Design WD Passport ni memang menarik tapi sayangnya dengan harga seringgit kurang mencecah RM300, takde pulak pouch diberi.
Pada hari kedua, setelah melakukan sedikit survey di laman web Low Yat. net, pergi semula ke PC Fair. Kali ni kesesakkan memang dijangkakan. Bagus jugak, ini menunjukkan technology awareness di kalangan masyarakat telah meningkat. Makin ramai orang suka bertandang ke PC Fair. Sempat rembat 2 katrij compatible HP 21 dengan harga RM30 sebiji.
Setelah survey WD Passport, kali ni cuba usha2 pula portable hard disk yang lain. Akhirnya memilih booth MTEC. Beli hard disk notebook 120GB Western Digital dan beli Storage External Box yang siap dengan pouch. RM292 jumlah kesemuanya. Takyah nak cari pouch lagi dah.
Kemudian survey MP3 player untuk adik Sherrina dan terjumpa satu booth yang menjual MP3 dan MP4 pada harga yang sama. Pelik. Setelah puas membelek dan mencuba, Sherrina pilih 2GB MP4 dengan harga RM128. Yang bestnya bukan sahaja boleh charge di komputer, malah diberi charger elektrik yang boleh charge USB-based MP4 ni. Hampeh. Kalau Sherrina tau ada teknologi sebegini, takyah beli MP3 pakai bateri. Kunun takut gi tempat yang takde PC, takleh nak charge. Cisss..
Kali ni rasanya bilangan booth kurang. Tak banyak booth rojak mcm dulu. Booth rojak tu booth yang jual segala macam mende, segala macam brand. Harga bleh kurang. Yang tak tahan, habis kotor kawasan luar KLCC dengan segala brochure yang dibuang merata-rata.
Kali ni rasanya bilangan booth kurang. Tak banyak booth rojak mcm dulu. Booth rojak tu booth yang jual segala macam mende, segala macam brand. Harga bleh kurang. Yang tak tahan, habis kotor kawasan luar KLCC dengan segala brochure yang dibuang merata-rata.
No comments:
Post a Comment