Friday, October 31, 2008

Training in INTAN

Minggu ni Sherrina diberi kesempatan untuk mengajar kursus MS Excel dan MS Access di INTAN, Mont Qiara. First time dapat mengajar di INTAN, rasa teruja. Sherrina suka kawasannya yang penuh dengan flora dan fauna serta dijaga rapi. Sherrina diberikan satu kelas untuk mengajar orang-orang PTD (Pegawai Tadbir dan Diplomatik) yang sedang mengambil Diploma Pengurusan Awam disini selama 6 bulan. Lama tu...kene dok hostel. First time dpt tau kene ajar org PTD, rasa cam kurang best gak. Sebab banyak sgt dengar citer tak best pasal orang2 PTD ni.



Tapi selepas 4 hari berkampung dengan mereka, tidak le terasa mcm yg banyak diceritakan. Those in my class (Sidang F) pada mulanya agak pendiam tapi selepas tu dah mula mesra. Tidaklah sombong seperti yang banyak diperkatakan. Tak taulah, maybe kelas ni aje ke yg macam ni. Kene tunggu next week lak ajar sidang lain.


Meja penceramah. Kemudahan di lab ini sangat bagus, serba-serbi lengkap dan baru.

Anyway, Sherrina dan Iskandar dibawa ke dewan makan dimana mereka makan untuk lunch setiap hari. Jauh tu nak menapak, kene panjat bukit lak. Tapi yang best suasana tu macam masa boarding school plak. Menu hari Jumaat adalah nasi beriani dan ada aiskrim. Teringat dolu2 masa makan di Teres Teratai di MRSM Terendak.

Setiap pagi sebelum kelas bermula mereka kene nyanyi lagu Negaraku. Pastu ada sesi public speaking dulu. Bagus gak tengok sesi ni. Dorang kene improve teknik berucap sebab later on dorang ni akan jadi pegawai-pegawai so skill berucap kene ada.



Selain daripada tu mula2 agak terkejut gak dengan peraturan dan budaya disini. Misalnya dorang kene pakai kot setiap hari dan waktu walaupun cuaca panas. Masa hari pertama, lab kitorang aircond tak kuat. Siap ada yang datang minta kebenaran untuk buka kot. Mak aihhh, tanggalkan kot pun kene ada permission. Pastu kene denda lah dan macam2. Macam sekolah lah. Lucu pun ada, kesian pun ada. But then, they are PTD. The selected and top of the cream people. They must be able to handle all kind of pressure. Itulah antara yang Sherrina fahami bila berbual dengan staff INTAN.


Di hari terakhir peserta menduduki peperiksaan. Masa diberi cuma 1 jam 30 minit sahaja.

Sepanjang Sherrina terlibat dalam bidang mengajar IT, ramai orang bertanya kenapa Sherrina tak jadi cikgu sekolah atau lecturer di universiti. Alasan yang Sherrina berikan ialah gaji yang ditawarkan tak lumayan, waktu kerjanya yang padat, karenah birokrasi yang memualkan dan banyak lagi. Tapi hari ni semasa mengendalikan peperiksaan di INTAN baru Sherrina tahu sebab utama kenapa Sherrina tak mahu jadi guru atau lecturer tetap.


Kerana Sherrina tidak tahan pressure melihat pelajar menduduki peperiksaan. Kepala Sherrina berdenyut sepanjang waktu dan Sherrina khuatir ada yang tak dapat jawab kerana ianya tidak diajar oleh Sherrina. Maka Sherrina akan berkejar dari satu pelajar ke pelajar lain yang bertanya mengenai soalan yang mengelirukan (bukan Sherrina yg set soalan tetapi diakui soalan komputer dalam Bahasa Melayu memang sangat mencabar untuk difahami).

Selepas menutup kursus, menyampaikan sedikit cenderahati dan ucapan terakhir, Sherrina berasa amat lega walaupun denyut di kepala masih ada. Ketika berjalan ke kereta untuk pulang, Sherrina telah tahu sebab utama kenapa Sherrina tahu makan gaji jadi guru atau pensyarah.

Minggu depan ada satu sesi lagi. Let's see kalau simptom yang sama berulang. Jika ya, maka hipotesis Sherrina adalah benar.

Tuesday, October 28, 2008

Gambar Raya

Dari sehari ke sehari nak upload gambar ni tapi tak sempat2. Ni gambar masa last Sunday all my relatives from my mom's side beraya di umah kitorang. It's the night where we play with all the mercun that I bought in Pasar Keramat couple of weeks ago.


My aunty with anak buah, Myra tengah bikin acar


My cousin, Aina yg happy giler dapat main bunga api


Mercun pancur


My bro yang tukang launch mercun roket


My aunty bawak adik angkat dia, org China dan baju pink tu anaknya. Comel sangat sebab mix chinese dan mat saleh.


Ni adik dia, Asfar. Rambut blond lagi.....


My bro layan mercun das


Ni Sherrina buat majlis penutup dengan pelancaran mercun das, 20 das woooo....

Walaupun tak semeriah waktu kitorang kecik2 dulu tapi at least young generation ni dapatlah rasa sket apa yg kitorang rasa dulu. Time kitorang kecik dulu, bunga api tak main le seplastik. Bunga api je sekotak, mercun sekotak. Main sampai muntah. Sampai last2 before habis raya nak habiskan juga bunga api kucing tu (yg besi), kitorang pacak2 banyak2 di padang depan umah kampung (Gombak) buat satu design. Pastu nyalakan serentak. Wallawehhh, best giler. Cuma yg kurang best lepas main tu nak kene cabut balik satu-satu bunga api tu takut tercucuk kat besinya.

Kenangan yang tak dapat dilupakan.

Saturday, October 25, 2008

Training in Intekma Resort, Shah Alam

Training kali ini di Shah Alam, satu lokasi yang tak le jauh sangat dari rumah Sherrina tapi belum tentu setahun sekali pun Sherrina jejak kaki ke sini. Sebabnya takde kawan atau sedara dok di sana dan keduanya kerana selalu sesat bila ke sana. Walaupun banyak signboard dan roundabout, tidak begitu membantu. Barangkali dah sampai seru nak kahwin beli GPS kot.

Training kali ni subjek asas MS Office 2007. Kali pertama buat Sherrina untuk mengajar versi ni. Sebetulnya nervous juga sebab walaupun dah install versi ni di laptop begitu lama, tak penah guna. Sebab terlalu selesa guna versi 2003. Tapi kali ni keperluan mengajar versi 2007 dah tiba, sehari sebelum mengajar kene le godek dan study apa yang patut. Tapi sebagai pengguna tegar versi 2003, peralihan ke versi 2007 tak membawa banyak masalah. Cuma nak kene selalu belek ribbon-ribbon yang ada. Supaya familiar dan hafal dimana lokasi tool-tool yang diperlukan.

Sherrina check-in di Intekma Resort jam 3 petang. Saja datang awal supaya tak lekat di traffic jem petang ketika orang balik dari kerja. Sebenarnya sesat juga nak sampai ke Intekma tu walaupun dah diberi guide oleh Sien. Silapnya semasa di roundabout UiTM tu, Sherrina ke arah kanan (pukul 3 dari MacD) walhal sepatutnya kene pusing lagi sebab ianya di laluan lain. Tapi lepas berpusing2, jumpa juga lah. Lapor diri di kaunter dan ambil kunci, terus ke apartment yang disediakan. Ianya apartment 2 bilik untuk Sherrina dan teman.


Ruang tamu.


My room. Since tido sorang, katil sebelah tu jadi tempat letak luggage lah.


Malam gi kuar ke 7-11 terdekat, beli barang dan makan char kuey tiow di satu restoran. Sedap giler!


My students, classroom agak kecil. Nasib baik student tak ramai.


Group presentation. Siap ada hadiah untuk 3 kumpulan terbaik.


Makanan disini bagus juga, walaupun resort ni apartmentnya agak usang.


Majlis penutup kursus


Bergambar kenangan bersama semua peserta

Selepas check-out last Thursday, sampai di rumah jam 4 petang. Pengalaman yang sangat menyeronokkan sebab pesertanya semua sporting-sporting :)

Sunday, October 19, 2008

ET: Open house dan Max Payne

ET (Entry Tertunggak) kali ni mengenai open house. Bukan main banyak lagi jemputan ke open house. Tak cukup hujung minggu, hari kerja pun ada. Tapi lepas office hour lah. Kadang2 tu sampai 4-5 jemputan dalam satu hari. Banyak juga yang kene tolak kerana clash waktu.

Last Saturday, kawan Sherrina jemput ke open house. Ayu memang buat setiap tahun dan Sherrina cuba untuk hadiri setiap tahun. Thanks to Ayu yang sudi menjemput.




On the next day, Sherrina and member gi Berjaya Times Square. Takde plan pun nak tengok wayang sebab tak booking. Besides malas nak queue panjang2 untuk amik tiket, maklumlah hari Ahad. Tapi Sherrina lupa yang Ahad tersebut adalah Ahad dlm bulan Raya. Takde orang pun di GSC. Malah, takyah beratur pun dan terus je ke kaunter. Aneh, susah nak jumpa situasi mcm tu kecuali gi tgk wayang di waktu pagi pada hari bekerja.

Kami pilih filem Max Payne sebab baca banyak review bagus mengenainya. Sherrina sendiri pun tatau apa-apa pasal filem ini, hanya tau ianya adaptasi daripada permainan video. Tapi apabila menontonnya (suka sangat sebab dapat seat yg bagus), boleh ikut dan fahami jalan ceritanya. Ada part yang sedihlah, iskkk...iskk. Tapi Max Payne punya weapon takleh blah lah. Sekali dia tembak, kepala gajah pun boleh jadi serbuk. Apa pun kami enjoy lah menonton filem aksi ni. Boleh kasi 5 bintang lah.

Sebelum balik, makan dulu di Station Kopitiam. Menu biasalah, sizzling beef with rice.








Wednesday, October 15, 2008

Mamma Mia The Movie




Semenjak tertengok trailer filem muzikal Mamma Mia, berkobar-kobar menunggu filem itu ditayangkan di Malaysia. Tapi bila ia mula ditayangkan, tak dapat pulak nak cari time nak gi tengok filem tu. Sehinggalah Isnin lepas, tak tertahan lagi harus gi tengok juga. Since pergi time office hour maka kene le tengok sorang-sorang. Check di website GSC, tayangannya dah hujung2. Kene cepattt sebelum kehabisan.

As usual gi GSC Times Square. Takde orang. Yippee! Beli tiket jam 11.40 pagi then pegi makan di Kenny Rogers. Tepat jam 11.40 pagi, masuk ke panggung. Ingatkan takde orang, ada dalam 15 orang kot. Not bad.

Citer ni pelakon utamanya ialah Meryl Streep. Memula cam tak caya lah dia ni berlakon filem macam ni. Sebab lakonannya dalam filem Devil Wear Prada tu mmg sangat evil, so mcm dah lekat dlm kotak fikiran yg dia ni memang pelakon evil (muahahahaha!)



Bila show mula hingga ke akhir, tak henti2 ketawa dan menyanyi bersama. Sherrina tidaklah membesar di era lagu2 Abba tetapi lagu macam Dancing Queen tu penah dengar, lagu Honey Honey Honey tu tak silap famous dalam citer Scooby Doo. Tapi rupanya banyak lagi lagu2 best daripada kumpulan Abba ni. Memang happening dan seronok lah.



Yang paling kagum ialah Meryl Streep ni yg nyanyi sendiri kebanyakkan lagu bersama pelakon-pelakon lain. Maka dapatlah melihat Pierce Brosnan jejaka James Bond kali ni menyanyi dan menari pulak. Boleh tahan lah tapi nyanyian Meryl Streep amat best.



Apabila mula menonton filem ini dan mula jatuh cinta dengan lagu2 dalam filem ni, barulah Sherrina google mengenai kumpulan Abba ni. Rupanya bukanlah kumpulan asal Amerika tapi dari negara Eropah. Kemudian cari pula video klip asal nyanyian kumpulan Abba. Best sangat. Setelah download soundtrack dan filemnya (kualiti biasa2 aje, kene tggu dvd ori keluar baru best) baru rasa lengkap. Asalnya cuma beberapa lagu aje yang dirasakan best, akhirnya semua lagu menjadi best bila didengari berulang kali.

Lepas ini nak carilah filem2 lain lakonan Meryl Streep ni. Terasa best sgt menonton lakonannya dalam Mamma Mia especially tang ekspresi muka ketika dia berlakon dan menyanyi. Yang paling best ialah ketika penutup dimana mereka semua menyanyikan semula lagu Dancing Queen dan Waterloo.

Apa pun, filem ini tak rugi ditonton sebab memang happening. Kalaupun tak pernah mendengar lagu2 Abba sebelum ni, cubalah dengar di filem ni. Mana tau kot addicted macam Sherrina jugak....hahahaha :D

Sunday, October 12, 2008

Majlis Penghargaan AJK Jubli Perak

Jumaat lepas berkampung di Corus Hotel, Port Dickson. Sherrina dan family kak Aidrina bertolak agak lewat sikit dari KL sebab nak selesaikan hal pemberian hadiah. Kami singgah makan malam di kedai asam pedas abg Faruk di Ampang dulu, ternganga kejap depan tv menonton cite Ayat-Ayat Cinta. Baru le tahu kenapa famous sangat buku dan filem itu. Lain dari yang lain rupanya.

Kami tiba di Corus Hotel jam 11.30 malam. Bagus juga kami gerak lewat kerana jalan clean and clear. Selepas urusan check-in, naik ke bilik dan tido. Family kak Shurqi dan kak Shireen dan check-in lebih awal. Besar sungguh bilik di hotel ni. Satu bilik ada 2 katil saiz queen. Facilities di bilik ni sgt memuaskan. Kami dpt rate yg istimewa untuk check-in lebih awal.



Pagi esoknya dah dikejutkan awal-awal oleh Adli dan Adlan. Nak ajak mandi di swimming pool. Jam 8 pagi kami dah turun ke pool bersama-sama dengan anak2 kak Shurqi. Best juga sebab takde orang. Maklumlah baru habis cuti raya, sebab tu tak sibuk sangat hotel ni.


Mandi sakan sampai kecut2 badan. Makan breakfast pun kat tepi pool tu je (thanks to kak Aidrina dan abg lan yg gi ke pekan beli makanan). Pukul 11 pagi pakat naik lah, sebab kang nak lunch plak kol 12.


Buffet lunch

Ingatkan nak turun sharp kol 12, sekali tertido daa. Kol 12.45 baru turun. Takde orang pun lagi. Makanan di sini boleh tahan sedap. Lepas makan, lepak di karaoke box. Bestlah kat sini sebab ada karaoke box @ karaoke jamban. Satu lagu RM1.50. Layan 7-8 lagu sementara menunggu yang lain check-in dan menunggu mesyuarat post-mortem bermula jam 3.30 petang.




Mesyuarat post mortem yang bermula jam 4 petang dan berakhir jam 6 petang berjalan dengan jayanya. Perbincangan mengenai pengendalian majlis jubli perak yang lepas, baki wang yang tinggal dan pembubaran AJK Jubli Perak juga telah dijalankan. Terima kasih atas sumbangan semua AJK.

Lepas selesai, semua cepat2 cabut lari le nak pi mandi swimming pool. Sherrina jalan2 ke pantai nak melihat persiapan untuk majlis makan malam.











Lepas tengok guys main beach volley, naik ke bilik untuk siap2 gi dinner. Zaitie dan Mulan pun dah check-in, satu bilik ngan Sherrina. Happening sikit.

Acara makan malam mula jam 8.30. Banyak gile makanan. BBQ ayam, sotong, udang, ikan, kambing. Pastu ada laksa, soto, sate yg sedap. Ada dessert dan mcm2 lah. Tak termakan pun, lebih sembang aje. Pastu sorang-sorang start karaoke, dimulakan dengan Madhi, abg Lan dll..Sherrina pun sempat kasi sumbang-mambang satu lagu.







budak-budak main bunga api

Habis majlis pukul 12 tengah malam, lepak2 di lobi sampai kol 1.30 pagi pastu naik tido. Sok paginya kol 8.30 pagi turun breakfast dan ke acara sukaneka di pantai.





























Acara sukaneka yang berakhir jam 11 pagi diteruskan di swimming pool pula. Lepak kejap di pool sembang2 kemudian naik ke bilik untuk packing. Jam 12.30 tengahari kami turun untuk check-out dan lunch.



Selepas sesi bergambar beramai-ramai, jam 3 petang Sherrina gerak pulang semula ke KL. Hujan lebat di tengah jalan, tapi tak jem sangat. Selamat sampai umah jam 5 petang. Seronok tak terkira, hopefully boleh organize mcm ini lagi.











LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin