Thursday, August 09, 2007

Book Review: Rahsia Firdaus

Asik baca buku berat-berat aje, sesekali nak gak layan bacaan yang ringan. Apabila membuat pembelian buku Harry Potter tempoh hari, Sherrina mendapat baucer buku untuk diskaun 20% di Borders. Satu baucer layak untuk membeli dua buku pada harga diskaun. Sebenarnya ada beberapa buku yang Sherrina nak beli tapi terpaksa hadkan kepada dua buah. Sherrina pilih buku Microsoft Excel untuk tujuan training dan buku CAP bertajuk Wang.

Sedang Sherrina beratur di kaunter Borders The Curve, tiba-tiba seorang mamat cina yang baru lepas membayar buku datang kepada Sherrina. Ingatkan apa hal, rupanya dia nak bagi kupon diskaun buku yang dia dapat sebab dia taknak guna. Apalagi, tinggalkan kaunter dan naik semula ke atas mencari 2 buku lagi.



Setelah puas membelek, antara yang Sherrina beli ialah buku cerita bertajuk Rahsia Firdaus, karya Alif Firdaus Azis terbitan PTS One. Dulu Sherrina pernah habiskan satu buku yang ditulis oleh mamat ni yang bertajuk Untuk Shampoo selama 2 jam di Perpustakaan Negara. Sejak tu Sherrina minat dengan buku novel remaja terbitan PTS One khususnya karya Alif Firdaus.

Rahsia Firdaus mengisahkan seorang budak lelaki bernama Firdaus yang berpindah ke sekolah baru. Firdaus dulu seorang jaguh sukan di sebuah sekolah yang menjadi musuh tradisi dalam bidang sukan dengan sekolah barunya itu. Daripada seorang yang minat bersukan, Firdaus berubah menjadi pemurung dan gemuk.

Rupanya di sekolah baru tu ada pelajar yang mengenalinya. Alkisah jatuh cinta pandang pertama le masa time pertandingan sukan ketiga dolu-dolu sebelum Firdaus 'bersara' dan berpindah sekolah. Awek punya hal, sanggup tukar sekolah.

Dalam pada tu, rupanya Firdaus ni pernah mengalami kecederaan sehingga tangannya diganti dengan tangan robotik (perghh) dan kakinya dimasukkan besi (patut le bleh jaringkan gol dengan rembatan jauh)....dan yang best pasal buku ni ialah 2 bab terakhir dikisahkan dalam bentuk komik. Lucu jugak, berair gak mata ketawa melihat lukisan komik-komik tu.



Pepehal pun, tabik dengan PTS sebab hasilkan banyak buku dalam Bahasa Melayu dengan harga yang sangat berpatutan. Buku ni cuma RM14 aje. Kalau rasa nak release tension sambil teringat balik zaman-zaman sekolah, pi lah cari buku ni....


Sila Lawat:
PTS Publications
Ujana Ilmu
Blog Alif Firdaus Azis @ Cartoonrama

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin