Tuesday, August 24, 2010

Buffet Buka Puasa di Felda D'Saji dan rumusan keseluruhan


Sabtu lepas dapat jemputan berbuka puasa percuma di Felda D'Saji. Memandangkan dekat je dengan umah, taklah gi awal sangat pun. Lagipun pada hari berkenaan Sherrina ada bengkel Search Engine Optimization yang diajar oleh SEO Expert Malcom Chua di JayaOne, PJ. Habis je bengkel hari pertama, Sherrina terus drive ke area sana untuk amik member dan gi ke Felda. Jalan pun tak jem.

Bagi yang tak tau, Felda D'Saji ni kalau tak silap komponen tempat makan/tempat kenduri-kendara/function place dibawah pentadbiran Felda selepas Dewan Merak Kayangan dan Dewan Perdana. Tinjauan ke kawasan Dewan Perdana mendapati ramai orang berpusu-pusu buka puasa di sana. Lokasi Dewan Perdana dan Felda D'Saji ni dekat je, kongsi kawasan parking yang sama.


Tahun lepas pun Sherrina dapat jemputan berbuka puasa disini juga. Masa tu kecik je tempat ni, meja dan pilihan makanan pun tak banyak sangat. Tahun ni nampaknya dorang dah bersedia nak buka besar-besaran. Banyak meja dan kawasan pun nampak dah diluaskan hingga ke belakang. Kami duduk di area belakang yang lapang dan tak sesak. Walaupun di belakang kawasan tumpuan utama, buffet station ada disana. So takyahlah nak berebut amik lauk-pauk bagi yang makan nasi campur. Cuma kalau nak steamboat, makanan berpanggang dan selain lauk-pauk baru ke kawasan depan.

Boleh dikatakan pilihan makanan disini sangat meluas. Daripada makanan yang berat kepada yang ringan. Dari timur membawa ke barat. Cuma larat ngan tidak aje nak makan.

Spaghetti carbonara yang enak. Habis carb diet aku!
Kambing panggang disini kureng sket daripada tempat lain.

Ayam panggang tapi tak rasa pun sebab dah kenyang
Kalau dilihat dari segi pilihan makanan, disini memang banyak. Pada harga RM58++ untuk dewasa yang mereka tawarkan, lebih hebat pilihannya berbanding hotel berbintang-bintang yang mencekik pelanggan sehingga RM89++. Bahagian lauk-pauk pun Sherrina tak sentuh sebab khusyuk layan di khemah depan. Antara juadah yang Sherrina cuba ialah kambing panggang (bolehlah), sotong goreng tepung (sedap), spaghetti carbonara (yummy!), kuih-muih tradisional yang tak jumpa kat buffet lain dan dah lama tak makan seperti puding jagung dan kuih lompang, sup cendawan yang sedap macam di Pizza Hut, aiskrim berjenama bukan rasa tepung punya. Dari segi minuman ialah teh tarik, sirap bandung dan air kosong. Sedap belaka. Cuma yang kantoi ialah coleslaw sebab terlebih cuka dan popiah goreng bercili terlebih pedas. Yang lain almost perfect.

Setelah berbuka puasa secara buffet di tiga lokasi berbeza, Sherrina agak kagum sebab Felda D'Saji mampu menyediakan juadah yang lebih enak dan servis yang lebih baik berbanding hotel berbintang-bintang pada harga yang jauh lebih murah.

Berikut adalah rumusan Sherrina berdasarkan tiga lokasi buka puasa tahun ini:

sherrina.comHotel
Renaissance KL (TEMPTationS)
Hotel Legend KLFelda
D'Saji
Pilihan
Makanan
tak
banyak seperti yang dijangka
banyak
tetapi lambat refill
banyak,
sentiasa refill
Kualiti
Makanan
bolehlah.
Tak sebagus yang dijangka
Ada
beberapa juadah yang baloi makan berkali-kali
Sedap
dan menyelerakan
SuasanaSempit
dan berhimpit-himpit
Sempit
dan berhimpit-himpit
Ada
kawasan yang luas ada yang sempit
Layanan/PerkhidmatanSangat
teruk. Lambat giler angkat pinggan kotor. Gelas pun takde kat tempat
air.
Laju
giler angkat pinggan kotor. Baru letak sudu dah hilang pinggan tu!
Sederhana.
Kene panggil waiter baru amik pinggan sebab meja kitorg agak hujung.
HargaRM89++
(kalau tak silap)
RM89++RM58++


Apa pun tepuk dada tanya selera. Selamat berbuka puasa :)

1 comment:

Haris Abdul Rahman said...

Menarik ni. I kena pergi nampak gayanya!

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin