Friday, April 27, 2007

Training in Pulau Pangkor - Day 1

Cuaca agak panas. Kali ni outstation tak naik bas atau kapal terbang sebaliknya sherrina dan Kak Fidah bertuah sebab kawannya Kak Sharifah nak ikut kami ke Pangkor. So kitorang naik kete dia. Bertolak dari KL dalam jam 11am, perjalanan lancar kerana kami bertolak pada hari Rabu, yakni hari bekerja. Traffic jam memang takde lah. Cuma cuaca agak panas. Dah lama jugak tak berjalan ke kawasan utara dan rasa seronok dapat melalui kawasan kampung-kampung di sepanjang jalan ke Lumut.



Tiba di Lumut dalam jam 3.30 petang. Pusing di pekan mencari barang keperluan sebelum menuju ke jeti untuk menaiki feri. Tambang feri cuma RM10 pergi dan balik dengan menaiki feri Duta Pangkor. Perjalanan ke pulau mengambil masa 30 minit.



Sampai di pulau, naik van teksi berwarna pink menuju ke Coral Bay Resort Pangkor yang terletak di Pasir Bogak. Check-in, mandi dan turun untuk dinner sebelum ke dewan untuk sesi suai kenal dan taklimat kursus. Taklimat selesai jam 9.30 malam dan kami ke dewan untuk minum malam sebelum bersurai ke bilik masing-masing. Cuaca yang panas menyebabkan kami cepat penat dan tido awal.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin