Monday, September 18, 2006

Anda Liat Nak Bangun Pagi?

Adakah anda tergolong dalam kumpulan homosapiens yang liat nak bangun pagi walaupun loceng jam dan berdering separuh mati? hahaha....ini dia produk yang anda nanti-nantikan...check it out....muahahaha...

1. Jam Gantung


Jam ni bila berbunyi ia akan naik slow2 ke atas sampai le anda dapat tangkap ia dan hentikan bunyi jam ini. Bayangkan le kalau anda lambat bangun? Ia akan berdering2 di siling bilik anda? Terpaksa cari tangga pulak. Baik bangun dan matikan ia...

2. Jam Puzzle


Untuk menghentikan jam ini korang kene selesaikan jigsaw puzzle yang diberikan. Abih, puzzle dah siap tak reti2 nak bangun?


3. Jam Cekik



Seperti namanya, korang kene cekik leher jam ni supaya dia berenti berbunyi. Dan dia agar vibrate agar darah2 lancar ke otak korang supaya korang leh bangun...

4. Jam Polis



Jam ni akan ada vibrator, kekuatan bunyi 95 desibel cukup le untuk kejutkan seluruh taman perumahan dan yang best ada lampu mcm lampu kete polis tu....pedih mata wooo...

5. Jam Pin



Seperti namanya dan rupanya, korang kene cari pin mana yang perlu ditekan untuk mematikan jeritan jam loceng ni. Dan kedudukan pin diubah setiap hari secara automatik. Abis kalau dah bersila menekan semua pin, takkan tak daya nak ke bilik air lagi?

6. Jam Ayam Bertelur



Jam ni bila berbunyi dia akan mengeluarkan telur dengan banyak. Selagi korang tak bangun, kutip telur-telur tu, masukkan dalam bakul dan masukkan balik dalam jam..selagi tu ia takkan berhenti berbunyi....kelass koo!!


7. Jam GI Joe



Mesti korang penah tgk kan kartun GI Joe. Jam ni akan menjerit macam askar bagi arahan dengan kuat sampai le korang bangun, berkawat 10 minit dan push up 50 kali (tang ni aku tambah aje)..wahahaha

8. Jam Terbang



Ni antara jam yang paling best. Bila ia berbunyi, ia akan terbang dan terbang sampai le korang leh tangkap ia dan tutup alarm jam ini. Awas, pastikan korang tidur dengan tingkap bertutup kerana kalau jam ni terbang keluar.....pandai2 lah korang kejar sampai ke umah jiran yekk..


9. Jam Grenade



Korang tau lah kan apa fungsi grenade. Sekali dia 'meletup' dia punya bunyi....confirm lepas tu korang kene halau dari neighbourhood tu...wakakakaka...


10. Jam Nyorok-Nyorok

Inilah jam yang paling powderful. Sekali dia berbunyi, dia akan bergolek lah bergoleklah sukati dia lah kemana dia nak golek dan dia akan sembunyi. Selagi korang tak jumpa dia, selagi tu dia takkan berenti melalak. Kalau pintu bilik terbuka dan ini jam sudah turun tangga....kaput lah beb.....wahahahaha


Amacam, best tak jam-jam ni? sapa2 nak beli bleh le order kat internet..kat mana exactly aku pon tatau sebab aku pon dapat mende2 ni dari email...wahahahaha...selamat mengejar jam!!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin