Tuesday, October 02, 2007

Buka Puasa di Hotel De Palma

Alhamdulillah, rezeki lagi. Kali ni Sherrina pun dijemput sekali lagi oleh member untuk memenuhkan kuota buka puasa opisnya. Sebab ada beberapa orang yang tak dapat hadir. Kali ni di Hotel De Palma yang terletak di Dataran Palma berdekatan Ampang Point.



Kami sampai di sana jam 6 petang. Kol 6.30 baru dibenarkan masuk ke dewan. Harga seorang dewasa ialah RM55 bersih. Terdapat konsep gerai di luar ballroom dan didalam ballroom ada beberapa ruang menyajikan pelbagai makanan.


Ada udang lah!

Sebelum Sherrina ke De Palma, Sherrina set mind makanan di De Palma mesti kureng sebab previous experience penah makan di sana (bukan majlis buka puasa) serta banyak feedback negative daripada orang2 opis member yang dah berbuka di sana minggu sebelumnya. Sherrina tak expect tinggi lah. Just gi makan sebab free. Tapi agak mengejutkan ialah pilihan makanan yang sangat banyak dan rasanya enak. Jauh lebih sedap dari di Dewan Perdana.



Kali ni ada udang, sotong malah juga kerang dan ketam masa sweet sour. Sedap!! Yang best tu, ketam sentiasa ditambah setiap kali ia habis diambil oleh pelanggan.



Makanannya juga dimasak dengan elok. Cukup garam dan gula serta cukup berperisa. Malah minuman juga disediakan dalam pelbagai jenis seperti air laici, air anggur, oren, tebu dan lain-lain lagi. Minuman panas pula ialah teh tarik, nescafe tarik dan milo kot (tak sure apa dlm tong ketiga). Dan puas hati le minum nescafe dan teh disini kerana ia gunakan susu pekat yang berkualiti. Tak le rasanya tawar dan pelik aje.



Tak cukup makanan didalam, ada gerai pula di luar. Ada gerai roti boom & canai, nasi ayam, yong tau fo, udang goreng, mee goreng & kuey tiow goreng, Shawarma, roti John, ABC dan banyak lagi....


Gerai Yong Tau Fo dan Goreng-Goreng.


Nak makan Roti John? Adaa.......


Antara banyak-banyak gerai, gerai makcik ni yang mendapat sambutan paling hangat. Kat sini ada goreng pisang, cekodok pisang, cekodok bilis, keropok lekor, ubi goreng dan yang paling power cempedak goreng. Cepat lak sold out cempedak goreng ni. Sempat merasa sebiji aje.



Kat sini para pelanggan dihiburkan dengan muzik ghazal. Yang main ni muda-muda belaka. Yang best tu dia punya MC syok sendiri punya. Rasa macam kat kenduri kawin di kampung plak. Tapi baguih lah dia tu, selamba aje. Mula-mula nyanyi lagi asli, pastu lagu Broey Marantika. Sekali masuk lagu Sway, Perhaps..Perhaps.....perghh....versatile jugak.


Pastu ada yang celebrate birthday sekali kat situ.....

Alhamdulillah...puas hati le makan kat situ. Baru betul-betul buffet buka puasa. Kalau free, memang pegi lagi le. Tapi kalau kene bayo.....pikior jugak pat, lima kali.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin