Wednesday, September 06, 2006

Dinner @ Bora Ombak

Hari ni ingat nak cari tempat best sket utk dinner. Slalu dengar pasal restoran ala Bali iaitu Bora Ombak. In fact tiap2 minggu memang nampak le sebab Bora Ombak ni sebelah Sports Planet Ampang tempat sherrina port main futsal.

Petang tadi ajak member pi sana. Lepas park kete, kagum le sebab design restoran dari luar memang lawa. Nilai2 eksotik gitu, Bali le katakan. Melangkah masuk ke restoran, alamak....kucar kacir sebab baru lepas hujan. Masuk ke restoran dan pilih sebuah meja yang sesuai. Menunggu pelayan sambil meneliti hiasan dalaman restoran. Hmmm....terlalu banyak sangat barang, nampak agak bersepah. Tunggu punya tunggu, sapa pun tak mai. Aku pi ke kaunter dan tanya samada kene self-service order atau ada orang amik order. Restoran agak lengang. Maybe sebab petang agaknya. Urghhh...tak suka alas meja nya...berbau. Abis tangan berbau masam...urghhh..

Baru le terkial2 datang seorang mamat minah (tatau nak beza mamat ke minah) hantar menu. Lepas belek2...mahal juga makanannya. Cuba jugalah Sizzling yee mee with freshwater prawn. Member pulak amik bihun sup. Air order mineral water aje, yg lain mahal macam di hotel.

Lepas tunggu punya tunggu sambil bosan. Ingatkan happening sangat. At least pasang le lagu ini tak sunyi aje. Spooky laks dengan segala hiasan patung2 tu. Makanan pun sampai dan minuman. Sizzling Yee Mee sedap...memang sedap. I think the best I've ever had, second kepada yang ada di Cosy Restaurant. Udangnya juga besar. Tapi bihun sup kureng....

Lepas makan kene tunggu pulak pelayan hantar bil. Serba serbi lambat dan lembab. Bayar cepat2 (RM23 campur service tax yang service nye lembab) dan blah dari situ. Tak pegi dah lepas ni. Tadak gambar lah apa rupanya tempat ni....tak bawak digicam. Anyway, itu satu daripada not-so-good experience di restoran yang sepatutnya tip top.....kalau tau baik pegi Taman Samudera pekena mee bandung yang lazat menjilat sudu tu...huhuhu

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin