Wednesday, October 15, 2008

Mamma Mia The Movie




Semenjak tertengok trailer filem muzikal Mamma Mia, berkobar-kobar menunggu filem itu ditayangkan di Malaysia. Tapi bila ia mula ditayangkan, tak dapat pulak nak cari time nak gi tengok filem tu. Sehinggalah Isnin lepas, tak tertahan lagi harus gi tengok juga. Since pergi time office hour maka kene le tengok sorang-sorang. Check di website GSC, tayangannya dah hujung2. Kene cepattt sebelum kehabisan.

As usual gi GSC Times Square. Takde orang. Yippee! Beli tiket jam 11.40 pagi then pegi makan di Kenny Rogers. Tepat jam 11.40 pagi, masuk ke panggung. Ingatkan takde orang, ada dalam 15 orang kot. Not bad.

Citer ni pelakon utamanya ialah Meryl Streep. Memula cam tak caya lah dia ni berlakon filem macam ni. Sebab lakonannya dalam filem Devil Wear Prada tu mmg sangat evil, so mcm dah lekat dlm kotak fikiran yg dia ni memang pelakon evil (muahahahaha!)



Bila show mula hingga ke akhir, tak henti2 ketawa dan menyanyi bersama. Sherrina tidaklah membesar di era lagu2 Abba tetapi lagu macam Dancing Queen tu penah dengar, lagu Honey Honey Honey tu tak silap famous dalam citer Scooby Doo. Tapi rupanya banyak lagi lagu2 best daripada kumpulan Abba ni. Memang happening dan seronok lah.



Yang paling kagum ialah Meryl Streep ni yg nyanyi sendiri kebanyakkan lagu bersama pelakon-pelakon lain. Maka dapatlah melihat Pierce Brosnan jejaka James Bond kali ni menyanyi dan menari pulak. Boleh tahan lah tapi nyanyian Meryl Streep amat best.



Apabila mula menonton filem ini dan mula jatuh cinta dengan lagu2 dalam filem ni, barulah Sherrina google mengenai kumpulan Abba ni. Rupanya bukanlah kumpulan asal Amerika tapi dari negara Eropah. Kemudian cari pula video klip asal nyanyian kumpulan Abba. Best sangat. Setelah download soundtrack dan filemnya (kualiti biasa2 aje, kene tggu dvd ori keluar baru best) baru rasa lengkap. Asalnya cuma beberapa lagu aje yang dirasakan best, akhirnya semua lagu menjadi best bila didengari berulang kali.

Lepas ini nak carilah filem2 lain lakonan Meryl Streep ni. Terasa best sgt menonton lakonannya dalam Mamma Mia especially tang ekspresi muka ketika dia berlakon dan menyanyi. Yang paling best ialah ketika penutup dimana mereka semua menyanyikan semula lagu Dancing Queen dan Waterloo.

Apa pun, filem ini tak rugi ditonton sebab memang happening. Kalaupun tak pernah mendengar lagu2 Abba sebelum ni, cubalah dengar di filem ni. Mana tau kot addicted macam Sherrina jugak....hahahaha :D

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin