Tuesday, October 17, 2006

Seminggu Sebelum Raya

Kebanyakkan orang seminggu sebelum raya sibuk membeli-belah persiapan terakhir. Suri rumah pulak sibuk mengemas rumah. Aku pula sibuk mengejar kerja2 yg perlu disiapkan sebelum raya dan ketika raya (aiyoo..raya pun kene buat keje? kene beb...cuti panjang rugi duduk saja2).

Aku sedang berkampung di sebuah sekolah di Kepong untuk program Kem ICT bagi lepasan PMR. Penat tapi seronok. Akan ku ceritakan secara details apabila ia tamat hari Khamis ini.

Semalam lepas kem, sempat jenguk Tadika Athfaal selepas beberapa minggu tak datang mengajar kerana dah habis cover semua pada bulan September. Seronok budak2 bila nampak aku di pagar. Sementara menunggu kontraktor siapkan wiring di bilik komputer, sempat mengambil gambar-gambar pelajar yang sedang gigih berlatih untuk konsert akhir tahun walaupun berpuasa.



Si Comel yang kecil-kecil cili padi


Penat berpuasa tapi tetap gigih


Jauhnya termenung


Cergas dan bertenaga


Mendengar dengan tekun


Penuh perasaan


Anak-anak 4 tahun yang bijak dan petah




Wah..abang-abang tak kurang ligat!


Tak jemu-jemu berlatih memastikan yang terbaik


Walaupun aku kini mendapat beberapa projek IT training di jabatan-jabatan kerajaan yakni mengajar kakitangan yg kesemuanya golongan dewasa, tetapi keseronokkan mengajar tu tak dapat terbanding dengan hebatnya mengajar kanak-kanak. Diakui ramai ibu bapa seperti tak percaya dengan kebolehan anak-anak mereka menggunakan komputer dengan pelbagai software dan hasil-hasil kerja yang mereka hasilnya tetapi inilah hakikatnya. Mereka masih lembut dan boleh dilentur. Kalau yang dah tua, memang payah nak lentur. Mengajar kanak-kanak ini semacam terapi kepada keletihan dan stress mengajar golongan yang lebih tua. Walaupun hakikatnya kanak-kanak lebih nakal dan bising tetapi mereka lebih taat mendengar kata berbanding yang sudah berusia.





No comments:

LinkWithin

Related Posts Widget for Blogs by LinkWithin