Wednesday, August 25, 2010

Food Review: QThai Village di Dagang Avenue


Ada no telefon kalau korang nak buat reservation
Semalam Sherrina dan geng bujang CBN iaitu Ailina, Wan Dina ngan Akim berbuka puasa bersama di QThai Village yang terletak di Dagang Avenue. Kat mana? Korang tau MBO Ampang? Depan MBO tu ada deretan rumah kedai yang ada banyak restoran. Kat situ lah.Sebelahnya kedai steamboat yang Sherrina penah review sebelum ini.

Sherrina dan Wan Dina sampai di restoran tu jam 6.30 petang. Lengang je takde orang. Kami order set berbuka puasa untuk 4-5 orang yang merangkumi 5-6 jenis lauk dan manisan iaitu cendol. Kol 7 Ailina pun sampai dan Akim lak tiba masa dah berbuka puasa. Maklumlah, dia yang paaaaaaling jauh :p

Jom tengok makanan yang ada dalam set menu yang kitorang order:

Tataulah ikan spesis apa. Tapi dalam menu namanya Dancing Fish. Sedap giler...serius sedap!


Tomyam seafood. Pedas, pekat dan lazat. Setanding dengan tomyan di Taharah

Green chicken curry. Manis sket tapi sedap juga.
Sotong goreng tepung. Syok layan lepas makan nasi sambil borak-borak
Udang Bangkok. Garing dan manis. Dimasak dengan sos.
Kailan ikan masin. Sherrina yang tak suka sayur pun asyik makan lauk ni.
Cendol. Mantap giler cendol ni. Leh layan dua mangkuk.
Dari segi suasana, selesa dan menarik. Lagi-lagi plak ada 2-3 meja je yang ada pelanggan. Tu pun last skali tinggal kitorang satu meja je dok sembang gelak ketawa. Dari segi kualiti makanan, superb. 5 bintang untuk masakan tomyam antara yang tersedap pernah Sherrina makan. Servis pun bagus. Siap tolong amikkan gambar kitorang lagi. Yang kureng ialah gangguan pengumuman maklumat restoran yang kuat dan mengganggu perbualan. Dua-tiga kali lak tu. Rasa macam makan kat stesen bas atau airport lak.

Parking kat area ni pun susah waktu malam so kalau nak gi makan sini, datang le awal. Kesimpulannya, confirm datang sini lagi dan lagi di masa hadapan.....rasanya macam nak gi lagi lah minggu ni gak. Hua hua hua.....

4 comments:

mantoi said...

So Sherry .. berapa juta abis ??

Haris Abdul Rahman said...

Menarik ni. Kena try lah!

sherrina said...

abg Mantoi, utk makan 4 org dalam RM170 termasuk air berapa gelas ntah. Makanan sahaja dalam RM140 gitu.

Dr Haris,
Kalau suka Thai food, tentu suka makanan disini.

hyperlink said...

Chrome Effect Spray Paint - Thousands of Factory Audited China Suppliers, China Manufacturers, China Products are seeking Trusted Importers and Exporters on tradetuber.com

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin