Monday, August 25, 2008

Pertandingan Bunga Api di Putrajaya

Smalam Sherrina, my fren, Kak Aidrina sefamily dan adiknya Aizul & wife gi Putrajaya. Plan awal yg patutnya pegi tgk pertandingan bunga api ni ramai-ramai dgn AJK Jubli Perak tertangguh sebab perkara-perkara berbangkit. So untuk tidak menghampakan diri sendiri dan budak2, kami teruskan juga plan antara kami.

Kitorang gi tgk bunga api sambil naik cruise di Tasik Putrajaya. Excited lah sebab first time naik cruise di Tasik Putrajaya. Tiket dewasa RM60 dan kanak-kanak RM50 kalau tak silap. Kami booking sehari sebelum melalui telefon.



Pada hari Ahad, Sherrina dan member gi Putrjaya kol 3 petang. Jenuh pusing satu Putrajaya cari stesen minyak. Tobat lepas ni isi siap2 di KL. Last-last baru jumpa di Presint 9D. Lega tak terkira, maklumlah jarum minyak dah nyawa2 ikan. Lepas tu gi Alamanda. Saja jalan-jalan pastu makan di Kenny Roger's. Dinner siap-siap supaya tak lapar. Kol 6 kami ke kawasan cruise yang terletak di tepi Souq dan Masjid Putra. Kol 6 tu dalam keadaan hujan renyai-renyai, sangap nak cari parking. Dua kali pusing bulatan, last-last parking di tepi jambatan. Mujur ada tempat. Then kami ke kaunter cruise untuk confirm booking. Lepak di tempat makan Souq tu sementara tunggu yang lain-lain tiba.



Kol 9.30 kami dibenarkan masuk ke cruise. Excited. Sherrina bawak 2 kamera. Lumix untuk shoot still picture bunga api (sbb ada pre-setting fireworks) dan Olympus untuk rekod video. Dalam cruise tu disusun kerusi. Sangat selesa. Ada aircond. Kemudian ada petugas yang memberikan penerangan sementara kapal belayar di sekitar tasik. Kami dibawa melihat pemandangan sekitar tasik. Dapat le tgk pejabat-pejabat kerajaan yang cantik diwaktu malam. Tapi ada juga area yang gelap gelita sebab tgh construction lagi. Cruise belajar sehingga ke tengah tasik tidak jauh daripada PICC dimana acara berlangsung. Cruise berhenti disitu dan kami dibenarkan naik ke deck atas. Semua excited habis le nak tgk bunga api.

Sebelum bunga api mula, kami pindah ke bot kedua sebab bot kedua tu cuma ada 4 orang aje penumpang. Ada group 25 orang cancel last minute. Yayy....tak crowded sangat. Malam ni yang buat persembahan ialah Spain.






















Ni pula beberapa video yang sempat dirakam. Still picture tak amik banyak-banyak sebab hujan. Lumix tu bukan waterproof macam Olympus. Besides bila hujan makin lebat, kami kene turun ke bawah semula. So kami lepak di deck depan sebab ada bumbung. Layan bunga api sambil bersorak-sorak.


video

Video penutup pertandingan. Bertubi-tubi bunga api dilancarkan. Gamaknya boss dorang suh perabih je baki-baki bunga api yang ada. Memang happening lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin