Sunday, January 20, 2008

Lawatan ke MRSM Terendak

Sabtu lepas, berpeluang menjejakkan kaki semula ke maktab, MRSM Terendak setelah 10 tahun meninggalkannya. Last skali ke sana masa amik sijil SPM....syahdu gak, masuk je kawasan maktab menerpa bertubi-tubi kenangan masa blaja di sana. Walaupun cuma 2 tahun (form 4 and 5), tapi kenangan yang ada cukup banyak.


Semasa masuk ke kawasan Kem Terendak. Teringat dulu2 jalan kaki dari main road masuk maktab kalau gi outing. Kalau dapat tahan kete sapu, selamat le kaki...kalau tak, jalan le ramai-ramai sambil sepak batu


Masjid baru di Kem Terendak, menggantikan masjid lama dekat Pernama.


Pintu masuk utama Kem Terendak. Dulu bleh masuk pakai sticker, skarang kene tinggal IC lah.


Pintu masuk MRSM Terendak


Pemandangan selepas melepasi balai pengawal, menuju ke Balai Pelajar


Rumah Melaka yang kini berada didepan Balai Pelajar


Semasa rombongan Sherrina, Zaitie dan Johoe tiba, kelihatan sekumpulan pelajar menunggu guru mereka. Rasanya aktiviti homeroom.


Kaunter pejabat. Disinilah Sherrina slalu dtg untuk amik fax jika mak Sherrina hantar fax.


Bilik Red Spot didalam PSP dimana kami mengadakan mesyuarat bersama pihak pengetua, Pen Pengetua (HEP), Pen Pengetua (HEA), Puan Wan Ainizah dan Ustaz Wahab.


Jabatan Sains, masih di tempat yang sama. Taman di tengah-tengah ini semakin cantik


Wah..siap ada air pancut lagi tuu...


Setelah habis meeting di maktab dan makan di kantin, rombongan kami sebanyak 3 buah MPV bergerak ke MRSM Alor Gajah pula untuk menjengah Pak Chad yang ini Pengetua dan Cikgu Satari yang kini Penolong Pengetua disana.


Delegasi yang baru lepas menerjah umah Cikgu Satari sambil pekena rojak yang sedap gila didunia (bak kata Kak Julie) kini nak ke umah Pak Chad pula.


Membuka citer lama bersama Pak Chad, guru Kimia yang digeruni suatu ketika dulu


Tak cukup makan di umah Cikgu Satari, di umah Pak Chad dan umah abg Zul Udang, sambung pula dinner di kedai abg Amir di Saujana Impian....pekena menu special iaitu Nasi Lemak Goreng


Nasi Lemak Goreng....harus aku poco-poco lima blas kali lepas ni....

Mesyuarat pertama dengan pihak maktab berjalan lancar. Ini sempena plan nak buat sambutan 25 tahun MRSM Terendak tahun ni. Lepas meeting di Red Spot, Cikgu Wan (surprisingly dia ingat nama penuh aku walaupun dia x ajar kelas aku) kenalkan kami seorang demi seorang kepada pelajar form 5 yang sedang ikuti seminar Fizik di PSP (perpustakaan). Cam terharu pun ye juga...ialah dulu kita kat bawah sana jawab soalan, skarang berdiri didepan pula diperkenalkan sebagai bekas pelajar.

Jam 11.30 malam baru sampai ke rumah. Penat plus kekenyangan yang tidak terhingga.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin