Saturday, August 30, 2008

Majlis Penutup Program Mustika 2008

Setelah 5 minggu bersama pelajar-pelajar terpilih di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 (SKTM2), malam tadi program ditutup dengan majlis jamuan ringkas bersama guru besar SKTM2, YDP SKTM2, ibu bapa, pelajar-pelajar dan sukarelawan Program Mustika daripada Ansara Terendak.


Qaisy, Misz Mastura, Izzati dan Shimi yang tiba awal untuk membantu persediaan sebelum majlis bermula.


Tetamu yang hadir


sukarelawan yang hadir: kak Shireen, Mulan, Mizzamy, Rusyaizila, Misz Mastura, kak Aidrina, Shimi, abg Kamarul, Izzati (yg nampak sipi2), Qaisy (tiada dlm gambar)


Majlis bermula jam 8.40pm dengan dipengerusikan oleh Exco Pendidikan Ansara Terendak, Dr Azahadi. Kemudian, ucapan diberikan oleh Mejar Farizal Haryadi selaku Presiden Ansara Terendak, Puan Rohayah selaku Guru Besar SKTM2 dan YDP PIBG SKTM2.


Ucapan oleh Guru Besar


Kemudian, pihak Ansara Terendak melalui Mejar Farizal menyampaikan cenderahati iaitu perkakasan alat tulis untuk peperiksaan kepada semua pelajar yang hadir. Pihak sekolah pula menyampaikan cenderahati kepada wakil Ansara Terendak untuk semua sukarelawan. Bacaan doa penutup oleh adik Nik Mohd Adli Syahmi dan jamuan dimulakan.


Adik-adik beratur menunggu untuk menerima cenderahati


Penyampaian cenderahati


Cenderahati daripada SKTM2


Bacaan doa


Makan timee!


Seronoknya mereka. Siap main eksperimen resepi air gas lagi, campur macam2 perisa!






Bergambar kenangan bersama pelajar


Mizzamy, Rusyai, Mulan...3 org ni junior form 1 masa sherrina form 5. Dok satu blok. Mmg close ngan dorang dulu di maktab. Tak sangka lepas soploh tahun leh jumpa balik :)


Semua sukarelawan dan exco bergambar dengan Guru Besar

Majlis tamat jam 10 gitu. Bersalaman dengan pelajar sambil wish good luck. Ada yang sedih je sebab lepas ni tak jumpa dah. Ibu bapa juga bersalaman mengucapkan terima kasih. Rasa cam sedih gak sebab 5 minggu mengadap student-student ni. Kalau diikutkan memang exhausted sebab bila ada program ni, kadang-kadang kelas tuisyen back-to-back dari pagi sampai petang di 4 lokasi. Tapi kepuasannya, sukar digambarkan.

Apa pun sekalung penghargaan buat:
  • Ansara Terendak
  • Guru Besar SKTM2
  • YDP PIBG SKTM2
  • Cikgu Fairuz yang menguruskan program ni bagi pihak sekolah
  • Semua sukarelawan Ansara Terendak dan bukan Ansara Terendak
  • Penderma yang menyumbang wang dan nota UPSR (kak oya) bagi menjayakan program ni
  • Semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin