Thursday, August 30, 2007

NDSL is mine!!!

Yippeeee!!! After such a long wait....let me see, since I was 10 years old...now I have fulfill one of my dream. To have my very own video game or specifically is a handheld game.

I've been doing a lot of reading, thinking and yes..calculating. It's PSP or NDSL. Arghhh....I could not tell which one I actually want. I've tried playing Iskandar's PSP tapi hati macam berat ke arah NDSL. Apatah lagi kecur air liur melihat senarai seribu lebih games yang boleh dimainkan di NDSL...coming soon ialah Contra 4....wahhh...suka bangattt.....peminat Contra sejak dahulu....

Setelah bertanya disini dan disana mengenai harga NDSL dan package yang sesuai, Sherrina memilih Gamers Solution kerana mendapat pujian ramai dan harganya juga berpatutan. Bernard dan Crystal begitu sabar membantu explain pada Sherrina berkenaan NDSL (disaat-saat akhir hati masih berbelah bagi juga antara PSP dan NDSL) tapi setelah cuba main beberapa games....NDSL menjadi pilihan.

Antara perkakas yang diberikan dalam pakej ialah:


NDSL. Sherrina pilih biru sebab hitam senang nampak kotor (kesan cap jari) dan pink pula tiada stok.




Box includes charger, 2 stylus, manuals, wrist strap


R4 dan Micro SD untuk store games


Pouch untuk menyimpan NDSL

Selain daripada tu pakej juga termasuk Hori screen protector dan silicon cover...

Dah cuba main few games...so far suka bangat main Mario Kart. Best giler. Boleh isi masa lapang bila gi Pulau Perhentian hujung minggu ni....yehaaaa!!!

Thursday, August 23, 2007

Training in Melaka - Day 4

Dah habis kursus. Selepas sesi ujian dan wrap-up di sebelah pagi, majlis penutup dijalankan. Sijil dan gambar diberikan kepada peserta. Trainer pula mendapat hadiah daripada peserta. Sherrina dapat kain pasang, boleh le guna untuk raya. Haha....

Lepas pack-pack barang, kami bertolak balik ke KL. Tak larat lah....sesat lagi. Tatau le nape malang sungguh nasib kami di Melaka.

Sampai di KL jam 6 petang....


Training in Melaka - Day 3

Cepat masa berlalu. Hari ni sempoi macam biasa. Students pun dah get used to the software dan environment. Masing-masing dah mesra walaupun baru jumpa.

Di Hotel Naza ni ada disewakan ruang pejabat dimana aku tak pasti bisnes apa yg mereka bikin tapi selama 2 hari tingkat 2 penuh sesak dengan puluhan mungkin mencecah ratusan manusia mostly melayu. Aku dengar dari student yg rajin bertanya pada mereka, kata mereka ini pelabur skim prepaid yg mana modal 10K pulangan 4K dalam masa 3 bulan. Ada yg membawa cheque 5K, ada juga yg ceritanya sampai mencecah 90K. Ada sorang budak pompuan tu dok lepak kat lobby kira duit RM50 berpuluh keping depan aku. Khabarnya bisnes cuma famous di Melaka. Maybe Sebol, orang Melaka leh clarify on this matter.

Malamnya kami berjaya organize BBQ dinner and karaoke session. BBQ so-so...kureng sebenarnya. Karaoke was great, mula-mula malu....dah lama-lama....macam konsert lah pulak. Sporting and happening...




Training in Melaka - Day 2

Kelas bermula dengan baik. Peserta kesemuanya dari zon selatan iaitu Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.



Di waktu malamnya kami bercadang nak ke Dataran Pahlawan. Tapi as usual lah kan, sesat lagi menyesatkan. End up ke Pantai Klebang, tu pun sebab aku familiar ngan tempat ni masa di MRSM dulu....



Melaka.....melaka....

Training in Melaka - Day 1

Destinasi terakhir sebelum berehat selama sebulan sepanjang bulan Ramadhan iaitu Melaka. Pada mulanya kami dimaklumkan yang kursus akan dijalankan di JB tapi di saat-saat akhir ia ditukar ke Hotel Naza di Melaka. Oklah tu, dah 10 tahun tak jejak kaki ke Melaka....



Bertolak dari KL jam 2 petang, setelah sesat di Pandan Indah dan Bandar Baru Bangi. Kemudian lepas tol Ayer Keroh, sesat pula nak cari jalan ke hotel Naza....I guess trip kali ni penuh dengan kesesatan....kenapa aku tak terpikir nak beli peta. 2 tahun belajar di MRSM Terendak ternyata tak banyak membantu mencari jalan didalam bandar. Rasanya hampir semuanya berubah. Betul-betul tak cam. Kesesatan semakin kronik membawa kepada tindakan membuat pusingan U secara haram dan kami ditahan oleh polis. Tanpa prejudis, saman dikeluarkan dan hikmahnya, polis membantu menghantar kami ke hotel...



Check-in dan uruskan bab pemasangan komputer sehingga jam 8pm. Setengah jam sebelum sesi taklimat bermula, cuma sempat menukar kasut aje. Terus jalankan sesi taklimat kepada peserta. Selepas sesi berakhir, minum malam dan masuk bilik. Penat tak terhingga. Tapi best sebab biliknya cantik, besar dan selesa..



Wednesday, August 22, 2007

Apa beza filem Melayu, Cina dan India?

Berikut adalah perbezaan antara filem/drama MELAYU, CINA dan INDIA.

Drama/Filem Melayu

1. 80% jalan cerita berkisar tentang:
a. Cinta.
b. Cinta 3 segi.
c. Cinta 4 segi.
d. Anak-anak rebut harta pusaka.
e. Kalau keluarga kaya, anak2 rebut sapa nak gantikan Tan Sri (ayah) jadi Pengerusi, CEO atau Presiden syarikat.

2. Walau pun cerita pasal awek kilang, rumah awek kilang ni mesti complete furnished. Ada TV 29", Home Teatre, peti sejuk besar, set sofa mewah. (Director tak buat homework ker? Pegi la tengok umah awek kilang kat Sungei Way tu).

3. Cerita polis lak, dialah pegawai penyiasat, dialah jadi forensic, dialah jadi pathologist, dialah yang gi ambush. Semuanya DIA yang buat.Polis lak dialog pakai bahasa buku. "Saya rasa kita patut siasat dengan lebih terperinci tuan". " Betul cadangan awak itu. Kita bertindak sekarang".

4. Kalau cerita pasal Construction, bawak satu pelan gulung, pakai topi KUNING, tunjuk-tunjuk kat bangunan tengah buat, discuss dengan 'kepala' Indon komplen kenapa projek lambat siap kat Indon tadi. ( Topi kuning utk
pekerja buruh la bang ).

5. Adegan doktor kat Wad check pesakit. Ambik fail hujung katil, selak-selak. Dialog wajib : "Kesihatan awak bertambah baik. Banyakkan berehat dan jangan lupa makan ubat ". ( Woi bang, tengokla cerita ER tu, Dr ada
medical terms dia ).

6. Adegan kat umah. Ayah mesti tengah baca paper, Mak mesti tengah menjahit atau lipat baju. Orang gaji tengah basuh pinggan. Orang gaji mesti nama dia Mak Nab atau Mak Jah.

7. Nak panjangkan rakaman filem mesti ada adegan kereta sampai kat umah, bukak pintu kereta, bukak pintu pagar, masuk balik kereta, drive masuk car porch, keluar, tutup pintu pagar.

8. Adegan sembahyang mesti dah salam akhir or adegan mengaji Quran mesti dah sampai part sadakallah hulazim. ( Cover line kot ).

9. Gangster atau kuncu orang jahat mesti pakai baju takder lengan, pakai rantai dan pakai bracelet.

10. Nak bagi sedih gila, mesti buat adegan dah tahu nak mati pasal kena barah otak.

Drama/Filem Cina

1. Cerita Kungfu, hero terror boleh terbang. Tapi sambung pengembaraan mesti jalan kaki. Apsal tak terbang jek. Kan cepat sampai.

2. Hero mesti miskin gila. Tapi mesti ada sekeping or 2 keping duit siling kat celah lengan besar jubah dia.

3. Kalau cerita moden hero boleh lawan dan tewaskan 30 orang penjahat serentak.

4. Biasalah, kalau kena tembak mesti kat bahu or kat kaki. Tak mati.

5. Heroin mesti jadi bini or girlfriend boss penjahat dan jatuh cinta kat hero.

6. Hero mesti menembak pakai 2 pistol, kiri dan kanan. Macam Chow Yuen Fatt dalam filem 'A Better Tomorrow'. Tapi best ooo.....

7. Pistol hero mesti peluru tak habis2. Tak payah reload.

8. Cerita hantu, hantu dia biasanya pakai bedak muka tebal2 dan hitamkan keliling mata. Kat bibir ada darah meleleh. ( Tak seram pun ).

9. Kalau cerita lucu plak, mesti ada adegan air liur meleleh keluar mulut macam air paip.

Drama/Filem India/Hindustan

1. Biasalah, kebanyakan cerita bermula dengan 2 beradik terpisah.Sorang di bela oleh orang jahat dan sorang lagi dibela oleh orang baik. Dah besar, abang jadi Inspektor Sahab dan adik jadi gangster. Nak abih cerita
mesti adik kena tembak ngan abang dan waktu nazak baru si abang tahu yang dia tembak tadi adalah adiknya sendiri melalui tanda parut.

2. Orang jahat digambarkan tersangat jahat sampai lembu pun takut.

3. Selalunya depa suka ciplak bulat2 filem barat macam Pretty Woman, Face Off dan Heat.

4. Paling pendek pun jangkamasa tayangan adalah 3 jam.

5. Orang jahat dan hero payah nak mati walaupun kepala dah kena ketuk dengan tukul besi.

6. Hero tak kena tembak walaupun ditembak dari jarak satu kaki.

7. Adegan joget sambil menyanyi akan melibatkan penari iringan seramai satu kampong dan bertukar 7 atau 8 pasang pakaian untuk setiap lokasi hanya untuk satu lagu.

8. Adegan keretapi tak leh tertinggal. Joget reramai sampai atas bumbung keretapi.

9. Kalau cerita moden, dialog mesti bercampur bahasa omputeh dan Hindi. Contoh ' I'm sorry. I didn't know that na pere tomhe cha....bla.. ..bla.... bla...'.

10. Biasanya plot dan jalan cerita da boleh baca apa penyudahnya. Tu yang pelik ramai plak yang tunggu sampai abih.

Sekian laporan ikhlas untuk pedoman tuan2 director filem.

Yang benar,

Abu Jengkol Spielberg
( Sepupu tiri sebelah nenek sedara Steven Spielberg )

Ada lagi for Malay :

1. Skrg nih trend citer anak tiri / mak tiri + hantu / black magic +penderaan isteri
2. Org gaji - Mak kiah, mak temah, mak tom, mak chah
3. Background music boleh buat video clip terus (nak copy hindi nyanyi2 celah pokok & bangunan tak boleh)

Ada lagi for Tamil / Hindi :

1. Mesti ada dialog "Kutty salla..."
2. Kalau adik beradik terpisah terjumpa mesti nyanyi join sorang2 ala Yaadon Ki Baarat.
3. Bukan takat citer omputih, skrg nie world wide... citer Jepun & Korea pun dah ada.
4. Lagu byk saduran skrg.. esp from middle east... lagu Amr Diab esp.
5. Terrorist tetap Muslim. Kerja2 plg grand deorg mmg doctor, polis & lawyer.
6. Kasta tetap ada... "parampara" konon...
7. Kalau kaya rumah mcm hotel (mmg hotel pun), kalau kat oversea mcm castle (mmg castle pun)

sHaiRLi kHaN
Pengkritik Bebas

Sumber: Email

Monday, August 13, 2007

Sunday, August 12, 2007

Kucing Berlagak Nak Mampus

Ada seekor kucing yang tough dan comel di kawasan rumah Sherrina. Badannya warna hitam dan kakinya putih. Adik Sherrina panggil kucing tu 'Kucing pakai stokin', ayah Sherrina panggil kucing tu 'kucing hitam putih' dan Sherrina panggil kucing tu 'Kucing berlagak nak mampus!'

Kucing tu memang berlagak habis. Mentang-mentang area ni dia 'pegang', sombong betul. Kucing lain tak berani nak masuk. Samada takut dengan kucing ni atau sebab memang kawasan ni dah takde kucing-kucing yang besar. Semejak arwah Cikgu Rohani meninggal dunia, takde sapa yang rajin nak kasi kucing-kucing liar ni makan. Menyebabkan banyak yang merajuk dan berhijrah ke tempat lain.



Petang tadi masa Sherrina balik, hujan turun rintik-rintik. Nampak 'Kucing Berlagak Nak Mampus' ni tengah tidur atas kete ayah Sherrina. Aikk..layan baik nampak. Selalu sombong nak mampus.





Sherrina pun pi kunci pagar dan jalan pelan-pelan, kunun nak pi le usap badan kucing tu. Blom dan datang dekat, kucing tu dah bangun, mengeliat. Turun dari kete, pandang dengan muka poyo walaupun dah naik melecet mulut ni memanggil dia dgn isyarat memanggil kucing dan blah pi rumah sebelah.







Aku dah kata, kucing tu memang Berlagak Nak Mampus!!!

Thursday, August 09, 2007

Book Review: Rahsia Firdaus

Asik baca buku berat-berat aje, sesekali nak gak layan bacaan yang ringan. Apabila membuat pembelian buku Harry Potter tempoh hari, Sherrina mendapat baucer buku untuk diskaun 20% di Borders. Satu baucer layak untuk membeli dua buku pada harga diskaun. Sebenarnya ada beberapa buku yang Sherrina nak beli tapi terpaksa hadkan kepada dua buah. Sherrina pilih buku Microsoft Excel untuk tujuan training dan buku CAP bertajuk Wang.

Sedang Sherrina beratur di kaunter Borders The Curve, tiba-tiba seorang mamat cina yang baru lepas membayar buku datang kepada Sherrina. Ingatkan apa hal, rupanya dia nak bagi kupon diskaun buku yang dia dapat sebab dia taknak guna. Apalagi, tinggalkan kaunter dan naik semula ke atas mencari 2 buku lagi.



Setelah puas membelek, antara yang Sherrina beli ialah buku cerita bertajuk Rahsia Firdaus, karya Alif Firdaus Azis terbitan PTS One. Dulu Sherrina pernah habiskan satu buku yang ditulis oleh mamat ni yang bertajuk Untuk Shampoo selama 2 jam di Perpustakaan Negara. Sejak tu Sherrina minat dengan buku novel remaja terbitan PTS One khususnya karya Alif Firdaus.

Rahsia Firdaus mengisahkan seorang budak lelaki bernama Firdaus yang berpindah ke sekolah baru. Firdaus dulu seorang jaguh sukan di sebuah sekolah yang menjadi musuh tradisi dalam bidang sukan dengan sekolah barunya itu. Daripada seorang yang minat bersukan, Firdaus berubah menjadi pemurung dan gemuk.

Rupanya di sekolah baru tu ada pelajar yang mengenalinya. Alkisah jatuh cinta pandang pertama le masa time pertandingan sukan ketiga dolu-dolu sebelum Firdaus 'bersara' dan berpindah sekolah. Awek punya hal, sanggup tukar sekolah.

Dalam pada tu, rupanya Firdaus ni pernah mengalami kecederaan sehingga tangannya diganti dengan tangan robotik (perghh) dan kakinya dimasukkan besi (patut le bleh jaringkan gol dengan rembatan jauh)....dan yang best pasal buku ni ialah 2 bab terakhir dikisahkan dalam bentuk komik. Lucu jugak, berair gak mata ketawa melihat lukisan komik-komik tu.



Pepehal pun, tabik dengan PTS sebab hasilkan banyak buku dalam Bahasa Melayu dengan harga yang sangat berpatutan. Buku ni cuma RM14 aje. Kalau rasa nak release tension sambil teringat balik zaman-zaman sekolah, pi lah cari buku ni....


Sila Lawat:
PTS Publications
Ujana Ilmu
Blog Alif Firdaus Azis @ Cartoonrama

Wednesday, August 08, 2007

Antara Nasib dan Kata Hati

Sabtu lepas Sherrina keluar dari rumah seawal pagi sebab kene hantar adik yang menduduki exam PTD di Hotel Citrus. Kemudian, amik member yang akan berkursus di Terengganu selama 2 minggu dan kami pergi bersarapan di Restoran Kg Pandan di Jalan Yap Kwan Seng. Tatau nak gi sarapan di mana, nak cari tempat yang berdekatan city centre sebab lepas sarapan nak ke Times Square menonton cerita Simpsons Movie yang best bangat.

Sampai di restoran, parking didalam penuh. Sistem parking disitu pun kurang menyelerakan, nampak susah nak parking dan keluar kemudian. Kelihatan sebuah Toyota Innova terhegeh-hegeh cuba mengeluarkan kenderaannya dari parking yang sempit itu. Lalu Sherrina mengambil keputusan untuk parking di tepi jalan ke dalam sedikit. Dengan idea pagi Sabtu mana ada pihak berkuasa kerja untuk saman-menyaman.

Lepas order air dan menikmati sebungkus nasi lemak, Sherrina menunggu roti canai sampai. Hajat nak cuba roti canai disini, best ke tidak. Tapi tunggu punya tunggu, tak datang. Sah, depa lupa. Hampeh, tak berkualiti punya kedai mamak. Kalau kat Restoran NZ, tak jadi mcm ni punya. Mood nak makan pun dah hilang, kami ke kaunter untuk membayar. Menunggu beberapa minit menanti cashier yang ntah ke mana.

Elok aje lepas membayar, Sherrina dan member berjalan ke arah pagar. Terdengar deruan enjin motorsikal dan kelihatan kelibat dua buah motorsikal penguatkuasa. Alamak....dorang keje awal pulak hari ni!! Sherrina pun apa lagi, berlari le ke arah kereta. Baru lepas makan, dah kene jogging. Ciss. Elok pulak brader tu parking belakang kete Sherrina. Dalam hati menyumpah-nyumpah kerana confident aje dorang tak keje hari ni.



Sambil berlari, otak ligat memikirkan apa alasan nak bagi. Ada 3,4 alasan bermain di kepala dan dalam masa beberapa saat sambil berlari, kene memilih alasan terbaik antara semua alasan.

Sampai di kereta dengan rasa yang penat teramat, Sherrina pun kata "Sori bang. Baru sampai. Tadi parking dalam penuh, baru ada kosong. Ni nak alih kereta ke dalam le ni"

Brader tu mengangguk dan benarkan Sherrina amik kete. Sambil tu dia menulis 'nota cinta' untuk kereta tak jauh dari kereta Sherrina. Masuk dalam kereta, kaki ketar nak memijak clutch. Dalam hati "selamat....selamat duit aku...fuhh"

Member sengih aje berdiri di tepi jalan. Berhenti amik member dan pecut meninggalkan lokasi tersebut. Agaknya brader tu bengang tak yang kitorang sebenarnya dah habis makan. Anyway, lepas ni tak gi dah makan kat area situ yang parking mcm hampeh dan makanan macam hampeh.

Moral of the story: Ikut kata instinct, bukan kata perut.....

Sunday, August 05, 2007

PC Fair 2007

PC Fair datang lagi. As usual kat mana lagi kalau bukan kat KL Convention Centre. Belajar dari pengalaman lalu, survey dahulu pada hari pertama PC Fair. Pergi dengan menaiki LRT. As usual struktur susunan ke naik ke tingkat atas skali pastu turun ke bawah untuk ke bahagian-bahagian lain. Hari pertama tidak le sesak sangat, masih belum tahap bergesel bahu dan terpijak kaki. Kali ni nampak musim penjualan portable hard disk. Antara yang banyak dipromosikan ialah Western Digital Passport. Harga 120GB ialah RM299. Ada booth yang boleh bagi sehingga RM288 pada hari kedua.



Design WD Passport ni memang menarik tapi sayangnya dengan harga seringgit kurang mencecah RM300, takde pulak pouch diberi.

Pada hari kedua, setelah melakukan sedikit survey di laman web Low Yat. net, pergi semula ke PC Fair. Kali ni kesesakkan memang dijangkakan. Bagus jugak, ini menunjukkan technology awareness di kalangan masyarakat telah meningkat. Makin ramai orang suka bertandang ke PC Fair. Sempat rembat 2 katrij compatible HP 21 dengan harga RM30 sebiji.




Setelah survey WD Passport, kali ni cuba usha2 pula portable hard disk yang lain. Akhirnya memilih booth MTEC. Beli hard disk notebook 120GB Western Digital dan beli Storage External Box yang siap dengan pouch. RM292 jumlah kesemuanya. Takyah nak cari pouch lagi dah.



Kemudian survey MP3 player untuk adik Sherrina dan terjumpa satu booth yang menjual MP3 dan MP4 pada harga yang sama. Pelik. Setelah puas membelek dan mencuba, Sherrina pilih 2GB MP4 dengan harga RM128. Yang bestnya bukan sahaja boleh charge di komputer, malah diberi charger elektrik yang boleh charge USB-based MP4 ni. Hampeh. Kalau Sherrina tau ada teknologi sebegini, takyah beli MP3 pakai bateri. Kunun takut gi tempat yang takde PC, takleh nak charge. Cisss..

Kali ni rasanya bilangan booth kurang. Tak banyak booth rojak mcm dulu. Booth rojak tu booth yang jual segala macam mende, segala macam brand. Harga bleh kurang. Yang tak tahan, habis kotor kawasan luar KLCC dengan segala brochure yang dibuang merata-rata.

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin