Friday, September 01, 2006

Book Review: Advencer Si Peniup Ney

Merdeka..Merdeka..Merdeka....merdekalah zahir dan batin. Merdekalah pemikiran dan akhlak drpd dijajah.

Apa korang buat cuti merdeka? Aku takde buat apa2. Pengalaman tersangkut di jalan Ampang selama 3 jam selepas shoot gambar bunga api kira2 3 tahun lalu telah membuatkan aku serik nak keluar pada waktu merdeka. Lebih baik aku duduk di umah tgk live telecast bunga api dari seluruh negara.

Aku sebenarnya tak tengok tv pon masa malam merdeka. Ini kerana laptop kesayangan aku ni buat hal taknak beroperasi macam biasa dan aku plak khuatir project yg aku dah siapkan tu takleh nak diselamatkan ke thumbdrive (masaklah kalau ia hilang selamanya). Maka aku spend sepanjang malam menggodek2 laptop ni dan inilah hasilnya..aku boleh blog semula walaupun bertan2 virus yg kene dibuang.

Selain tu aku habiskan masa membaca buku tulisan penulis kegemaran aku iaitu Faisal Tehrani yang baru aku beli di MPH Wangsa Maju. Masa mula2 beli frust gak. Bukan sebab buku ni tak best tapi sebab ada banyak muka surat yang rosak. Terpaksa aku pulang dan tukar semula. Kini takde masalah lagi.

Seperti yang dijangka, penulisan Faisal Tehrani memang terkenal berkisar agama Islam. Dan kali ni lagi best sebab ia menyentuh satu perkara iaitu hiburan. Dan aku suka sgt penulisan FT sebab ia bukan penulisan kosong tetapi padat dengan fakta2. Thanks to FT, baru aku tahu betapa luasnya ilmu muzik didalam Islam. Kalau korang suka cerita2 mcm ni, dapatkan le Advencer Si Peniup Ney....best giler.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin