Friday, October 27, 2006

Insurans- Kenapa takut?

Apabila bercakap mengenai insurans, kebanyakkan orang Melayu disekeliling aku kelihatan gementar. Heran. Perlindungan pun takut. Mungkin sebab banyak kes penipuan insurans yang diceritakan di akhbar menyebabkan masing-masing lebih rela menggadai tanah pusaka dan mengorek simpanan hari tua apabila membiayai bil hospital daripada mengambil insurans. Agak hairan apabila aunty jual soyabean tepi jalan mempunyai insurans tetapi pegawai eksekutif di syarikat tidak mempunyai insurans. Takde knowdge? Tak aware? Malas nak amik tahu? Lantakkan ajelah? Anyway, kalau korang tertanya2, aku bukan agen insurans. Bukan bidang aku jual-menjual ni cuma aku nak sebarkan sejauh mungkin betapa pentingnya insurans (tak caya, baca buku Azizi Ali. Berkali2 dia menyentuh soal insurans. Malah rumah pun perlu diinsurans kan tau...korang tau?) Terdapat banyak cap dan jenama insurans didalam pasaran Malaysia. Cuma perlu pilih, teliti, check dompet dan keperluan anda serta isi borang.

Bagi aku keperluan insurans paling penting buat masa ini ialah insurans kesihatan (takyah bersesak dalam spital gomen, kasi can pada org miskin) dan insurans diri (kalau kemalangan, cacat sapa nak tanggung?). Sebenarnya ramai agak sceptical dengan insurans kerana bersabit dengan nyawa dan pelaburan yang meragukan. Again, study dulu sebelum membuat pilihan. Aku pernah ajukan persoalan ini kepada Ustaz Amran di Mingguan Malaysia tapi takde reply sampai ke hari ini. Aku agak hairan kenapa ulama kurang menyentuh bidang insurans apatah lagi bidang kewangan Islam. I guess kekurangan ilmuan Islam dalam bidang ini menyebabkan susah nak cari penerangan mengenai hal ini yang agak kompleks. Walau apapun, bertindak sebelum terlambat. Tak guna menyimpan beribu-ribu dalam akaun simpanan kalau akhirnya dicurahkan ke bil perubatan. Back to zero. Paling takut jika sampai terpaksa menggadai aset.

Wednesday, October 25, 2006

HARI RAYA 2006 - Day One, Malam Raya Pertama

Acara wajib setiap kali raya, malam raya mesti berkumpul di umah makcik aku di Setapak. Best dapat kumpulkan semua dibawah satu bumbung. Bukan nak makan sangat pun tapi dapat sama2 berkumpul dan bersembang. Masa ni lah baru tahu yg sipolan dah masuk skolah menengah, sipolin dah abis blaja...cuma satu family aje tercicir sebab balik umah mertua di Kedah. Anyway, here's some pics...kesian jiran2 sebelah. Havoc kitorang malam tu.







HARI RAYA 2006 - Day One

Assalammualaikum, pekabo? Burbbb...tu dia...bau lemang, bau ketupat, bau kuah kacang. Sakan noo...sampai boroi perut dibuatnya melantak sakan. Bagi yang beraya di kampung maybe raya seminggu ni jalan sakan lah. Aku yg beraya di KL ni seminggu raya ni berehat dulu. Cuma pi beraya umah sedara terdekat. Pastu tunggu semua balik ke KL semula baru leh jalan ke umah kawan2 lain.

Hari raya pertama biasa sahaja. Cuaca KL pun mendung, hujan di tengahari , petang dan malam. Main bunga api kene kensel sebab hujan. Kesian budak2 kecik menunggu2 bila nak cucuh bunga api. Sok2 lah ya adik-adik. Petang tadi masing2 boring tahap cipan dok dlm umah, aku bawak lah depa ke taman permainan depan umah pakcik aku tu. Tu dia ligan.....macam terlepas dari kandang. Sempat le snap beberapa gambo anak-anak buah.














Saturday, October 21, 2006



Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blog From A Different Point Of View...semoga berbahagia di hari raya. Maaf zahir dan batin :)

Tuesday, October 17, 2006

Seminggu Sebelum Raya

Kebanyakkan orang seminggu sebelum raya sibuk membeli-belah persiapan terakhir. Suri rumah pulak sibuk mengemas rumah. Aku pula sibuk mengejar kerja2 yg perlu disiapkan sebelum raya dan ketika raya (aiyoo..raya pun kene buat keje? kene beb...cuti panjang rugi duduk saja2).

Aku sedang berkampung di sebuah sekolah di Kepong untuk program Kem ICT bagi lepasan PMR. Penat tapi seronok. Akan ku ceritakan secara details apabila ia tamat hari Khamis ini.

Semalam lepas kem, sempat jenguk Tadika Athfaal selepas beberapa minggu tak datang mengajar kerana dah habis cover semua pada bulan September. Seronok budak2 bila nampak aku di pagar. Sementara menunggu kontraktor siapkan wiring di bilik komputer, sempat mengambil gambar-gambar pelajar yang sedang gigih berlatih untuk konsert akhir tahun walaupun berpuasa.



Si Comel yang kecil-kecil cili padi


Penat berpuasa tapi tetap gigih


Jauhnya termenung


Cergas dan bertenaga


Mendengar dengan tekun


Penuh perasaan


Anak-anak 4 tahun yang bijak dan petah




Wah..abang-abang tak kurang ligat!


Tak jemu-jemu berlatih memastikan yang terbaik


Walaupun aku kini mendapat beberapa projek IT training di jabatan-jabatan kerajaan yakni mengajar kakitangan yg kesemuanya golongan dewasa, tetapi keseronokkan mengajar tu tak dapat terbanding dengan hebatnya mengajar kanak-kanak. Diakui ramai ibu bapa seperti tak percaya dengan kebolehan anak-anak mereka menggunakan komputer dengan pelbagai software dan hasil-hasil kerja yang mereka hasilnya tetapi inilah hakikatnya. Mereka masih lembut dan boleh dilentur. Kalau yang dah tua, memang payah nak lentur. Mengajar kanak-kanak ini semacam terapi kepada keletihan dan stress mengajar golongan yang lebih tua. Walaupun hakikatnya kanak-kanak lebih nakal dan bising tetapi mereka lebih taat mendengar kata berbanding yang sudah berusia.





Saturday, October 14, 2006

Catching Up With The Latest

Salah satu perkara yang dari dulu aku cukup susah nak buat secara konsisten ialah catch up dengan perkara semasa pada waktu yg mana ketika itu semua org mengetahui atau menggilai mende itu. Contohnya, masa awal tahun 90an semua budak2 baya aku (average 10-12 years old) kenal setiap artis slow rock mcm Search, Wings, Olan, Damasutra dan banyak lagi. Pada ketika lagu2 sebegitu top aku berada di Australia sebab ayah aku belajar disana. By the time aku balik dan sibuk nak prepare utk UPSR, aku lupa mende2 tu dan aku hanya mengenai kumpulan2 itu masa aku naik Form 1. Kawan2 aku heran apsal aku layan lagu2 tu sedangkan masa zaman Form 1 tu antara yg naik spt KRU, 4U2C, dan banyaklah boyband2 yg mula naik.

Baru2 ni sedang aku buat preparation nak mengajar, student2 aku menyanyi dibelakang. Aku teliti lagu yg mereka nyanyi. Ahh...lagu pop masa kini tapi lagu apa? Bila sampai tang chorus masing2 jerit sekuat hati....My Heartttttt...then baru aku catch up. Ohhh..lagu My Heart. Macam pernah dengar tapi dimana ya?

Aku slalu dengar radio sewaktu memandu. Most of the time aku suka tune to Sinar FM atau KLFM sebab banyak lagu2 lama yg aku suka. Ada juga lagu2 baru dikeudarakan tapi taklah begitu bother nak amik tau sangat. Sampailah bila aku pegi mengajar tuisyen pagi tadi, student aku pun humming lagu My Heart sambil buat keje. Terkesima aku. Nampaknya lagu ni must be really popular. Tapi apsal aku tatau???

Anyway, balik aje aku surf internet. Cari MP3 lagu tu dan download....first time dengar biasa aje tapi dengar banyak kali....not bad. I like the tune of the guitar..best. Lepas ni lagu ni ajelah yg bergema dlm kepala aku selama beberapa hari (few days ago lagu Zubir Ali: Balada Seorang Gadis Kecil yg aku dok dgr setiap hari).

I guess aku kene peka dengan apa lagu yg student aku nyanyi supaya aku tau apa lagu yg paling hot masa kini....hahahaha....rasa mcm dah tua giler.....wakakaka....

Disini kau dan aku
terbiasa bersama
menjalani kasih sayang
bahagia kudenganmu

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn? reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

pernahkah kau menguntai
hari paling indah
ku ukir nama kita berdua
disini surga kita

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

bila kita mencintai yg lain
mungkin kah hati ini akan tegar
sebisa mungkin tak akan pernah
sayang ku akan hilang

if u love somebody
could we be this strong
i will fight to win
our love will conquer all
wouldn? reach my love
even just one night
our love will stay in my heart
my heart

Friday, October 13, 2006

Peta Lokasi Majlis Berbuka Puasa DDC51,52, DDZ


Majlis Berbuka Puasa akan diadakan bagi mengumpulkan semula sahabat
handai yg sama2 blaja di UTMKL 1998-2001. Berikut adalah maklumat
program:

Hari: Ahad
Tarikh: 15 Oktober 2006
Masa: 6.00 pm
Lokasi: Restoran Aneka Warisan Sup Adabi, MRR2 Tmn Melati
Dateline: Pendaftaran dibuka sehingga Sabtu 11.55pm
Bagi yang hadir, harap dapat isi maklumat anda. Nyatakan berapa yg
akan hadir (suami/isteri/ anak) dan tulis skali no hp supaya mudah nak
hubungi jika perlu.


Restoran Sup Adabi ni betul2 di tepi MRR2 Taman Melati. Bagi yang datang dari Ampang anda takyah pusing mana2 dah..tapi yg datang dari arah Batu Caves kene buat U-Turn dibawah flyover Klang Gate yg terletak selepas kawasan shophouses restoran itu.

Landmark lain spt:
- Kalau anda terlajak ke stesen Petronas, maka anda dah terlepas sedikit
-the one and only shophouses di tepi highway MRR2 Taman Melati takyah masuk simpang2
-bumbung warna oren
-dibelakang shophouses adalah kawasan pembinaan apartment 20 tingkat dan ada kawasan apartment 20 tingkat berwarna kuning
-restoran2 lain disitu spt Restoran Arang, 7-Eleven, dll...
-kalau sesat, sila call 013-3843484 atau sms
-sapa2 nak naik LRT Putra turun di stesen terakhir Gombak dan call, saya leh jemput.
-bagi yang dari Jln Tun Razak, Jalan Setapak, Jalan Genting Kelang..korang akan passby Kolej TAR. Lepas kolej TAR ada satu flyover. Jgn naik flyover, dibawah flyover ada simpang yg bleh ke kiri untuk naik highway MRR2
-Sapa2 yg sesat call/sms/misscall 013-3843484
-macam ni punya first class services klau hangpa tak mai...gua surrender lah :p

Makanan:
Buffet dewasa RM25
Ala-carte pelbagai jenis sup RM12 (nasi putih, sup yg korang pilih, sayur, telur dadar)
Nasi ayam kampung

Sapa nak order ala-carte sila dtg awal ya sebab nak masak tu amik masa. Kalau nak dtg lambat, amik buffet ajelah



Klik gambar untuk lihat saiz besar

Thursday, October 12, 2006

Titanica

Antara banyak2 bab sejarah didunia antara yang menarik minat aku ialah sejarah Titanic. Semenjak aku tgk citer Titanic dan terkesima dengan sejarahnya, aku mula mencari bahan2 bacaan berkenaan Titanic. Smalam pergi kedai sewa VCD dan terjumpa VCD Titanica....ianya dokumentari mengenai ekspedisi mencari semula bangkai kapak Titanic. Here's some screenshots from the documentary...









Monday, October 09, 2006

Buka Puasa Di Restoran Rebung

Smalam gi berbuka puasa di Restoran Rebung, Bangsar. As usual every year me and my CBN geng mesti akan get together for a buffet buka puasa. Last year gi Kelana Seafood this year gi Bangsar. This year best sebab takde boys yg ikut....all girls only.



Jerebu...sakit hidung dan tekak


Pintu masuk Restoran Rebung


Chef Ismail dan Sheikh Muzaffar, si astronout tu

It was RM45 per person. Makanan masakan melayu. Lauk pauk. Ada rojak, mee kari, laksa, bubur lambuk, kuih-muih, ikan bakar, popia basah dan several more. Tapi aku rasa tak berbaloi aje bayar RM45 dengan pilihan makanan yang biasa2 dan tempat yg sempit.


Lauk-pauk disediakan disini


Buka puasa dengan buah kurma



Info restoran ini


Luckily kitorang dpt meja yg luas dan selesa serta tak crowded. Kesian tgk org lain meja bulat kecik duduk 3 orang. I think RM45 tu better cari hotel atau restoran lain (I heard Sakura Tmn Melawati buffet RM35 siap ada western food lagi). I saw the chef yg popular tu. He was nice, busy greeting his customers.

Perghh...sedap tu layan sirap ais bila berbuka


Ni lauk-pauk yang aku makan masa berbuka. Nasib baik ada tempe ngan kacang, my favourite tuuuu....

Anyway it was an enjoyable night. Sembang mcm2 hal.....kitorang akan berkumpul semula di petang hari raya pertama. Maklumlah semua berkampung di KL, bleh berjumpa di hari raya :)

Thursday, October 05, 2006

Tabloid editor resigns over Mawi-free edition fiasco

Tabloid editor resigns over Mawi-free edition fiasco

THE editor of the popular tabloid Populi was made to resign yesterday over his failure to include any news items related to Mawi in its Tuesday edition.

The decision to terminate the services of Noordin Mahmoody, 39, was a unanimous one passed by an emergency meeting of the board of directors.

The meeting was called after protests by the paper’s stockholders as well as the shocked reading public.

In his defence, Noordin claimed he tried everything possible to include a Mawi item on that day.

"We wanted to do something on how he’s OK with his ex starting a singing career, or something about his first fasting month without his father, or something about that Felda movie he’s singing the theme song for, or something about his plans for Raya," he says, before breaking down.

"But I realised that we’d covered all those stories already. I simply couldn’t think of anything else."

A loyal Populi reader, who only wishes to be known as Tina, said that she was so traumatised by the Mawi-free edition that she had to call in sick that day.

"I looked everywhere — there was no Mawi even in the cartoon or astrology pages. It was like a day on which the sun did not rise," she says, somewhat pitifully.

Noordin added that up until that fateful Tuesday, Populi had done its job by having at least one Mawi item for 629 days in a row.

He cited this in his plea for leniency to the board of directors but to no avail.

Stockholder Serimah Chen is unsympathetic.

"Noordin failed to discharge his duties in an acceptable manner. And he calls himself an editor!"

Chen offered helpful tips on how the job could have been done.

"Although Mawi didn’t seem to do anything newsworthy the day before, this didn’t stop any of the other tabloids from running at least his picture," she says, while flipping through a stack of sleazy newsprint.

"Look at this one," she says, triumphantly holding aloft Mangkuk Perdana. "An article on the cancelled crooked bridge manages to print a Mawi picture because he’s from Johor, which is where the bridge would have led to."

"And here’s another," she says, pointing to Bacaraya, whose front page article on an overturned passenger bus that killed 80 starts off by wondering whether the Mawi album was being played at the time of the crash.

"These are just two examples of basic ingenuity that we expect our newspaper editors to possess.

"It’s safe to say Noordin’s career in the tabloid Press is over."

Source: NST

Consumer Power

This article was published yesterday in Malay Mail:

Sweater's not such a hot bargain
-by Kalbana Perimbanayagam -
PETER LIAN, from Cheras, is frustrated with PAL’s Boutique in Pandan Indah for not taking responsibility for a defective garment sold.
“My daughter only noticed the hole in the new sweater she bought at the outlet when we got home. When we tried contacting the boutique, we were rudely treated by the assistants,” he says.

LIAN claims he was told that the boutique owner was not there and the promoter could not do anything about it.

He claims that when they tried calling the owner on her cell phone, she had refused to answer.

“This is not the way to do business. As the shop owner, she should be responsible for the defective product, especially when my daughter shops there often and even has a membership card at the boutique,” says LIAN.

LIAN says he only wanted to exchange the sweater for a good one and not a refund.

“The sweater is only RM59.90.

The money or price is not the issue but the business ethics is important,” he says.

LIAN feels the boutique owner could have attended to his complaint and resolve the matter even if she was not there.

• A SPOKESMAN from PAL’s Boutique says: “I was attending a meeting with my partner in Penang and was not able to answer LIAN’s call.” She claims to have informed LIAN when he called the fi rst time that she was in a meeting but LIAN persisted and called her more than 20 times.

The spokesman said the sweater is a low-priced item and she would refund LIAN his money.

“I’m not running away (from my responsibilities) but why can’t he wait for me to get back and look into the matter?” she asks.

She says she will also cancel LIAN’s daughter’s membership at the boutique.

“LIAN can collect his money for the sweater. I don’t need this kind of customers who have no patience and understanding,” she says.

This is what I called the power of consumer. Betapa kurang ajarnye owner butik itu dan perniagaan yang mengamalkan sikap sebegini tiada tempat dalam masyarakat kita. Boikot aje..nampak sangat mereka tak mementingkan kepuasan pelanggan.

Salam Ramadhan

Pejam celik pejam celik dah berlalu seminggu pertama Ramadhan. Mujur juga bulan Ramadhan ni kerja2 mengajar disekolah sudah berkurangan kerana ada sekolah yang minta untuk habiskan silibus sebelum puasa. Tak bermakna takde keje langsung bulan puasa ni. Bulan puasa ni banyak aktiviti involve di sekolah2 menengah dimana syarikat sherrina akan buat pelbagai computer activities di beberapa buah sekolah. Sherrina ngan member2 training tgh atur program2 English camp sempena cuti skolah. Roughly rancangannya akan buat 2 program, 1 di FRIM dan 1 di dewan serbaguna di Selayang. Program ni untuk menanam minat pelajar2 kepada Bahasa Inggeris dan banyak aktiviti menyeronokkan telah dirancang. Insya' Allah jika tiada aral ia akan diadakan pada bulan Disember.

Sherrina juga akan hadiri 2 kursus mengajar catur. Kursus Asas Catur dan Train the Trainer. Dari dulu lagi niat nak mengajar catur sebab student2 sherrina ramai tak didedahkan kepada permainan ini. Catur sangat bagus untuk brain development kerana ia mengajar kita camne nak develop strategy.

Disebabkan banyak main chess masa kecik, dalam kehidupan seharian pun kdg2 sherrina apply chess strategy :)
Hopefully lepas kursus bleh mengajar chess di rumah2 anak yatim secara sukarela dan mengajar pada kanak-kanak yang berminat.


Sunday, October 01, 2006

Fight Till The Last Drop Of Blood


tengahari ni masa sherrina tgh mengajar math ngan student form 2 datang satu parent. Bincang ngan another cikgu pasal anak dia yg tak lancar membaca dan malas. Mak dia dah give up dan nak berentikan dia sebab dia rasa waster her money. Malah budak tu yg darjah 4 tu ditangkap di pasaraya kerana mencuri bersama geng2 dia dan dibawa ke balai polis. diikat jamin oleh mak budak lain.

aku sedih masa mengajar tu sambil curi2 dengar. sebab dia maki budak tu depan2 org lain dan dia rendah2kan budak tu. dan aku lagi sedih sebab dia loose hope ngan budak tu. aku tau budak tu nakal tapi dia masih boleh diubah, masih boleh diajar. tapi apakan daya, mak dia decide budak tu mengabihkan duit dia aje dan dia nak berentikan budak tu. aku doakan budak tu tak tersasar jauh dan dapat dibantu oleh orang2 lain pula. aku sedih pula kerana cikgu2 dia tak hulurkan tangan bantu dia pun atau maybe dah cuba tapi give up....we should never loose hope..we should never give up.....gua sedih beb..gua sedih.....

If you lose hope, somehow you lose the vitality that keeps life moving, you lose that courage to be, that quality that helps you go on in spite of it all. And so today I still have a dream.

The Trumpet of Conscience


LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin