sekolah dan zon di Kuala Lumpur benar-benar memberi kenangan manis dan ilmu kepada aku. Thanks to Cikgu Suhairi yang sudi membenarkan saya join kursus walaupun saya bukan guru sekolah. Saya perlukan knowledge untuk pengendalian catur bagi kanak-kanak untuk next projek saya.

Sepanjang dua hari berkursus, peserta telah didedahkan kepada pelbagai jenis permainan catur, peraturan-peraturan, cara pengurusan kelab dan banyak lagi. Sangat beruntung bagi saya kerana dapat menyertai program ini yang sangat jarang dikendalikan di Malaysia. Malah kami didedahkan tentang tugas arbiter yakni pengadil bagi pertandingan catur.

Di Amerika Syarikat telah terbukti catur mampu membantu pelajar yang lemah dalam pelajaran dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Terdapat satu artikel di dalam Readers Digest mengenai usaha seorang guru menggunakan pendekatan catur untuk membantu pelajar yang lembab dalam pelajaran dan pelajar yang mempunyai masalah disiplin. Sebab tu aku join program tu untuk lihat bagaimana konsep tersebut dapat diaplikasikan di Malaysia. Ini kerana saban hari kita melihat bilangan pelajar bermasalah disiplin semakin bertambah. Seperti yang aku citer sebelum ini, ada pelajar tahun 3 yang dah mula 'melawat' balai polis kerana kes-kes mencuri dan sebagainya.

Aku harap projek ini dapat dijalankan dan aku yakin pelajar-pelajar bermasalah ini masih boleh dibantu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin