Sunday, October 19, 2008

ET: Open house dan Max Payne

ET (Entry Tertunggak) kali ni mengenai open house. Bukan main banyak lagi jemputan ke open house. Tak cukup hujung minggu, hari kerja pun ada. Tapi lepas office hour lah. Kadang2 tu sampai 4-5 jemputan dalam satu hari. Banyak juga yang kene tolak kerana clash waktu.

Last Saturday, kawan Sherrina jemput ke open house. Ayu memang buat setiap tahun dan Sherrina cuba untuk hadiri setiap tahun. Thanks to Ayu yang sudi menjemput.




On the next day, Sherrina and member gi Berjaya Times Square. Takde plan pun nak tengok wayang sebab tak booking. Besides malas nak queue panjang2 untuk amik tiket, maklumlah hari Ahad. Tapi Sherrina lupa yang Ahad tersebut adalah Ahad dlm bulan Raya. Takde orang pun di GSC. Malah, takyah beratur pun dan terus je ke kaunter. Aneh, susah nak jumpa situasi mcm tu kecuali gi tgk wayang di waktu pagi pada hari bekerja.

Kami pilih filem Max Payne sebab baca banyak review bagus mengenainya. Sherrina sendiri pun tatau apa-apa pasal filem ini, hanya tau ianya adaptasi daripada permainan video. Tapi apabila menontonnya (suka sangat sebab dapat seat yg bagus), boleh ikut dan fahami jalan ceritanya. Ada part yang sedihlah, iskkk...iskk. Tapi Max Payne punya weapon takleh blah lah. Sekali dia tembak, kepala gajah pun boleh jadi serbuk. Apa pun kami enjoy lah menonton filem aksi ni. Boleh kasi 5 bintang lah.

Sebelum balik, makan dulu di Station Kopitiam. Menu biasalah, sizzling beef with rice.








No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin