Friday, October 27, 2006

Insurans- Kenapa takut?

Apabila bercakap mengenai insurans, kebanyakkan orang Melayu disekeliling aku kelihatan gementar. Heran. Perlindungan pun takut. Mungkin sebab banyak kes penipuan insurans yang diceritakan di akhbar menyebabkan masing-masing lebih rela menggadai tanah pusaka dan mengorek simpanan hari tua apabila membiayai bil hospital daripada mengambil insurans. Agak hairan apabila aunty jual soyabean tepi jalan mempunyai insurans tetapi pegawai eksekutif di syarikat tidak mempunyai insurans. Takde knowdge? Tak aware? Malas nak amik tahu? Lantakkan ajelah? Anyway, kalau korang tertanya2, aku bukan agen insurans. Bukan bidang aku jual-menjual ni cuma aku nak sebarkan sejauh mungkin betapa pentingnya insurans (tak caya, baca buku Azizi Ali. Berkali2 dia menyentuh soal insurans. Malah rumah pun perlu diinsurans kan tau...korang tau?) Terdapat banyak cap dan jenama insurans didalam pasaran Malaysia. Cuma perlu pilih, teliti, check dompet dan keperluan anda serta isi borang.

Bagi aku keperluan insurans paling penting buat masa ini ialah insurans kesihatan (takyah bersesak dalam spital gomen, kasi can pada org miskin) dan insurans diri (kalau kemalangan, cacat sapa nak tanggung?). Sebenarnya ramai agak sceptical dengan insurans kerana bersabit dengan nyawa dan pelaburan yang meragukan. Again, study dulu sebelum membuat pilihan. Aku pernah ajukan persoalan ini kepada Ustaz Amran di Mingguan Malaysia tapi takde reply sampai ke hari ini. Aku agak hairan kenapa ulama kurang menyentuh bidang insurans apatah lagi bidang kewangan Islam. I guess kekurangan ilmuan Islam dalam bidang ini menyebabkan susah nak cari penerangan mengenai hal ini yang agak kompleks. Walau apapun, bertindak sebelum terlambat. Tak guna menyimpan beribu-ribu dalam akaun simpanan kalau akhirnya dicurahkan ke bil perubatan. Back to zero. Paling takut jika sampai terpaksa menggadai aset.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin